Thursday, December 29, 2011

( 66: 6 )

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi satu ayat yang termaktub di dalam kalam Allah ( al-Quran ). Surah al- Tahrim ayat yang keenam, maksudnya :


" Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan." 

Saya sangat suka dengan ayat ini. Allah ingatkan pada kita supaya pelihara diri dan KELUARGA dari azab api nerakaNya. Ye sahabat2x, diri dan keluarga, bukan kita persiapkan diri supaya tidak masuk neraka , lalu kita biarkan keluarga kita terkapai - kapai dan masih lagi di dalam kelalaian dunia. Bukan itu yang Allah perintahkan.

Inilah tugas dan tanggungjawab yang sangat berat dan susah untuk dilaksanakan. Saya yakin banyak dugaan untuk tugas amar makruf nahi mungkar ini. Mana tidaknya, ragam manusia ini pelbagai, ada yang lembut seperti air, kita tegur sekali, terus sahaja ikut. Ada pula yang keras seperti batu, tegur banyak kali, tetap tidak mahu ikut, kadang - kadang kita pula yang dipulaukannya. Ada yang seperti mencurah air ke daun keladi, tegurlah banyak kali, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Humm...buat tidak tahu sahaja.

Inilah perkara biasa dalam tugas amar makruf nahi mungkar. Tetapi apabila melibatkan ahli keluarga, ia memang bertambah sukar kerana mereka orang yang sangat rapat dengan kita. Oleh itu, demi menyahut perintah ILAHI, tetap akan kugagahkan dan ku asah lagi mindaku ini untuk mencari 1000 jalan / metod dalam berdakwah ( amar makruf nahi mungkar) agar hubungan keluarga bertambah erat, redha Allah semakin dekat,      bersama menempah tempat abadi, syurga Allah yang teristimewa sekali. 

" Ya Rabb, beriku kekuatan dan petunjuk untuk menjalankan tugas ini, kerana aku sangat sayang mereka keranaMu. "

Jadi, untuk peringatan diri ini dan semua, jagalah hubungan kita dengan Allah, jaga juga hubungan dengan manusia. ( Hablum minaAllah, wa hablum minnas ), andai kita dipilih oleh Allah dengan diberi sedikit kefahaman dalam soal agama, sampaikanlah pada masyarakat terutama ahli KELUARGA kita sendiri. Jangan sampai perkara ini yang menjadi asbab kita ke neraka kerana di " sana " nanti mereka menyatakan kamu yang bersalah kerana tidak menyampaikan. Semua perkara akan dihisab walau sebesar zarah. Memang saya akui, sukar untuk melaksanakannya, But remember that Allah always be there, never leave us. " Jika kita membantu agama Allah, Allah akan membantu kita " 

Ingatlah perintah Allah dalam ayat ini..... sekian dulu.  





Tuesday, December 27, 2011

.. Bermula ikatan Aku dan Scott ..




Terlebih dahulu, saya ucapkan assalamualaikum. 

Akhirnya scottla pilihan saya. Pertemuan saya dengan scott diatur oleh ibu dan bapa saya. Saya terpaksa menyuruh mereka mencarikan yang sesuai dengan saya, Bukan untuk menyusahkan ayah dan ibu, tetapi . disebabkan pada semesta ini hidup saya tidak begitu terurus dan tenaga dalam badan saya semakin hari semakin lemah.  " Ibu, tolonglah carikan, saya tidak kisah yang macam mana asalkan ia adalah yang terbaik". Selang beberapa hari, ibu membawanya dan menunjukkan kepada saya, agak terkejut juga kerana sudah lama saya tidak bertemu dengannya. Ini dikira pertemuan kedua selepas terpisah dalam tempoh yang panjang.  =))  Saya terima dengan hati yang terbuka. Oleh itu bermulalah hidup saya dengannya yang bernama scott. Inilah wajah scott yang tidak asing lagi dalam dunia makanan tambahan. Hehehe.

 Scott emulsion atau dikenali juga sebagai minyak ikan kod. Selepas beberapa hari makan. Badan rasa lebih bersemangat dan semakin sihat. Sahabat - sahabat bolehlah cuba juga kerana rasanya sangat sedap disamping banyak kelebihannya. Antara kelebihan scott adalah : 


Scotts Emulsion Mengandungi 400ml. Mengandungi minyak ikan kod,kalsium dan jus oren. Tambahan khasiat makanan

· Menolong Membina ketahanan terhadap jangkitan.
· Menolong pertumbuhan Tulang & gigi yang kuat.

Setiap sudu besar 15ML (17.25G) mengandungi

· Vitamin A…..850I.U.
· Vitamin D…..85 I.U.
· Kalsium hipofostit…..414mg
· Kalium sorbet…..0.100% b/b
· Dalam bes mengandungi jus oren dan minyak ikan kod


selain itu kelebihan minyak ikan kod adalah ;


Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:


Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif. 


