Kenali Diriku

Salam Perkenalan


Nama diberi Siti Elfika Binti Md Yasri
Tapi dalam facebook dan blog guna nama Ummu Nusaibah. Mengapa? hehehe nama itu adalah matlamat saya . Semoga saya thabat seperti Nusaibah Bint Kaa'b dalam perjuangan. Dia adalah wanita yang turut serta dalam baia'h bersama Baginda. Dia juga turut serta dalam peperangan. Dialah yang juga melindungi diri Baginda dengan badannya semasa peperangan. Dialah wanita yang sanggup berkorban sehingga dikatakan terdapat sekitar 12 luka di tubuhnya dengan luka di leher yang cukup parah. Namun, dia tidak pernah mengeluh, mengadu atau bersedih.

Lahir di dunia pada 21 Mac 1989

Pendidikan : Bermula dari rumah, tadika kemas, Sekolah Agama Bukit Kuching ( Darjah 1- 6) , Sekolah
Agama Menengah Jeram ( Tingkatan 1-5), Kemudian sambung STPM di  SAAS Kuala Selangor
 ( 1 Minggu), S. Menengah Tinggi Hisyamudin Klang ( 1 Minggu ) , KISAS Klang ( 07-08 ), menyambung pengajian lagi di peringkat Ijazah Sarjana Muda al-Quran & al-Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (2010-2012), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (JQAF ) di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak ( 2012-2014). Semoga ini bukan yang terakhir.

Hobi : Membaca buku, mengemas, melayari internet, suka melihat alam terutama langit apabila ada masalah. suka juga melihat gelagat ragam manusia. Dari semua benda ini banyak memberi pengajaran. ^_~

Visi Hidup : Berjuang Tanpa Henti

Prinsip Hidup : Everything For HIM ( Mardhatillah  )

Matlamat Hidup : Memberi selagi mampu ( diri, keluarga , masyarakat) { Agama didahulukan, keredhaan Allah diutamakan }

Inilah gambaran ku,

Aku ingin seperti air yang tidak pernah kenal erti penat, tidak mengeluh apabila ditimpa sesuatu, sentiasa menerima apa sahaja, namun tidak putus-putus dalam memberi...

Air mampu melentur batu yang keras, itulah prinsip air, sabar dalam melentur. Umpama melentur seseorang yang keras sifatnya, hendaklah dengan kesabaran dan kelembutan

Air adalah contoh terbaik " Erti hidup pada memberi "
Layari : http://saifulislam.com/?p=
7288