حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا أبو عوانة ح وحدثني عبد الرحمن بن المبارك حدثنا أبو عوانة عن قتادة عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال ) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا فيأكل منه طير أو إنسان أو بهيمة إلا كان له به صدقة(
Maksudnya: Dari Qatadah dari Anas r.a, dia berkata , ‘ Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tidaklah seorang Muslim menanam tanaman atau menumbuhkan tumbuhan lalu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan ternak melainkan hal itu menjadi sedekah baginya.”
( al-Bukhari, kitab muzara’ah, bab Keutamaan Menumbuhkan dan menanam tanaman apabila sebahagiannya dimakan, no. 2320)
Penjelasan:
- Hadis ini menerangkan berkaitan tentang keutamaan bercucuk tanam dan bekerja di bidang pertanian, serta anjuran untuk mengolah tanah. Hal ini dinyatakan juga tentang bolehnya memiliki tanah dan mengelolanya serta menerangkan berkaitan kekeliruan orang yang zuhud yang mengingkari pekerjaan ini.
- Selain itu menurut Ath-Thaibi berkata, Muslin itu baik merdeka, budak, taat mahupun maksiat, apabila mengerjakan perbuatan mubah, tetapi dapat diambil manfaatnya oleh haiwan, maka manfaatnya akan kembali kepadanya dan dia berhak mendapat pahala kerananya.
Tenang menghayati ibrah disebalik hadith nabi ini. Beruntungnya mereka yang mempunyai tanaman dan tanaman itu memberi manfaat bukan sahaja sebagai makanan sendiri dan sumber pendapatan TETAPI suatu hakikat yang cukup indah disebaliknya. Ia cukup indah sahabat2x...Tanaman siapa yang dimakan oleh burung/ haiwan ternakan/manusia maka tuan punya tanaman itu akan mendapat pahala sedekah. Mudahnya mendapat pahala. Oleh itu, janganlah dengan mudah kita menyeksa atau menghalau binatang-binatang yang gemar makan di kawasan tanaman kita. Sebaliknya berlapang dadalah dan yakinlah setiap rezeki telah ditetapkan oleh Allah...
No comments:
Post a Comment