Wednesday, November 28, 2012

SAYA DAN J-QAF





Alhamdulillah hari ini saya dapat menulis lagi. Semalam iaitu 27 Nov 2012  baru sahaja selesai temu duga J-Qaf untuk ambilan tahun 2013.  Kini hanya tawakal sahaja pada Allah, jika ia terbaik untukku, agamaku, masa kini dan masa kan datang, moga dipermudahkan dan jika ia bukan yang terbaik untukku , agamaku, masa kini dan masa akan datang, moga dijauhkan dan diganti dengan yang lebih baik.
Sehari sebelum menghadiri temu duga, saya sempat berjumpa pensyarah saya di Fakulti Pengajian Islam kerana menemani sahabat saya. Sejuk melihat raut mukanya dan beliau tidak terlepas memberi satu hadiah yang sangat berharga iaitu sepotong hadith. InsyaAllah saya akan kongsikan hadith ini pada tulisan yang akan datang. Beliau juga sempat berpesan dan beri semangat untuk menghadiri temu duga katanya, jika ada suatu perkara besar yang berlaku dalam hidup kita dan kita rasa sukar untuk menempuhnya, segeralah bersedekah, gembirakanlah hati orang lain, insya-Allah akan dimudahkan. Saya hanya tersenyum =). Nasihat yang cukup-cukup bermakna.
Semasa proses temu duga, ada satu soalan yang ditanya dan membuatkan saya terfikir sehingga ke hari ini dan harap soalan ini menjadi motivasi sehingga ke akhir hayat saya. Penemu duga tersebut bertanya tentang hobi dan minta saya jelaskan hobi saya dalam bahasa Inggeris. Ketika itu saya menjawab saya minat membaca dan salah satu buku yang saya baca adalah berkaitan Abu Bakar Al-Siddiq. Saya pun menjelaskan sinopsis buku tersebut dalam Bahasa Inggeris tetapi tidaklah selancar orang yang pakar bahasa ini.
Sampai sahaja di rumah, setelah selesai solat maghrib, saya terfikir kembali akan jawapan saya tentang soalan hobi tadi. Bila difikirkan kembali mengapa kebanyakkan masyarakat pada hari ini, apabila ditanya soalan tentang hobi, mereka akan memberi jawapan seperti membaca novel, layari internet, menonton televisyen, memasak, mengemas, baca buku agama dan sebagainya, namun jarang yang menjawab membaca al-Quran. Ketika itu, teringat kembali zaman nabi di mana para sahabat  mampu khatam al-Quran berkali-kali dalam masa sehari, sedangkan dari dulu hingga sekarang, Allah tidak pernah memendekkan atau memanjangkan waktu yang ada untuk sehari. Semua orang mempunyai 24jam. Perkara ini membuatkan saya terfikir, di mana al-Quran dalam hati kita???
Oleh itu, sama – sama lah kita selidik dan tanya iman kita, mengapa al-Quran yang cukup hebat, penuh cerita dan pengajaran amat jarang sekali kita membacanya dan memahami maknanya….mengapa? dan mengapa?
Baiklah setakat itu sahaja post kali ini, fikir-fikirkanlah dan sama-sama kita perbaharui hati dan iman untuk melangkah bersama di syurga nanti.

-28 November 2012 -

KEMATIAN TARBIYYAH PALING BERKESAN.


Assalamualaikum semua  para pengunjung blog saya….terlalu lama saya tidak mengupdate blog ini. Rindu juga hendak menulis ni…..


Mahu atau tidak, manusia tidak dapat lari dari hakikat sebenar kehidupan di dunia ini iaitu setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Bilakah waktu kita akan menemuinya, tidak ada seorang pun yang boleh menjawab melainkan Allah SWT. Jadi, adakah diri ini telah bersedia atau masih lagi belum bersedia….hanya diri sendiri yang mengetahui. Sedar atau tidak , ramai yang lupa mengenai perkara ini, dan disebabkan hal ini juga, ramai yang lalai dan leka dengan tipu daya dunia. Ramai yang sibuk mengejar cita-cita, pangkat, harta, kemewahan, kecantikan, dan lain-lain lagi daripada menyibukkan diri dengan mempersiapkan diri bertemu yang Esa.
Sedangkan hidup hanya sekali. Biarlah peluang yang sekali ini, kita gunakan dan manfaatkan sebaiknya. Allah tidak melihat paras rupa, harta kekayaan dan pangkat seseorang tetapi Allah melihat nilai TAQWA dalam hati seseorang. Begitulah hebat dan adilnya nilaian Allah pada hambaNya. Memang jika diikutkan nafsu , dunia ini indah, rugi jika kita tidak merasai nikmat keindahannya tetapi cuba kita renung kembali apakah nilai keindahan yang hakiki? Adakah dengan merasai segala keseronokan tanpa batasan atau merasai nikmat ‘perhiasan dunia’ (wanita) sesuka hati tanpa batasan, atau merasai segunung harta tanpa batasan…..adakah itu semua nikmat keindahan dunia yang hakiki? Adakah juga nikmat ini semua memberi kebahagiaan sehingga kita perlu untuk merasainya dan rugi jika meninggalkannya???? , soalan ini saya tinggalkan untuk kita renung2xkan…..
Apabila sebut sahaja soal mati….semua orang akan berasa takut dan cemas, ialah tidak tahu sama ada tempat seterusnya di syurga atau di neraka, tidak tahu juga adakah amalan-amalan di dunia ini sudah cukup sebagai bekalan atau tidak…. Lihatlah betapa soal kematian amat menggerunkan hati manusia, secara automatik hati akan kembali mengingati amalan sepanjang hidup di dunia dan secara tidak langsung mengingati Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa. Beginilah kematian mentarbiyyah hati manusia iaitu mendidik agar hati sentiasa mengingati Allah dan mendidik diri agar melaksanakan amalan yang membawa keredhaan Allah. Oleh itu, ajaklah hati – hati kita semua agar sentiasa mengingati kematian.
Sesungguhnya, kematian adalah kebahagiaan hakiki kerana ia adalah wasilah untuk kita bertemu Tuhan yang Maha Penyayang, yang telah menjaga kita semua dengan baiknya di dunia ini, yang mengatur hidup kita, yang memberi segala yang kita inginkan, dan yang paling penting yang telah mengampunkan segala dosa kita di saat kita memintanya walau sejuta, segunung dosa kita lakukan semasa hidup.