Dalam kehidupan ini, memang banyak kerja yang perlu di lakukan, oleh itu jagalah kesihatan. Bila badan sihat, otak pun cergas dan akhirnya banyak benda yang boleh kita lakukan. SAYA SUKA SCOTT EMULSION.

Saturday, December 10, 2011

:: Tenatnya Semesta Ini ::

Assalamualaikum


Semesta ini boleh dikatakan semesta yang sangat sibuk, saya ambil 10 subjek , ada 29 unit semuanya. 

Sebenarnya yang normal orang ambil setakat 26 unit sahaja. Hurm...setiap subjek pula, kebanyakkannya ada 2

 atau 3 esaimen ditambah perlu menyiapkan proposal, menghafaz surah hafazan dan hadith 40 oleh Imam 

Nawawi beserta sanad yang lengkap. Boleh dikatakan

 semesta yang parah dengan kesibukan.

Belum hal- hal persatuan, program semesta ini juga sangat banyak. Kadang - kadang hampir setiap hari ada

 meeting. Boleh dikatakan dari hari isnin hingga khamis jadual sangat padat, dek disebabkan kelas banyak

 bermula jam 8 - 6.30 , saya pun tidak sempat untuk melabuhkan badan di atas katil kerana perlu bersiap

 untuk meeting selepas maghrib.Selepas meeting, barulah membuat esaiment semula. 

Dalam kesibukan, hati ini masih lagi merindukan halwa-halwa telinga dan makanan - makanan rohani. Jika 

tidak pergi, rugi rasanya kerana apabila berada di luar, sukar untuk menghadiri majlis - majlis ilmu. Antara

tugasan dengan majlis - majlis ilmu, oh susah untuk membuat pilihan, tetapi saya yakin pasti Allah akan

membantu : " Ya Rabb, permudahkanlah urusanku pada hari esok dan 

menghadapi esaimen-esaimenku yang masih banyak, Aku hadir ke majlis ilmu ini kerana  hatiku begitu rindu 

untuk merasai kenikmatan taman syurga dan merasakan redup serta damainya redhaMu. "

Dengan izinnya, alhamdulillah dipermudahkan segalanya iaitu dalam menyiapkan esaimen dan menghadapi hari

esok yang penuh dgn ujian.  Mungkin berkat

 rasa rindu . ^_~ Tetapi inilah yang saya pegang selama ini, walau sibuk dengan urusan dunia, anggota badan

 juga   perlu di beri makanan rohani  dan salah satunya dengan majlis - majlis ilmu. Akhirnya saya faham

bahawa setiap yang berlaku dalam hidup adalah ujian sama ada besar atau kecil. Manusia seharusnya yakin di

sebalik semua perkara mintalah petunjuk padaNya hatta hendak melangkah berjalan, ucapkanlah pujian

dan mohon perlindungan padaNya. Oleh itu, kesibukan juga merupakan satu ujian Ujian, untuk melihat

adakah dalam kesibukan hambaNya masih terselit haba kehambaan? Ujian inilah hikmah kerana

tanpanya kita tidak akan merasa

 nikmat- nikmat kesabaran. Peringatan untuk diriku dan sahabat semua. Moga Allah mengampunkan kita.




Senjata Mukmin

Assalamualaikum...

Dalam Bahagian (senjata Mukmin ) ini, saya akan post dan berkongsi dengan sahabat - sahabat semua berkaitan

 dengan doa -doa yang kita amalkan, dengan gaya yang santai. Doa ini sebenarnya adalah senjata orang 

mukmin. Percaya tidak? Sahabat - sahabat, dalam keadaan berdoa inilah kita berkomunikasi dengan Allah, 

tuhan yang menciptakan diri kita. Ibarat kita sedang bermuamalat dengan ibu bapa/ suami/ isteri. Kalau dengan 

mereka , kita berkomunikasi dengan mulut dan wajah. Tetapi kita berkomunikasi dengan Allah adalah dengan 

doa'. Mestilah berbeza kerana Allah dan makhluk itu tidak mungkin sama. ^_~

     Lagipun Allah telah berkata , mintalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan, Sesungguhnya Aku sangat

 dekat . Sebagaimana yang termaktub dalam kalam Allah( al-Quran) ini :  "Dan apabila hamba-hamba-Ku 

bertanya kepadamu tentang Aku, makasesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa 

apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, 

agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186). 

