2207 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ
يُونُسَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ أَبِي
طَلْحَةَ الأَنْصَارِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،
أَنَّهُ قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ
المُحَاقَلَةِ، وَالمُخَاضَرَةِ، وَالمُلاَمَسَةِ، وَالمُنَابَذَةِ،
وَالمُزَابَنَةِ»
Terjemahan Hadith
Dari Anas ra, ia berkata: “ Rasulullah SAW melarang jual beli
dengan cara muhaqalah, muhadharah( menjual biji-bijian atau buah-buahan yang
belum masak yang belum tentu boleh dimakan), mulamasah ( iaitu menjual sesuatu
barang dengan cara hanya diraba), munabadzah ( menjual barang dengan saling
melempar, misalnya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan
barangku kepedamu” dan muzabanah.”
Syarah Hadith
Terdapat beberapa jenis jual beli yang dilarang oleh Rasulullah SAW
berdasarkan haadith ini iaitu :
1)
Muhaqalah
– (menebas) yang telah dijelaskan di muka.
2)
Mukhabarah
– iaitu menjual buah dan biji-bijian sebelum waktunya masak. Sementara jika
telah mencapai batas masak, di mana biji telah keras dan buah juga telah beruba
warnanya, maka sah untuk dijual.
3)
Mulamasah-
( transaksi dengan memegang) iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “
Aku jual kainku dengan kainmu.” Dan mereka berdua tidak melihat kepada kainnya,
tapi cukup dengan memegangnya sahaja. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Nasa’I dari
Abu Hurairah ra.
4)
Munabdzah
( saling melempar) yang ditafsirkan dengan hadith yang diriwayatkan imam Ibnu
Majah dari Sufyan, dari Az-Zuhriy iaitu ketika seseorang berkata kepada
temannya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku
kepadamu.” Dalam al-Nasai dikatakan: “ Aku lemparkan barangku dan kamu
lemparkan barangmu.” Dan mereka masing-masing membeli dari yang lain, sementara
mereka tidak mengetahui harga barang untuk mereka.
5)
Muzabanah,
yang telah dijelaskan di bahagian muka, iaitu menjual anggur basah dengan
anggur kering. Secara lahiriah, larangan di atas mengindikasikan haram. Para
fuqaha mempunyai pendapat terperinci yang tidak proporsional untuk kitab yang
ringkas ini.
Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Buyu', Bab Baiil muhadarah, No.2207
No comments:
Post a Comment