Rasullullah SAW bersabda bahawa orang yang bijak adalah orang yang banyak ingat akan mati. Hidup ini terlalu singkat dan tidak ada yang lebih penting selain melaksanakan suruhan Allah , tidak ada yang lebih istimewa selain rahmat dan redha Allah dalam hidup kita dan juga tidak ada kebahagiaan yang paling manis selain bertemu Allah dalam keadaan redha Allah bersamanya. La Ilaha Ilallah, Hanya Engkau Ya Allah Tuhanku, Tiada yang lain selain Engkau, Peliharalah hati kami ini agar sentiasa ingat kepadaMu, jagalah hati kami ini agar cintaMu sentiasa menjadi yang paling tinggi dan paling istimewa.
  -26 November 2012 -

Saturday, June 9, 2012

Menggapai Sejuta Pelangi - Part 1



Assalamualaikum....



Malam ini 10 Jun akan berlangsung perkongsian dari Oki Setiana Dewi di kampus UKM yg tercinta....Tak sabar mendengar sendiri perkongsian darinya. Saya sangat meminati beliau sejak dari lakonan dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 lagi.

Jalan cerita yang menarik ditambah di lakonkan oleh seorang muslimah yang cantik. Saya kagum dan cemburu dengannya kerana dalam usia yang masih muda dan sebaya saya, beliau dapat meluaskan dakwah kepada masyarakat iaitu melalui penulisan, lakonan dan perwatakkannya. Sungguh saya amat cemburu tetapi saya tetap doakan beliau terus istiqamah dalam dakwah dan lebih hebat lagi di masa akan datang. 

Terujanya ingin mendengar dan menilai kata2x dari sekuntum mawar agama....Oleh itu, sesiapa yang berkelapangan bolehla datang ke Masjid UKM malam ini...

Sekian dahulu, nantikan post seterusnya berkaitan sejuta pelangi ini selepas mendengar kupasan dari beliau...

Thursday, June 7, 2012

Dia Datang......

Assalamualaikum....malam ini memang aku tidak ada mood nak buat keje...tetiba teringat kenangan lalu yang ingin dikongsikan dalam blog ini, mungkin boleh jadikan iktibar dan pengajaran serta motivasi diri.

Siapa kenal orang ini? 


Inilah contoh gambar orang meminta derma pada zaman ini.... Apa rekareasi anda apabila 

melihat orang ini menuju ke arah anda? Saya yakin ramai yang akan buat tidak tahu, acuh 

tidak acuh, atau melarikan diri daripadanya. 

Suatu hari seorang ustaz berkongsi satu luahan motivasi yang mengubah persepsi saya apabila melihat orang ini. Islam sangat menggalakkan umatnya berkasih sayang dan prihatin tentang orang lain. Ustaz ini berkata " Kenapa kita nak larikan diri? apa salahnya jika kita membantu. Soal tipu atau tidak itu hubungan dia dengan Allah. Kita laksanakan hubungan kita dengan kita. Mungkin Allah datangkan dia untuk memberi pahala pada kita, lalu kenapa kita nak tolak jika Allah nak beri pahala? " 

Inilah yang dikongsikan olehnya kepada saya dan rakan-rakan. Ada benar juga kata-katanya itu. Yang penting niat membantu kerana Allah....

Mungkin anda semua ada pandangan sendiri...itu semua terpulang pada anda la...

Sakian dulu....

Monday, June 4, 2012

Ukhwah dalam Walimah

Gambar 1

Gambar 2



Assalamualaikum...

Antara kenangan yang best sepanjang di UKM adalah pergi ke walimah sahabat-sahabat. Masuk sahaja fasa tahun 3, ramai sangat sahabat saya yang membina masjid. Ada lebih daripada 5 orang. Gambar di atas adalah antaranya. 

Gambar 1 adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya di medan dakwah. Walimah berlangsung di Melaka. Saya bersama dua sahabat saya lagi yang mana salah satunya sahabat lama saya semasa di KISAS. Rindu sangat dengannya. Walimah ini jadi kenangan saya dan sahabat saya kerana setelah sekian lama hampir 3 tahun tak berjumpa, akhirnya bertemu semula di walimah ini. Sangat seronok. Apa - apa pun tahniah kepada pengantin dan moga mereka sentiasa di berkati. Dan gambar inilah satu-satunya gambar saya bersama sahabat seperjuangan...