Inilah dia senjata kita. Mintalah apa sahaja kepada Allah, Insya Allah akan dimakbulkan. Tetapi untuk tujuan yang tidak

 elok adalah tidak digalakkan. Untuk Allah terima doa kita pula  ada syarat - syaratnya. Umpama kita meminta sesuatu 

dari ibu kitalah. Biasanya, kita akan puji dia, ikut perintahnya dan sebagainya. Begitu juga dengan hal kita untuk meminta

sesuatu dari Allah, memuji Dia, melakukan segala yang disuruh dan sebagainya. Dan sesuatu yang sangat istemewa

adalah apabila kita melakukan perkara- perkara yang Dia suka seperti amalan-amalan sunat, lagi mudahlah untuk Allah

perkenankan hajat kita. Perkara ini ada tertulis di dalam ungkapan hadith dari Baginda, dan hadith ini sangat indah 

maknanya : " HambaKu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunah sehingga Aku

 mencintainya. Jika Aku telah mencintainya , jadilah Aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya 

untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepadaKu pasti Kuberi dan jika dia meminta 

perlindungan kepadaKu pasti Aku lindungi." Hadith ini sahih , bermakana ia benar tanpa keraguan.

Baiklah setakat itu dahulu, nantikan post yang akan datang. 





     

      

Friday, October 28, 2011

~ Burung yang comel ~

Assalamualaikum...



Perkongsian kali ini, saya ingin bawa pembaca semua untuk merehatkan minda. Tetapi perlu juga untuk 

berfikir, bukan perkara - perkara yang berat. Just think for release tention. Cuba lihat persekitaran kita. Jom

kita belajar untuk melihat bumi dan merasakan keindahan, kenikmatan dan yang paling penting kehebatan 

Allah. Bagaimana sahabat2x, hebat kan alam ini, sungguh kita terlalu kerdil. Cube jawab soalan ini, manusia 

dengan tempat anda berada sekarang siapa besar?  tempat anda  dengan 

malaysia mana besar? malaysia dengan bumi? bumi dengan matahari? matahari dengan sistem cakerawala?

Dan sesungguhnya Allah lebih besar dari semua ini... 

lihat betapa kerdilnya manusia dan Maha Besarnya Allah. Kepunyaannya seluruh langit dan bumi. 

Saya teringat kata - kata ustaz saya , Ustaz Fadhlan, jabatan al-quran dan al- sunnah, apa yang dia kata: 

" cuba kamu perhatikan burung, bandingkan dengan kita. Apa istimewanya burung yang kecil ini ialah 

ketajaman penglihatannya." Ia mampu melihat cacing yang berlegar2x di tanah, yang kadang - kala dilitupi 

oleh kehijauan warna rumput - rumput yang segar dan terus hinggap 

memakannya dengan pantas sekali. Saya pernah melihat kejadian ini dan rasa taa'jub seketika.

Setajam itu penglihatan seekor burung yang kecil dan comel, Tetapi yang menciptakannya 

pasti lagi hebat. Hebatnya Allah melihat kita semua iaitu dengan cara melihat Allah yang tersendiri.

Pasti tidak ada satu pun yang terkecuali dari pandangannya. Allahu Akbar!!! 

Oleh itu, kali ini kita belajar merasakan kehadiran Allah dalam setiap penciptaannya dan inilah bukti 

kewujudanNya. Ok camne? dah release tention...jom kita sambung keje kita semula. Tapi jangan 

lupa untuk singgah lagi..

Sekian....




Sunday, September 18, 2011

::: Law Kana Baynana :::

Sebuah cerita berkisarkan Rasulullah s.a.w....

Assalamualaikum pembuka bicara, semoga madah mendapat rahmatnya , buat diriku dan anda semua..
Saya suka berkongsi dan sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua sesuatu yang menyentuh hati saya . Bukan apa , diharap apa yang saya rasa, anda semua juga turut merasakannya.

Ia mengenai sebuah rancangan di televisyen siaran tv alhijrah, " Law Kana Baynana " yang bermaksud sekiranya Rasulullah bersama kita. Ia rancangan arab tetapi mempunyai senikata Melayu, oleh itu kita lebih mudah untuk memahaminya. " Law Kana Baynana " adalah sebuah rancangan realiti tv. Jika di Malaysia , kita mempunyai pelbagai rancangan realiti seperti akademik al-Quran, Imam Muda dan terdapat juga rancangan realiti berbentuk hiburan seperti akademik fantasia, Mentor, Idola Kecil dan lain-lain lagi. Kesemua rancangan ini adalah bermisikan mencari bakat baru dalam bidang masing- masing. 

Namun, " Law Kana Baynana " realitinya mencari serta menerjah kehidupan masyarakatnya , sejauh mana mereka mengaplikasikan Sunnah dalam kehidupan. Bagi saya ia sangat menarik kerana mampu mengingatkan kita semula kepada contoh tauladan paling unggul iaitu Rasulullah s.a.w.

