Assalamualaikum semua para
pengunjung blog saya….terlalu lama saya tidak mengupdate blog ini. Rindu juga
hendak menulis ni…..
Mahu atau tidak, manusia tidak dapat lari dari hakikat sebenar
kehidupan di dunia ini iaitu setiap yang hidup pasti akan menemui kematian.
Bilakah waktu kita akan menemuinya, tidak ada seorang pun yang boleh menjawab
melainkan Allah SWT. Jadi, adakah diri ini telah bersedia atau masih lagi belum
bersedia….hanya diri sendiri yang mengetahui. Sedar atau tidak , ramai yang
lupa mengenai perkara ini, dan disebabkan hal ini juga, ramai yang lalai dan
leka dengan tipu daya dunia. Ramai yang sibuk mengejar cita-cita, pangkat,
harta, kemewahan, kecantikan, dan lain-lain lagi daripada menyibukkan diri
dengan mempersiapkan diri bertemu yang Esa.
Sedangkan hidup hanya sekali. Biarlah peluang yang sekali ini, kita
gunakan dan manfaatkan sebaiknya. Allah tidak melihat paras rupa, harta
kekayaan dan pangkat seseorang tetapi Allah melihat nilai TAQWA dalam hati
seseorang. Begitulah hebat dan adilnya nilaian Allah pada hambaNya. Memang jika
diikutkan nafsu , dunia ini indah, rugi jika kita tidak merasai nikmat
keindahannya tetapi cuba kita renung kembali apakah nilai keindahan yang
hakiki? Adakah dengan merasai segala keseronokan tanpa batasan atau merasai
nikmat ‘perhiasan dunia’ (wanita) sesuka hati tanpa batasan, atau merasai
segunung harta tanpa batasan…..adakah itu semua nikmat keindahan dunia yang
hakiki? Adakah juga nikmat ini semua memberi kebahagiaan sehingga kita perlu
untuk merasainya dan rugi jika meninggalkannya???? , soalan ini saya tinggalkan
untuk kita renung2xkan…..
Apabila sebut sahaja soal mati….semua orang akan berasa takut dan
cemas, ialah tidak tahu sama ada tempat seterusnya di syurga atau di neraka,
tidak tahu juga adakah amalan-amalan di dunia ini sudah cukup sebagai bekalan
atau tidak…. Lihatlah betapa soal kematian amat menggerunkan hati manusia,
secara automatik hati akan kembali mengingati amalan sepanjang hidup di dunia
dan secara tidak langsung mengingati Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa.
Beginilah kematian mentarbiyyah hati manusia iaitu mendidik agar hati sentiasa
mengingati Allah dan mendidik diri agar melaksanakan amalan yang membawa
keredhaan Allah. Oleh itu, ajaklah hati – hati kita semua agar sentiasa
mengingati kematian.
Sesungguhnya, kematian adalah kebahagiaan hakiki kerana ia adalah
wasilah untuk kita bertemu Tuhan yang Maha Penyayang, yang telah menjaga kita
semua dengan baiknya di dunia ini, yang mengatur hidup kita, yang memberi
segala yang kita inginkan, dan yang paling penting yang telah mengampunkan
segala dosa kita di saat kita memintanya walau sejuta, segunung dosa kita
lakukan semasa hidup.
Rasullullah SAW bersabda bahawa orang yang bijak adalah orang yang
banyak ingat akan mati. Hidup ini terlalu singkat dan tidak ada yang lebih
penting selain melaksanakan suruhan Allah , tidak ada yang lebih istimewa
selain rahmat dan redha Allah dalam hidup kita dan juga tidak ada kebahagiaan
yang paling manis selain bertemu Allah dalam keadaan redha Allah bersamanya. La
Ilaha Ilallah, Hanya Engkau Ya Allah Tuhanku, Tiada yang lain selain Engkau,
Peliharalah hati kami ini agar sentiasa ingat kepadaMu, jagalah hati kami ini agar
cintaMu sentiasa menjadi yang paling tinggi dan paling istimewa.
-26 November 2012 -
No comments:
Post a Comment