Gambar 2 pula adalah walimah sahabat seperjuangan saya di medan menuntut ilmu. Pertama kali berkumpul bersama. Kebanyakkan dari kami hadir, lebih kurang 5 buah kereta berkonvoi dari UKM ke Kuala Kubu Baru untuk hadir ke walimah sahabat kami ini. Serono berkonvoi, Rasa dekat je tempat tu tapi tak tahu la kenapa penunjuk jalan tu rasanya bawa kami lalu jalan yang jauh...lama giler kat dalam kereta...Lebih kurang jam 2 petang baru sampai padahal dekat je...Sabar je la....

Balik sahaja dari walimah, semua kereta bawa haluan masing-masing. Saya dan sahabat saya hasyimah, azimah, syakirah dan juariah menaiki viva, kami ni dah la tak tau jalan...punya la jauh  perjalanan kami, sampai ke malam...tak tahu la jalan mana yang kami lalu, ikut singboard je, Alang-alang dah pinjam kereta sewa dan dah bayar...kami pun ambil keputusan ke masjid besi...Kami solat maghrib n isyak di sana, ambil gambar sekejap dan pulang ke UKM...lebih kurang jam 10 baru kami sampai. Almaklumlah ikut jalan jauh...hahahah...hemtam je la asalkan sampai UKM... Yang pasti perjalanan yang sangat menyeronokkan...

Inilah kenangan - kenganan yang insyaAllah abadi di ingatan. Apa yang boleh saya katakan, saya sayangkan sahabat-sahabat semuanya  walau banyak kekurangan dan banyak juga kebaikan...itu semua tidak penting kerana kehadiran mereka mewarnai kehidupan saya dan banyak yang saya belajar dari pengalaman ini. Mengenali mereka semua adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. 


Wednesday, May 30, 2012

Usrah pengikat Ukhuwah

Assalamualaikum..

Selang beberapa hari, tamatlah sudah USRAH Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tidak ku sangka akhirnya dapat juga merasakan nikmat usrah bersama sahabat2x sejabatan . Bermula dengan perbualan biasa dengan seorang kakak master sambil meluahkan rasa teringin berusrah dengannya, dan akhirnya dengan menggunakan organisasi jabatan, dia mengambil langkah mewujudkan usrah untuk kami.

Tajuk yang dikupas sangat menarik iaitu berkaitan, Secantik2x perhiasan dunia, tanggungjawab kepada ibu bapa dan guru, Peranan sebagai sahabat dan muslimah hari ini, esok dan selamanya.

Bagi saya bermula tajuk pertama hingga akhir mempunyai kesinambungannya dan akhirnya saya dapat merasakan kesungguhannya dalam membentuk kami menjadi seorang muslimah sejati. Saya ungkapkan resolusi USRAH dalam bait madah di bawah yang saya olah sendiri :


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,

Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,

Unik tingkah lakunya,

Tahu kedudukannya,

Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'

Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,

Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,

Takut pada TuhanNya,

Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya

Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,

Menjadi penggengam bara api,

Kelak dirimu sangat dinanti,

Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.



Sungguh saya sayangkan mereka dan pasti merindui suasana begini setelah bergraduat dari UKM. Hanya 

tinggal beberapa bulan lagi berada di UKM....

Sekian dulu dari saya untuk kali ini...

Tuesday, May 29, 2012

Hadith 14 : Berkaitan ZAKAT


(983) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: بَعَثَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُمَرَ عَلَى الصَّدَقَةِ
Terjemahan Hadith
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Rasulullah SAW mengutus Umar untuk mengambil zakat.

Syarah Hadith
Zakat adalah wajib kepada umat Islam di mana ia termasuk dalam rukun Islam yang lima. Zakat ini diuruskan oleh pemerintah dan ia sah pemerintah mewakilkan amil untuk memungut zakat. Bagi melancarkan urusan zakat dan semua pihak mendapat sama rata, mengutus petugas untuk memungut zakat adalah sunat. Harus memilih orang yang terpecaya menggalas  tugas penting ini. Hal ini disebabkan ia melibatkan harta benda dan hak seseorang.
Zakat perlu diberikan kepada orang yang sepatutnya dan bukannya orang sembarangan supaya berlaku keadilan. Zakat perlu ditunaikan sebagai tanda mengingatkan orang yang lupa akan nikmat Allah. Di antaranya kekayaan yang dia terima agar boleh menunaikan tugas yang dilimpahkan kepadanya berkaitan dengan harta benda.

Takhrij Hadith
Kitab Muslim, Kitab Khusuf, Bab Fi Taqdim al-Zakat Wamani’ha, No. 983

Hadith 13 : Hadith berkaitan Wasiat


- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
Terjemahan Hadith
Dari Ibnu Umar ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang muslim tidak berhak mewasiatkan sesuatu yang ia miliki kurang dari dua malam ( hari ), kecuali wasiatnya itu tertulis padanya.”