Beberapa episod yang sangat menarik dan penuh dengan teguran dan peringatan. " Law Kana Baynana " ini dikendalikan oleh seorang jurucakap atau wartawan yang akan berjalan mencari serta mendekati masyarakat. Salah satu episodnya adalah apabila mereka ditugaskan untuk memantau pengguna jalan raya untuk memastikan siapa yang selalu membuang sampah di jalan. Dan apabila pesalah tersebut telah dijumpai berdasarkan kamera cctv, mereka akan mendekatinya dan membacakan beberapa potong hadith yang berkaitan, dan ketika itu juga pemandu tersebut merasa amat bersalah dan takut apabila dibacakan hadith. Bukan itu sahaja, pemandu itu tuurt diberi sedikit cenderahati iaitu sebuah buku berkaitan diri dan peribadi Rasulullah s.a.w dan diperingatkan agar tidak mengulangi kesalahan. Berdasarkan episod ini, Ia mengajar dan mengingatkan kita bahawa Rasulullah suka kepada kebersihan kerana " Kebersihan itu sebahagian daripada Iman "

Begitulah serba sedikit mengenai rancangan ini. Ia disiarkan setiap hari ahad jam 9.00 malam. 

Terdapat dua perkara yang saya kagumi dalam rancangan ini. Dan mungkin setelah kamu lihat sendiri, pendapat dan pendirian kita berbeza. Saya kagum dengan mereka yang mampu memikirkan sebuah rancangan berkaitan Rasulullah s.a.w secara santai dan menarik. Mungkin ia kelihatan simple/ mudah/ ringkas tetapi sebenarnya inilah yang semakin dilupai oleh generasi kini. Mesej mereka adalah padat dan terus kepada diri Rasulullah s.a.w , menarik dan ucapan- ucapan mereka sangat menyentuh hati. Tetapi cerita dan rancangan - rancangan di Malaysia kebanyakkannya, mungkin ada matlamat untuk mengembalikan dan menyuntik roh Islam dalam diri masyarakat tetapi ia nampak kabur dan kurang menarik. 

Satu lagi perkara yang saya kagum adalah persekitaran kehidupan mereka. Bagi saya , jiwa mereka sangat sensitif dengan Rasulullah s.a.w. Apabila disebut nama Baginda, terus mereka menyahut dengan suara yang kuat tanpa selindung2x dan apabila dibacakan hadith, air muka mereka juga turut berubah. Amat berlainan keadaan di Malaysia. .....

" Law Kana Baynana" ....

Ayuhlah umat Islam semua, kita adalah umat Baginda....Umat yang disebut-sebut Baginda ketika menghadapi saat kematian..Baginda yang telah bertarung nyawa hingga hari akhirnya, masih jua mengingati kita...Jadi mengapa kita begitu mudah melupakan Baginda, tidak mengamalkan apa yang disuruhnya...kadang - kala kita kata kita cinta kepada Baginda , tetapi tidak pernah mengamalkan sunnahnya...Jika bukan Umat Islam yang menyambung rantai perjuangannya termasuklah sunnahnya, siapa lagi?????? 




Wednesday, July 13, 2011

LAI – Episod 3 ( last )

assalamualaikum 

Errmm….jika dahulu saya dah menceritakan bagaimana pengalaman pertama saya dan rakan saya Yasmin mengenai tugasan dan perasaan kami menjalankan praktikal di Rumah anak Yatim Darul Izzah. Tarikh 8 Julai 2011 adalah hari terakhir kami bersama anak yatim. Kalau nak ikutkan hati, saya nak terus berkhidmat di sana kerana saya sangat sayangkan mereka  seperti adik sendiri.

Hari terakhir, kami tidak mengadakan kelas seperti biasa. Kami menghabiskan masa dengan beramah mesra, bersembang, memberi ucapan dan nasihat yang terakhir untuk adik – adik yang di sayangi, melihat kerenah mereka yang nakal2 manja. Dan untuk hari terakhir, sebagai tanda ingatan dan sayang selamanya, kami ada memberi sedikit cenderahati dan sesi bergambar bersama mereka.

Perasaan sedih yang tidak dapat digambarkan di hati kami apabila melangkahkan kaki keluar diiringi oleh anak – anak yatim di sana. Teringat segala kenangan sewaktu mendidik mereka di sini yang memang agak tercabar juga mental dan fizikal saya untuk memberi yang terbaik. Lain rasanya apabila berada dengan mereka. Perasaan yang sukar untuk dijelaskan, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya dah jumpa dengan banyak ragam kanak2 ni kerana pernah mengajar selama 4 bulan dan menjadi fasilitator program motivasi. Tetapi aura mereka tidak sama dengan pelajar2 di rumah anak yatim ini sebab itu saya katakana yang mereka ini istimewa.

