Assalamualaikum...
Dalam kesibukan menyiapkan tesis yang masih lagi banyak perlu dilakukan walaupun saya sedar tarikh menghantar tesis semakin hampir....Oh Tesis....
Namun bukan persoalannya di sini walau saya tahu seperti tidak ada masa lagi untuk bermain-main, sibuk-menyibuk dengan perkara lain, apakan daya naluri hati inginkan sebuah santapan-santapan rohani biarpun terpaksa mengambilnya di tempat yang jauh sambil meredah kegelapan malam dan dalam waktu yang terbatas.
Jiwa ini masih terasa lagi miskin kehambaan. Tajuk ' Milik Siapakah Hatiku' sangat menarik yang dikupas oleh ustaz Rashidy Jamil. Banyak mutiara berharga daripadanya....lalu mutiara ini sangat membahagiakan dan menggembirakan hati dan ku simpan kemas dalam peti hatiku.
ku sedar bahawa Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya agar bersedekah hatta dengan senyuman sekalipun. Jadi, aku berkongsi sedikit mutiara berharga untuk pembaca blog ini .....
" Kita mampu untuk membaca sebuah novel setebal manapun namun suka merungut apabila membaca sirah nabawi yang tebal. Ketahuilah ia adalah kerana tebalnya hijab dengan Allah yang membuat kita kebelakangkan akhirat dan Allah"
" Tidak sempurna kasih seorang hamba kepada Khaliqnya sehingga ia merasa nikmat pukulan kesakitan dari Khaliqnya"
" Ramai yang membiarkan syaitan merompak IMAN kita tetapi ramai yang sibuk sangat apabila perompak merompak harta kira"
" Apabila jiwa bersih maka akan rasa ringan untuk memberi dan menerima"
Dan banyak lagi mutiara berharga yang diukirkan oleh penceramah.....Sekian mungkin akan bersambung...
No comments:
Post a Comment