Syarah Hadith
Wasiat adalah pesanan tentang kebaikan yang dilaksanakan sesudah seseorang meninggal dunia. Ia hendaknya segera dilaksanakan sesudah orang yang berwasiat meninggal, jangan ditunda-tunda hingga bermalam dua malam. Sunat mewasiatkan sebahagian harta bagi orang yang ingin berwasiat.Sunat juga segera menulis wasiat sesuai perintah syariat dna untuk menyambut kematian.
            Di dalam kitab fathul baari , Ibnu Hajar membuat kesimpulan bahawasanya pendapat majoriti ulama adalah wasiat itu tidak wajib dilaksanakan, yang wajib adalah menunaikan hak-hak orang lain. Tetapi kadang kal wasiat boleh jadi wajib, dan boleh jadi sunah iaitu melaksanakannya mendapat pahala, dan kadang kala ia menjadi makruh bagi yang mengharapkan kebaikan, dan kadang kala juga ia menjadi mubah ( boleh ) bagi yang berada dalam di antara keduanya, serta boleh juga menjadi haram apabila wasiat ini menimbulkan mudhrat kepada seseorang.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Wasiat, Bab Wasaya wa qawli Nabi SAW, No.2738

Hadith 12 : Pemimpin yang Zalim


بَابُ فَضِيلَةِ الْإِمَامِ الْعَادِلِ، وَعُقُوبَةِ الْجَائِرِ، وَالْحَثِّ عَلَى الرِّفْقِ بِالرَّعِيَّةِ، وَالنَّهْيِ عَنْ إِدْخَالِ الْمَشَقَّةِ عَلَيْهِمْ

عَنْ عَائِذ بْنِ عَمْرٍو رضى الله عليه وسلم أَنَّهُ دّخَلَ عَلَى عُبَيْدِ اللهِ بْنِ زِيَادٍ، فَقَالَ لَهُ: أَيْ بُنَيَّ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: (إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الحُطَمَةُ) فَإَيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Terjemahannya: Dari ‘Aidz bin ‘Amrr.a, bahawasanya dia pernah masuk rumah ‘Ubaidillah bin Ziyad, lalu dia berkata kepadanya: “Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin adalah pemimpin yang zalim.’ Oleh kerana itu, jangan sampai kamu termasuk dari golongan mereka.”

Takhrij Hadith

Kitab Imarah, Bab Wajib Keutamaan Imam Yang Adil , No.1830 , Hadith Sahih


Syarah Hadith

Para pemimpin itu hendaklah menjalankan amanah dalam pentadbirannya dengan baik sekali.
Tidak boleh tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim. Pemimpin adalah mereka yang mengendalikan sesuatu urusan dalam organisasi dan yang akan membawa hala tuju sesebuah organisasi. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemimpin yang jahat adalah yang zalim terhadap orang dibawahnya.

Sesebuah organisasi tidak akan berjaya apabila terdapat pemimpin yang zalim kerana orang yang berada di bawahnya tidak ada perasaan hormat tetapi perasaan takut. Situasi ini akan menjadikan gerak kerja menjadi lembap dan perlahan serta banyak masalah akan timbul.





Hadith 11 : Antara Jual beli yang diharamkan


2207 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ المُحَاقَلَةِ، وَالمُخَاضَرَةِ، وَالمُلاَمَسَةِ، وَالمُنَابَذَةِ، وَالمُزَابَنَةِ»
Terjemahan Hadith
Dari Anas ra, ia berkata: “ Rasulullah SAW melarang jual beli dengan cara muhaqalah, muhadharah( menjual biji-bijian atau buah-buahan yang belum masak yang belum tentu boleh dimakan), mulamasah ( iaitu menjual sesuatu barang dengan cara hanya diraba), munabadzah ( menjual barang dengan saling melempar, misalnya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku kepedamu” dan muzabanah.”
Syarah Hadith
Terdapat beberapa jenis jual beli yang dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan haadith ini iaitu :
1)      Muhaqalah – (menebas) yang telah dijelaskan di muka.
2)      Mukhabarah – iaitu menjual buah dan biji-bijian sebelum waktunya masak. Sementara jika telah mencapai batas masak, di mana biji telah keras dan buah juga telah beruba warnanya, maka sah untuk dijual.
3)      Mulamasah- ( transaksi dengan memegang) iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “ Aku jual kainku dengan kainmu.” Dan mereka berdua tidak melihat kepada kainnya, tapi cukup dengan memegangnya sahaja. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Nasa’I dari Abu Hurairah ra.
4)      Munabdzah ( saling melempar) yang ditafsirkan dengan hadith yang diriwayatkan imam Ibnu Majah dari Sufyan, dari Az-Zuhriy iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku kepadamu.” Dalam al-Nasai dikatakan: “ Aku lemparkan barangku dan kamu lemparkan barangmu.” Dan mereka masing-masing membeli dari yang lain, sementara mereka tidak mengetahui harga barang untuk mereka.
5)      Muzabanah, yang telah dijelaskan di bahagian muka, iaitu menjual anggur basah dengan anggur kering. Secara lahiriah, larangan di atas mengindikasikan haram. Para fuqaha mempunyai pendapat terperinci yang tidak proporsional untuk kitab yang ringkas ini.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Buyu', Bab Baiil muhadarah, No.2207


Thursday, May 3, 2012

Nikmat Tarbiyyah Allah...

Assalamualaikum...


Dalam kesibukan menyiapkan tesis yang masih lagi banyak perlu dilakukan walaupun saya sedar tarikh menghantar tesis semakin hampir....Oh Tesis....

Namun bukan persoalannya di sini walau saya tahu seperti tidak ada masa lagi untuk bermain-main, sibuk-menyibuk dengan perkara lain, apakan daya naluri hati inginkan sebuah santapan-santapan rohani biarpun terpaksa mengambilnya di tempat yang jauh sambil meredah kegelapan malam dan dalam waktu yang terbatas.

Jiwa ini masih terasa lagi miskin kehambaan. Tajuk ' Milik Siapakah Hatiku' sangat menarik yang dikupas oleh ustaz Rashidy Jamil. Banyak mutiara berharga daripadanya....lalu mutiara ini sangat membahagiakan dan menggembirakan hati dan ku simpan kemas dalam peti hatiku.

 ku sedar bahawa Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya agar bersedekah hatta dengan senyuman sekalipun. Jadi, aku berkongsi sedikit mutiara berharga untuk pembaca blog ini .....