Hari terus berlalu…Alhamdulillah berjaya menjalankan praktikal dengan jayanya dan hanya tinggal menyiapkan laporan untuk dihantar sahaja. Sepanjang tempoh LAI, ia merupakan suatu kenangan yang paling manis dalam hidup saya dan anugerah Allah yang sangat tidak ternilai. Saya dan Yasmin sangat rindukan anak- anak yatim Darul Izzah, hampir setiap masa teringat pada mereka.
Teringat kata – kata mereka , selang beberapa hari selepas kami tamat di sana. Mereka telefon dan bertanya “ kak bila nak datang? Kitaorang rindu la, kak kitaorang sayang akak tau.” Aduh…pilu hati saya…
Ya Allah Engkau yang mempertemukan dan memisahkan kami, Engkau lebih tahu hikmat di sebalik kejadian ini. Semoga ukhwah dan ikatan kami terikat bersimpul mati. Semoga kami dapat berjumpa lagi di dunia dan yang pasti di akhirat nanti. Jadikan kami hamba yang selalu mengingatiMu, berukhwah keranaMu.

Inilah antara cerita dan pengalaman yang kami lalui sepanjang tempoh praktikal. Bagi saya sangat wajar, pihak UKM menganjurkan program praktikal di sana. Terlalu banyak pengalaman disamping dapat mengetahui serba sedikit mengenai organisasi dan sistem badan NGO seperti rumah anak yatim ini.








Thursday, June 2, 2011

PeringatanNya tanda kasih sayangNya...

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk menulis sesuatu di blog ini ... Tulisan ini sekadar perkongsian dan teguran kerana kita sebagai manusia yang alpa sebenarnya amat memerlukan peringatan2 yang dapat membangunkan hati agar bertambah dekat denganNya..

Fitrah manusia kadang- kala leka dengan urusan-urusan dunia dan sebagai hamba yang biasa kita mempunyai sekeping hati yang amat sukar untuk dijaga.  Hati inilah tempat letaknya iman. Iman yang menjadi bukti tanda kehambaan dan ketaatan seorang hamba. Dan iman ini ada masanya bertambah dan ada masanya berkurang.
Mengapa agaknya? Bukan mudah untuk mendapat syurgaNya yang menjadi tempat tinggal sang hamba yang punya iman yang kental dan mantap. Ia memerlukan pengorbanan.

Sedar tidak sedar sebenarnya, Allah sendiri yang memberi jalan agar setiap hambaNya dapat memasuki syurga kerana DIA amat pengasih. Jalannya adalah dengan ujian. Ujian yang sering bertandang dalam kehidupan manusia. Dengan ujian inilah , manusia mampu memasuki syurgaNya dan menguji sejauh mana rasa cinta dan taat pada yang Esa. Sahabat- sahabat, ujian ini pula pelbagai bentuk. Ada yang mudah , ada yang sukar, ada yang berkaitan jiwa, nafsu, harta, keluarga dan sebagainya. Semua ini bergantung pada tahap keimanan seseorang.

Dalam tidak sedar Allah memberi peringatan di kala seorang hamba dalam kelalaian , cuma kita sedar atau tidak sahaja. Beberapa hari yang lalu, saya mengikuti program OPKIM di selangor. Banyak dugaan untuk tiba di tempat tersebut. Kepenatan dunia kadang kala menjadikan kita lupa untuk mengabdikan diri padaNya. Namun DIA tetap datang menghampiri hamba yang hina ini memberi sedikit teguran.

Sesampainya saya dirumah keluarga angkat, malam itu saya berseorang kerana teman saya belum sampai. Kerana memuliakan tetamu nenek angkat saya menemankan saya tidur pada malam itu. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Badan saya sangat penat kerana seharian bekerja dan belum rehat lagi, saya tidak mampu untuk bangun solat tahajjud. Tapi dalam samar2 tidur saya melihat nenek angkat bangun dan menunaikan solat  malam di samping berzikir sehingga subuh. Hati saya tersentuh, malu dengan diri sendiri yang masih muda dan gagah tetapi tidak bangun untuk menemuiNya. Allah telah memberi nikmat muda agar lebih banyak dan mampu untuk beribadah...mengapalah disia-siakan?????

Esoknya pula, datang tetamu kakak angkat saya bersama dua orang anak remajanya untuk tasmik bacaan al-Quran..lantas sebelum bermula mereka menuju ke bilik solat, mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dhuha..Ya, dalam usia yang masih muda , pada pandangan saya , mereka pelajar sekolah menengah dan rendah. Sungguh hati saya bergetar. Mereka yang Allah kurniakan nikmat muda, menghabiskannya dengan beribadah pada Allah...malu , sangat malu kerana saya juga remaja , kenapa tidak mampu untuk melazimi solat-solat sunat ini. Mereka ini lebih muda dari saya....perkara ini mengingatkan saya bahawa usia saya dah meningkat namun bagaimana dengan amalan saya....

Dan akhir sekali, malam esoknya, seorang kakak yang muda setahun dari saya, dengan hati yang penuh sabar, bangun menunaikan solat malam...penuh pengharapan...

