Tuesday, May 29, 2012

Hadith 13 : Hadith berkaitan Wasiat


- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
Terjemahan Hadith
Dari Ibnu Umar ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang muslim tidak berhak mewasiatkan sesuatu yang ia miliki kurang dari dua malam ( hari ), kecuali wasiatnya itu tertulis padanya.”

Syarah Hadith
Wasiat adalah pesanan tentang kebaikan yang dilaksanakan sesudah seseorang meninggal dunia. Ia hendaknya segera dilaksanakan sesudah orang yang berwasiat meninggal, jangan ditunda-tunda hingga bermalam dua malam. Sunat mewasiatkan sebahagian harta bagi orang yang ingin berwasiat.Sunat juga segera menulis wasiat sesuai perintah syariat dna untuk menyambut kematian.
            Di dalam kitab fathul baari , Ibnu Hajar membuat kesimpulan bahawasanya pendapat majoriti ulama adalah wasiat itu tidak wajib dilaksanakan, yang wajib adalah menunaikan hak-hak orang lain. Tetapi kadang kal wasiat boleh jadi wajib, dan boleh jadi sunah iaitu melaksanakannya mendapat pahala, dan kadang kala ia menjadi makruh bagi yang mengharapkan kebaikan, dan kadang kala juga ia menjadi mubah ( boleh ) bagi yang berada dalam di antara keduanya, serta boleh juga menjadi haram apabila wasiat ini menimbulkan mudhrat kepada seseorang.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Wasiat, Bab Wasaya wa qawli Nabi SAW, No.2738

No comments:

Post a Comment