" Kita mampu untuk membaca sebuah novel setebal manapun namun suka merungut apabila membaca sirah nabawi yang tebal. Ketahuilah ia adalah kerana tebalnya hijab dengan Allah yang membuat kita kebelakangkan akhirat dan Allah"

" Tidak sempurna kasih seorang hamba kepada Khaliqnya sehingga ia merasa nikmat pukulan kesakitan dari Khaliqnya"

" Ramai yang membiarkan syaitan merompak IMAN kita tetapi  ramai yang sibuk sangat apabila perompak merompak harta kira"

" Apabila jiwa bersih maka akan rasa ringan untuk memberi dan menerima"

Dan banyak lagi mutiara berharga yang diukirkan oleh penceramah.....Sekian mungkin akan bersambung...

Sunday, April 29, 2012

Hadith 10 : Menjual Seorang Budak Yang Telah Berzina


2152 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، قَالَ: حَدَّثَنِي سَعِيدٌ المَقْبُرِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا زَنَتِ الأَمَةُ فَتَبَيَّنَ زِنَاهَا فَلْيَجْلِدْهَا وَلاَ يُثَرِّبْ، ثُمَّ إِنْ زَنَتْ فَلْيَجْلِدْهَا، وَلاَ يُثَرِّبْ، ثُمَّ إِنْ زَنَتِ الثَّالِثَةَ، فَلْيَبِعْهَا وَلَوْ بِحَبْلٍ مِنْ شَعَرٍ
Maksudnya : Dari Sa’id Al Maqburi, dari bapanya dari Abu Hurairah r.a bahawasanya dia mendengarnya berkata, “ Nabi s.a.w bersabda, ‘Apabila budak wanita melakukan zina dan perbuatan zinanya dapat dibuktikan, maka hendaklah dicambuk dan tidak dicaci-maki. Kemudian apabila dia melakukan zina kembali, maka hendaklah dicambuk dan tidak dicaci-maki. Apabila dia berzina untuk ketiga kalinya, maka hendaklah dijual walau seharga seutas tali yang terbuat dari rambut”.
Syarah Hadith
Dalam Fathul Baari, Maksud dari bab ini adalah dibolehkan jual-beli jika kekurangannya dijelaskan.
Untuk menjual seorang budak yang telah berzina, perlu dinyatakan sekali sebagai tanda kecacatan padanya. Dan jika seorang telah terbeli seorang budak yang telah berzina tetapi tidak dinyatakan perbuatan zina ( iaitu kecacatannya) makan ia boleh dipulangkan kembali.
Menurut Ibnu Baththal, faedah dibolehkan menjual budak yang telah melakukan zina adalah sebagai suatu pengajaran atau hukuman padanya. Menjualnya adalah dengan harapan agar dia dapat menjaga dirinya, sama ada dinikahi oleh pembeli atau lebih menjaga kehormatan diri dengan asuhan majikan yang baru.
Takhrij hadith
Kitab Buyu’, Bab Menjual Budak Penzina , No. 2152, Hadith Sahih

Hadith 9 : Jual Barang Yang Kita Tidak Suka


كِتَابُ البُيُوعِ بَابُ التِّجَارَةِ فِيمَا يُكْرَهُ لُبْسُهُ لِلرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ

2104 -عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَرْسَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِحُلَّةِ حَرِيرٍ، أَوْ سِيَرَاءَ، فَرَآهَا عَلَيْهِ فَقَالَ: «إِنِّي لَمْ أُرْسِلْ بِهَا إِلَيْكَ لِتَلْبَسَهَا، إِنَّمَا يَلْبَسُهَا مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ، إِنَّمَا بَعَثْتُ إِلَيْكَ لِتَسْتَمْتِعَ بِهَا» يَعْنِي تَبِيعَهَا

Maksudnya: Dari Salim bin Abdullah bin Umar, dari bapanya , dia berkata, “ Nabi s.a.w mengirimkan pakaian yang bergaris sutera kepada Umar, lalu Nabi s.a.w melihat pakaian tersebut dipakai oleh Umar, maka beliau bersabda, ‘ Sesungguhnya aku mengirimnya kepadamu bukan untuk engkau pakai, hanya saja yang akan memakainya adalah orang-orang yang tidak beruntung baginya. Sesungguhnya aku mengirimnya kepadamu agar engkau dapat mengambil manfaat darinya’, iaitu supaya engkau menjualnya.

Syarah Hadith
Hadith ini bermaksud boleh menjual sesuatu yang bermanfaat tetapi penjual tidak menyukai banda tersebut. Barang yang hendak dijual yang tidak ada manfaat padanya, maka ulama’ yang sahih mengatakan ia tidak boleh dijual.

Oleh itu, bagi seorang penjual, dibolehkan untuk menjual sesuatu barang yang ia tidak sukai untuk dijual kepada lelaki atau wanita dengan syarat barang tersebut mempunyai manfaatnya.