Tiga keadaan ini amat menyentuh hati saya kerana sepatutnya saya bersyukur nikmat lapang, muda dan sihat yang Allah beri serta menggunakan nikmat ini dengan membanyakkan beribadah dan amalan2 sunat. Inilah dia bukti kasih sayang Allah pada hambaNya. Peringatan Allah mungkin dalam keadaan kita tidak sedar. Namun saya yakin, setiap perkara adalah peringatan Allah walau sebesar biji zarah, cuma kita hambanya perlu memikirkan setiap kejadian kerana setiap kejadian itu ada hikmatNya. Bukti kasih sayang Allah. Maaflah tidak dapat menulis dengan baik....

Sekian dahulu coretan kali ini....semoga diri kita istiqamah dalam mengharap cinta dan redha Allah.

Tuesday, May 24, 2011

Praktikal LAI- episod 2

Assalamualaikum semua

Maaf lambat update perkembangan praktikal disebabkan banyak masalah.

Ermm...Saya yakin setiap tempat praktikal kami ada keistimewaan yang tersendiri. Bagi saya dan sahabat saya Yasmin, mungkin rumah anak-anak yatim darul izzah adalah yang terbaik untuk kami. Hari pertama melaporkan diri, perasaan berkecamuk, huh apakahlah agaknya tugasan yang bakal kami hadapi.

Jam menunjukkan jam 1030 pagi, kami meronda-ronda kawasan persekitaran sambil menunggu ketibaan setiausaha tempat tersebut. Selepas berjumpa dengannya, kami diberi sedikit taklimat mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Selepas itu, kami berkenalan dengan kakitangan di sana dan anak-anak yatim. Pada mulanya suasana agak kekok...hehehe

Kami dikehendaki mengajar anak-anak yatim disini dan subjek yang diajar terpulang kepada kami. Oleh itu, kami pun sibuk menyusun jadual dan memilih subjek yang sesuai di ajar. Anak-anak yatim di sini dalam  lingkungan umur 8 tahun sehingga 17 tahun dan kesemuanya adalah lelaki termasuklah kakitangannya. Maksudnya hanya kami berdua sahaja yang berlainan jantina. Semua berjumlah 33 orang, 30 anak yatim dan 3 orang kakitangan.

Sebelum memulakan kelas, selama seminggu kami mengadakan beberapa aktiviti dengan tujuan mengenali mereka dengan lebih dekat watak dan perwatakannya, mengetahui kelemahan mereka dan mengambil hati mereka supaya ukhwah kami lebih dekat dan erat. Setelah itu barulah kami memulakan kelas. Dan kami sepakat untuk mengadakan kelas akhlak, feqah, bahasa arab, pengajian al-quran dan alsunnah , sunnah Rasulullah s.a.w. di samping membantu mereka yang lemah membaca dan bantu mengenai sesuatu pelajaran yang mereka kurang faham.

Anak- anak yatim di sini mulanya agak susah nak dikawal namun setelah masuk hampir tiga minggu ini, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Saya seronok sangat mengajar mereka sebab mereka ni hyperaktif dalam kelas, suka bertanya dan banyak ragamnya.




Selain mengadakan kelas untuk mereka. Kami juga membantu segala urusan - urusan pentadbiran. Sebenarnya, pada mulanya hati saya begitu risau, bagaimanalah ujian kami nanti, menghadapi mereka yang sungguh nakal belaka ini. "Ya Allah, Engkau lebih mengetahui segala yang tersembungi, dan aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini, berikanlah kami kekuatan dan petunjuk untuk menghadapi semua ini' hati saya berbicara. Dan alhamdullilah setakat ini segala berjalan lancar. Benarlah doa itu adalah senjata orang mukmin. Dan ada satu lagi perkara yang membuat saya kuat dan lebih bersemangat iaitu, apabila saya melihat mereka yang lelaki kesemuanya, bakal pemimpin , timbul rasa tanggungjawab untuk mendidik mereka supaya mendapat didikan agama yang sebaiknya. Namun manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Melihat mereka ini, membuat saya kagum dengan mereka kerana kuat menempuh hidup yang penuh liku dengan usia yang masih mentah lagi. Banyak yang saya belajar dari mereka. Semakin hari hati saya semakin sayang pada anak- anak yatim di sini dan bila hari sabtu dan ahad , pasti saya teringat mereka...heheheh.





Inilah beberapa aktiviti yang kami lakukan....Rasanya setakat ini dahulu perkembangan praktikal saya. Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya hehehe....sekian...

Friday, May 20, 2011

Indahnya Islam itu...

Assalamualaikkum…

  Jam 830 malam, biasalah selepas sahaja makan malam, sekiranya tidak ada kerja yang dilakukan, saya suka juga menonton televisyen. Antara tv yang menarik untuk mendekatkan rasa takwa kepada Allah adalah tv alhijrah. Dan pada hari itu, saya menonton sebuah drama,yang bertajuk “ hotel hasanah ”.