Takhrij hadith
Kitab Buyu’, Bab Menjual Apa Yang Tidak Disukai Untuk Dipakai Sama Ada Lelaki atau Wanita, No 2104, Hadis Sahih

Hadith 8 : Keadilan Pemimpin Terhadap Rakyatnya


بَابُ فَضِيلَةِ الْإِمَامِ الْعَادِلِ، وَعُقُوبَةِ الْجَائِرِ، وَالْحَثِّ عَلَى الرِّفْقِ بِالرَّعِيَّةِ، وَالنَّهْيِ عَنْ إِدْخَالِ الْمَشَقَّةِ عَلَيْهِمْ

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَابْنُ نُمَيْرٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ عَمْرٍو يَعْنِي ابْنَ دِينَارٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ أَوْسٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، قَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ: وَأَبُو بَكْرٍ: يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ: قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ، عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ، وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ، الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Terjemahan: Dari Abdullah bin Amr, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Di sisi Allah, sesungguhnya orang-orang( pemimpin) yanga adil berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka dekat sekali dengan Dzat Yang Maha Pemurah, Maha Mulia lagi Maha Agung. Mereka itulah orang-orang yang berlaku adil terhadap keputusan terhadap rakyat dan terhadap kekuasaan yang diberikan pada mereka.

Takhrij Hadith
Kitab Imarah, Bab Keutamaan Pemimpin yang Adil, Ancaman Terhadap Pemimpin Yang Aniaya, Anjuran Untuk Berlaku Lembut Kepada Rakyat Dan Larangan Menyusahkan Mereka, No. 1827 , Hadith Sahih.

Syarah Hadith
Pemimpin yang adil merupakan anugerah yang luar biasa dari Allah bagi umat manusia. Melalui dia, Allah melimpahkan kebaikan dan keberkatan sebagaimana yang terjadi pada zaman Khulafa' Rasyidin dan Umar bin Abdul Aziz radhiyallahu 'anhum.
Allah sangat memuliakan para pemimpin yang adil, sehingga menjanjikan untuk mereka naungan pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu hari di saat manusia dikumpulkan di padang mahsyar, matahari didekatkan dan manusia tenggelam oleh keringat mereka.
IbnulHajar rahimahullaah dalam FathulBaari, ketika menjelaskan tentang hadits naungan Allah di atas mengatakan, “Dan penafsiran terbaik terhadap pemimpin yang adil adalah dia yang mengikuti perintah Allah dengan meletakkan/ menempatkan segala sesuatu pada tempatnya tanpa berlebihan dan meremehkan. Dan disebutkannya pada urutan pertama karena banyaknya manfaat (yang diwujudkan) melaluinya.”
Pemimpin yang adil adalah mereka yang takut kepada Allah dan menerapkan syariat-Nya di muka bumi. Kerananya, dia selalu berusaha menjadikan rakyatnya mengikuti syariat Allah, menjaga agama mereka, dan menunaikan hak-hak rakyatnya dengan baik.
Sebaliknya pemimpin yang tidak adil adalah mereka yang tidak takut kepada Allah dan menelantarkan Syariat-Nya. Berbuat dalam kepemimpinannya yang mendatangkan murka Allah, melarang rakyatnya menerapkan syariat-Nya, dan bahkan berbuat sesuatu yang membahayakan agama mereka. Maka pemimpin seperti ini tidak akan pernah termasuk dalam tujuh golongan yang akan diberikan naungan oleh Allah pada hari kiamat, tidak akan dicintai dan dimuliakan oleh-Nya.





Tuesday, April 24, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba | iluvislam.com discover the beauty of islam

Assalamualaikum, Saya ingin berkongsi berkaitan satu artikel yang diambil dari iluvislam.com...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


* Boleh baca sambungan artikel ini di link di bawah ini...

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba | iluvislam.com discover the beauty of islam


Peliharalah cinta di dalam hatimu, agar cinta itu bertemakan cinta pada Allah. Andai Dia belum benar-benar sah dan pasti bakal menjadi teman hidupmu, jangan dibiarkan cinta dia bermaharaja lela di hatimu kerana cinta Allah perlu melebihi segalanya.... Awasi hatimu, kerana hati pusat segala tingkah lakumu yang akan menjadi bekal perjalanan hidupmu.

Sabda Nabi s.a.w di dalam sebuah hadith sahih, Jika baik hatimu, maka baiklah keseluruhanmu.....

Friday, April 20, 2012

Hadith 7 : Riba'


HADITH 7 : RIBA
2766- حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ بِلاَلٍ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ المَدَنِيِّ، عَنْ أَبِي الغَيْثِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ» ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: «الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا،

Terjemahan Hadith
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “ Hindarilah kamu sekalian daripada tujuh dosa yang membinasakan. Lalu mereka bertanya. “ Apakah itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan cara yang 
hak, memakan riba
Syarah Hadith
Riba telah tersebar dan berleluasa dalam banyak urusan muamalat, terutama dalam bidang kewangan. Ini disebabkan oleh sistem perbankan hari ini yang berkonsepkan kepada sistem riba. Di dalam hadith di atas Rasulullah SAW mengatakan bahawa riba termasuk dari dosa yang membinasakan dan menyarankan agar umatnya menjauhi amalan riba dalam kehidupan.
Al-Qurtubi mengatakan bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SAW. Jumhur ulama juga telah bersepakat mengharamkan riba kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba sebagaimana yang disebut dalam hadith ini. Islam telah mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan setiap individu. Amalan riba ini akan menyebabkan manusia menjadi malas berusaha dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Wasoya,No. 2766.