Jalan ceritanya agak slow tapi menarik bagi saya, kerana membuka minda saya dan entahla apabila menonton drama ini, terasa mudahnya Islam dan hebatNya Islam.
Apabila di sebut hotel, tergambar difikiran saya suatu persekitaran yang kurang menyenangkan, penuh dengan kemaksiatan. Tetapi dalam cerita ini ia mengisahkan sebuah hotel yang bercirikan Islam. AllahuAkbar Nampak tenang dan cantik sangat. Adakah lagi di Malaysia  hotel sedemikian??Hotel ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi sesiapa sahaja boleh menginap namun yang menariknya mereka mempunyai syarat-syarat tertentu.

Bagi sesiapa yang ingin menginap di situ mereka  tidak dibenarkan membawa minuman beralkohol dan pelbagai lagi perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Bilik pula dihiasi dengan kalimah-kalimah suci, dan setiap kali waktu solat, azan akan berkumandang menjadikan setiap penginap mendengar seruan tersebut. Urusan dunia, dunia juga tetapi akhirat tidak dilupa. Waktu bekerja, mereka bekerja dan apabila waktu solat mereka solat berjemaah beserta tazkirah selepasnya Dan yang menyentuh hati saya apabila melihat seorang CEO hotel mengimamkan solat berjemaah tersebut dan memberi tazkirah. Inilah sedikit sebanyak mengenai perjalanan cerita ‘ hotel hasanah’ tersebut.

Allahu Akbar, terfikir saya  bahawa semua manusia itu sama yang membezakan hanyalah taqwa bukan pangkat dan harta. Itulah yang telah diaturkan Allah untuk hambanya. Ya Allah, begitu indahnya hidup dalam Islam. Hakikat hari ini, amat sukar untuk mencari hotel yang bercirikan Islam sepenuhnya , walaupun pemiliknya orang Islam.

Cerita ini semakin menarik untuk ditonton dan ada suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Sukar untuk diulas. Ermm tidak mengapalah, kita sambung semula kisah tadi.  Ia turut mengisahkan mengenai seorang lelaki yang tidak percaya kepada Tuhan. Dia telah menginap di hotel ini. Walaupun pada mulanya agak keberatan dan rimas dengan syarat-syarat di hotel tersebut, namun selang beberapa hari ia merasakan ketenangan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Perkara ini menjadikan dia mula mencintai Islam dan telah memeluk Islam.

Lihatlah sahabat-sahabat, betapa mudahnya dakwah Islam. Hatta dalam menjalankan urusan perniagaan , tanggungjawab yang pasti sebagai seorang khalifah dan daie tidak dilupakan. 

Ini sahaja perkongsian kali ini, sekian.

Thursday, April 28, 2011

" Permulaan LAI saya "

Assalamualaikum semua

Sebagaimana post saya yang lepas, bahawa hari ini telah tamat exam saya untuk semesta empat di ukm. Bagi pelajar ukm , kami bercuti dari bulan lima sehingga bulan sembilan. Wah lama kan. Tetapi bagi saya dan sahabat-sahabat tahun 2 pengajian Islam yang lain, kami ada LAI iaitu latihan amali industri.
Ha lihat gambar di bawah :



Inilah tempat praktikal saya dan sahabat saya Nor Yasmin Binti Abu Talib. LAI kami bermula 3/5/2011 sehingga 10/7/2011. Ermm... Untuk pengetahuan sahabat2 semua, LAI ini wajib sebagai salah satu perkara untuk mendapat ijazah. Banyak tempat pilihan untuk membuat LAI ini, dan akhirnya jodoh kami adalah di rumah anak yatim darul Izzah. Tempatnya dekat sahaja dengan UKM .

Dalam hati ni, rasa berdebar campur excited dan teruja nak buat LAI. Bukan mudah nak menimba pengalaman dan bekerja dengan satu badan NGO. Dan saya yakin , terdapat seribu hikmat mengapa Allah tempatkan saya di sana. Kalau sahabat-sahabat nak tahu, dahulu saya ada menyimpan hasrat untuk menjadi sukarelawan, dan menolong anak2 yatim serta golongan2 yang memerlukan pertolongan. Boleh dikatakan  hati saya sering  berbisik.

MasyaAllah, Alhamdulillah Allah telah kabulkan, saya mendekati anak2 yatim ini. Benarlah janji Allah itu pasti. Mintalah apa sahaja padaNya, pasti akan dikabulkan. Cuma lambat atau cepat sahaja. Tetapi sahabat-sahabat, kalau berdoa minta pada Allah mesti dengan hati yang ikhlas dan penuh sabar. InsyaAllah, DIA tidak pernah menghampakan hambaNya.

Okla...nantikan post saya selanjutnya berkaitan LAI saya. Dan saya pasti banyak perkara yang menarik berlaku di sana, suka , duka, pahit, manis , InsyaAllah akan saya kongsikan selagi boleh. Semoga ia memberi manfaat bersama.

Sekian.

Tuesday, April 26, 2011

:: Yahoo!!! Balik Kampung ::


Assalamualaikum semua..