Hadith 6 : Ketua Pemimpin Seorang Wanita

بَابُ كِتَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى كِسْرَى وَقَيْصَرَ
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الهَيْثَمِ، حَدَّثَنَا عَوْفٌ، عَنِ الحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّامَ الجَمَلِ، بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ، قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ، قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: «لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً

Terjemahan:Dari Abu Bakrah, dia berkata, “Allah telah memberi manfaat kepadaku dengan sebab satu kalimat yang aku dengar dari Rasulullah s.a.w pada hari-hari ( perang ) Jamal setelah aku hampir-hampir bergabung dengan mereka yang turut dalam perang Jamal, dan berperang bersama mereka.” Dia berkata, “ Ketika sampai berita kepada Rasulullah s.a.w bahawa penduduk Persia telah mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin ( raja) mereka, maka beliau bersabda, Tidak bahagia mereka melantik perempuan menjadi pemimpin.
Takhrij Hadith
Al-Muslim, Kitab Maghazi, Bab Surat Nabi s.a.w Kepada Kisra Dan Kaisar, No.4425, Hadith Sahih.

Syarah Hadith
Para ulamak sepakat mengatakan syarat wajib bagi ketua negara adalah seorang lelaki.
Allah Maha Mengetahui kaum wanita mempunyai peranan yang penting dalam bidang yang sesuai dengan fitrah mereka. Allah menetapkan wanita mempunyai peranan dalam rumah tangga dan masyarakat. Ada perkara yang khusus untuk lelaki sahaja dan ada yang khusus untuk perempuan sahaja. Tetapi dalam soal kepimpinan negara hanya lelaki yang boleh menjadi imam sembahyang, imam jemaah, berkhutbah dalam lain-lain semasa aman dan perang.

Hebat juga iktibar dari LALANG


Assalamualaikum...




Kali ini saya suka ingin berkongsi sesuatu yang boleh dikatakan motivasi yang diungkapkan oleh Ustazah Fatimah Syarha. Ianya berkaitan lalang. Selalu, manusia hanya memandang lalang dari satu aspek sahaja, iaitu aspek negatif, maka yang kita nampak hanya keburukannya sahaja. Apa yang kita sering kaitkan kehidupan dengan lalang adalah " Eh jangan tak tetap pendirian seperti lalang, ditiup angin kekiri, ia lentok ke kiri, ditiup ke kanan, ia lentok ke kanan". Hidup kita mestilah berpendirian agar lebih dihormati.

Tetapi pernah atau tidak kita terfikir kebaikan ciptaan lalang ini. Beliau berkongsi bahawa lalang ini juga hebat. Banyak iktibar yang boleh kita ambil daripadanya. Lalang ini hidup secara berkumpulan. Ia tidak suka sorang-sorang. Begitu jugalah manusia seharusnya, perlukan jamaah. Hidup secara berjamaah, barulah timbul kekuatan. Bila berseorangan, pelbagai hasutan dan gangguan akan datang. 

Lalang juga kehadirannya itu dirasakan dan memberi kesan. Bila kita berjalan,  cepat sahaja derianya menyentuh kaki kita membuatkan kita rasa geli dan gatal. Begitu juga kita, seharusnya kehadiran dalam bermuamalat dgn orang lain juga patut memberi kesan, yang paling elok, memberi kesan yang baik pada orang lain.

Selain itu, yang paling menarik, lalang ini sangat kukuh akarnya. Akarnya yang satu, berdiri tegak mencakar tanah lalu wujud pula pelbagai batang dari akar tersebut. Ia mengajar kita bahawa, begitulah dalam agama yang mana akar itu ibarat pegangan akidah kita. Pegangan ini tetap teguh walaupun munculnya pelbagai ikhtilaf yang ibarat batang pada lalang. Akidah adalah asas kekuatan dan kepelbagaian ikhtilaf itu semuanya berpaut pada pegangan akidah yang sama yang menjadikannya saling- melengkapi.

Oleh itu, tukarlah sudut pandangan anda sedikit agar boleh melihat suatu perkara tersirat yang mungkin lebih baik sebenarnya. 



Wednesday, March 28, 2012

~Tiada apa di sisi kita~

Assalamualaikum....buat sekian kalinya saya mengucapkan syukur pada Ilahi atas nikmat yang diberikannya.

Sedar atau tidak, semua yang ada disisi kita adalah milik Allah. Kita hanya meminjam sahaja. Dan DIA berhak untuk mengambil pada bila-bila masa sahaja. Bila telah selalu guna, manusia selalu lupa pada yang memberi. Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz:

" Kisah ini berkaitan seorang anak muda dan ibunya. Setiap ibu pasti sayang akan anaknya cuma cara menunjukkan sahaja yang berbeza. Ada yang pandai meluahkan kasih sayang, dan ada juga yang kurang pandai untuk meluahkan kasih sayang.

Si ibu selalu sahaja memarahi anaknya, dan pemuda ini pula salah faham terhadap ibunya dan menganggap ibunya tidak pernah menyayangi dirinya. Suatu hari, ibunya sekali lagi memarahi pemuda tadi, lantas dengan perasaan marah pemuda tadi meninggalkan rumah. Ibu tadi tidak mampu berkata apa-apa, hanya linangan air mata yang membasahi pipinya.

Pemuda tadi, berjalan dengan membawa beg, dengan perut yang lapar dan dahaga tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Lalu dia duduk di kaki lima dalam keadaan yang sangat letih. Tiba-tiba datang seorang pakcik menghulurkan sepinggan nasi. Pemuda tadi mengambilnya dan makan sehingga kenyang sambil menceritakan kisah hidupnya. Lalu dia berterima kasih. " Pakcik, terima kasih kerana telah memberi saya sepinggan nasi, walaupun kita baru pertama kali berjumpa tapi pakcik sudi memberi sepinggan nasi sehingga saya kenyang.".

" Tidak mengapa nak. Pakcik hanya memberi kamu sepinggan nasi, tetapi ibumu telah memberi lebih banyak dari yang pakcik beri, dari kamu lahir sehingga kamu dewasa kini. Berterima kasihla jua padanya".

Terkejut pemuda tadi lalu menangis. Dia meminta izin untuk pergi dan bergegas pulang mendapatkan ibunya. Dilihat, ibunya masih lagi menangis lalu dipeluk ibunya dan memohon kemaafan."

Berdasarkan kisah ini, menjelaskan bahawa manusia ini memang sering lupa akan kebaikan yang sudah selalu diterimanya...Begitu jugalah hubungan kita dengan Allah...Ayuh muhasabah diri.

Sedar atau tidak, Allah sentiasa memerhatikan hambaNya dan memberi didikan yang terbaik.
 Allahu Akbar, syukur...syukur...walaupun dalam hal yang teramat kecil, namun ia tetap  tarbiyyah Allah untuk melihat hambaNya menjadi lebih baik.

Cuti semesta lalu, ditakdirkan aku sakit selama sebulan, nafsu makan hilang begitu sahaja. Badan jadi lemah tidak bermaya...


Kun Fayakun, bila Allah kata jadi maka jadilah. Tidak ada siapa yang boleh menghalang. Bagi saya Allah ambil sekejap nikmat rasa lapar yang kadang-kadang kita lupa untuk menyatakan rasa syukur : aku lapar, Oleh itu, bila Allah ambil, tujuannya agar hambaNya ini banyakkan dekat padaNya. Nikmat ini mungkin kecil bagi kita yang ada nafsu lapar, tetapi bila ia ditarik balik dan kita tidak ada rasa lapar, barulah kita rasa besarnya apabila hilang hanya sebahagian nikmat dari Allah. Hidup rasa tidak bersemangat dan tidak cergas melakukan kerja seharian.. Oleh itu, pujilah Allah atas semua nikmat walaupun sebesar biji zarah bagi kita.

Baru-baru ini baru sahaja pulang dari Singapore, ditakdirkan aku hilang pendengaran sebelah telingaku selama beberapa hari. Ketika inilah muncul pelbagai perasaan, beginilah agaknya orang yang pekak. Kun Fayakun...baru semalam aku dapat mendengar, pulang sahaja dari Singapore keadaan berubah. Memang sukar apabila mendengar dengan sebelah telinga sahaja. Allah, ini adalah milikmu dan akan kembali juga kepadamu...Hanya doa yang aku dapat lakukan, dan Alhamdulillah ketika bangun dari sujud, telingaku pulih semula. Tiada kata yang mampu menterjemahkan rasa syukur di hati ini. 


Beginilah tarbiyyah Allah. Setiap ujian baik atau tidak pada fikiran kita sebenarnya itu adalah yang terbaik. Yakinlah...ujian mendidik jiwa menjadi lebih matang dalam kehidupan...

Friday, March 16, 2012

Hadith 5: Keutamaan Menumbuhkan dan menanam tanaman apabila sebahagiannya dimakan

Assalamualaikum, post seterusnya berkaitan tanaman lagi, Sebelum tu jom kita lihat gambar-gambar menarik di bawah yang berkaitan dengan hadith yang bakal saya paparkan...



                                                




حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا أبو عوانة ح وحدثني عبد الرحمن بن المبارك حدثنا أبو عوانة عن قتادة عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال ) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا فيأكل منه طير أو إنسان أو بهيمة إلا كان له به صدقة(

Maksudnya: Dari Qatadah dari Anas r.a, dia berkata , ‘ Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman atau menumbuhkan tumbuhan lalu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan ternak melainkan hal itu menjadi sedekah baginya.”
( al-Bukhari, kitab muzara’ah, bab Keutamaan Menumbuhkan dan menanam tanaman apabila sebahagiannya dimakan, no. 2320)


Penjelasan:
-          Hadis ini menerangkan berkaitan tentang keutamaan bercucuk tanam dan bekerja di bidang pertanian, serta anjuran untuk mengolah tanah. Hal ini dinyatakan juga tentang bolehnya memiliki tanah dan mengelolanya serta menerangkan berkaitan kekeliruan orang yang zuhud yang mengingkari pekerjaan ini.
-          Selain itu menurut Ath-Thaibi berkata, Muslin itu baik merdeka, budak, taat mahupun maksiat, apabila mengerjakan perbuatan mubah, tetapi dapat diambil manfaatnya oleh haiwan, maka manfaatnya akan kembali kepadanya dan dia berhak mendapat pahala kerananya.


Tenang menghayati ibrah disebalik hadith nabi ini. Beruntungnya mereka yang mempunyai tanaman dan tanaman itu memberi manfaat bukan sahaja sebagai makanan sendiri dan sumber pendapatan TETAPI suatu hakikat yang cukup indah disebaliknya. Ia cukup indah sahabat2x...Tanaman siapa yang dimakan oleh burung/ haiwan ternakan/manusia maka tuan punya tanaman itu akan mendapat pahala sedekah. Mudahnya mendapat pahala. Oleh itu, janganlah dengan mudah kita menyeksa atau menghalau binatang-binatang yang gemar makan di kawasan tanaman kita. Sebaliknya berlapang dadalah dan yakinlah setiap rezeki telah ditetapkan oleh Allah...