Untuk pengetahuan sahabat- sahabat semua, hari esok 28/4/2011 adalah the last paper untuk exam pada semesta empat di UKM ini. Ermm ada lagi dua semesta. Inilah kenyataan, dah dua tahun rupanya, rasa macam baru daftar, bumi semakin cepat berputar. Inilah antara tanda-tanda kecil hari kiamat... Sekarang ini, saya dah mula terfikir apa yang hendak dilakukan selepas tamat belajar di UKM,sebagai anak sulong, of coz la nak kerja dulu , kesian ayah dah penat dia bekerja.

Sahabat-sahabat, biasalah bila kata nak balik kampung, semua akan tersenyum lebar sampai ke telinga, seminggu sebelum balik, dah packing2x barang, hurmm tak sabar rasanya. Mood exam pun, dah semakin berkurang dah. Fikiran pun melayang-layang, teringat masakan mak di rumah. Hehehehe.

Terfikir saya akan suatu perkara, sebagai seorang pelajar, saya ini dikira sebagai perantau la kan. Perantau dengan tujuan mencari ilmu. Setelah selesai perantauan, pasti akan pulang jua ke tempat asal ( rumah ) . Begitu kita gembira, buat persediaan awal untuk pulang ke tempat asal.( rumah)

Namun sahabat- sahabat, sejauh mana persediaan kita, kegembiraan kita untuk pulang ke tempat asal kita ( akhirat ). Kebanyakkan manusia gembira untuk berjumpa ibu bapa, tetapi pernahkah kita terfikir? mengapa ramai yang takut dan sedih untuk berjumpa Allah , yang telah menciptakan kita, memberi segala nikmat yang terbaik semasa kita dalam perantauan ( Dunia). Dan ramai yang tidak membuat persediaan untuk pulang ke sana ( akhirat) . Inilah dia manusia...sering lupa.

Semalam, pada waktu maghrib, saya mendengar satu kisah di radio ikim.fm...kisahnya lebih kurang begini. Ada seorang remaja ini lari dari rumah, dan dia sedang dalam kelaparan. Tiba-tiba seorang lelaki datang menghulurkan sepinggan makanan. Dia mengucapkan terima kasih dan berkata padanya " terima kasih pak cik. walaupun kita baru berjumpa, tetapi pakcik telah memberi saya sepinggan nasi sehingga perut saya tidak lapar lagi, sedangkan ibu saya selalu marah saya sehingga saya lari dari rumah." 

Pakcik tersebut menjawab" Duhai anak, mengapa kamu berkata demikian, aku hanya memberi kamu sepinggan nasi, sedangkan ibu kamu telah memberi kamu makan dari kamu kecil sehingga kamu dewasa, mengapa kamu tidak terharu? " Terkedu remaja tadi.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sering lupa terhadap nikmat yang selalu hadir dalam hidup kita. Disebabkan nikmat itu sudah selalu, kita mungkin tidak perasan. Begitulah jua diri kita dengan Allah. Disebabkan nikmat Allah sudah selalu seperti nikmat bernafas, makan dan minum, kita jadi tidak perasan. Dan kadang- kala kita lupa untuk bersyukur iaitu dengan melakukan segala perintahnya.

Sahabat- sahabat sekalian yang saya amat kasihi kerana Allah, memang ibu bapa , kita harus sayangi tetapi ingatlah bahawa kasih sayang terhadap Allah harus melebihi segalanya. Jangan sampai kita mengasihi manusia lebih tinggi dari kita menyayangi Allah. Peringatan ini  untuk saya juga. Segembira mana kita ingin berjumpa ibu bapa kita, seharusnya hati kita lebih gembira untuk berjumpa dengan Allah. Seawal mana kita membuat persediaan untuk pulang ke kampung, seharusnya persediaan kita lebih untuk pulang ke akhirat sana.

Bukan saya hendak kata tidak perlu terlalu sayang pada ibu bapa , tetapi tahap kasih sayang itu hendaklah berbeza  kerana kasih ibu itu membawa ke syurga dan kasih Allah itu kekal selamanya, melebihi kasih ibu terhadap anaknya. Kedua -duanya perlu disayangi dan dicintai. Ingatlah duhai diri dan sahabat- sahabat sekalian, jangan jadi seperti kisah di atas. Remaja yang memang tahu adab dan kasih kepada yang telah memberinya makan tetapi lupa terhadap segala kebaikan yang dilakukan oleh ibunya setiap hari. 

Apa yang ingin saya sampaikan bahawa kita hendaklah menjadi seorang manusia yang menyayangi ibu bapa, hormati dan kasihi mereka, kerana mereka telah menjaga kita , namun jangan kita lupa terhadap  pencipta kita ( Allah ) yang mengurniakan nikmat dalam setiap minit yang berlalu dalam hidup kita. Dan sayang itu perlu dibuktikan dengan amalan. Jangan sampai kita semua menunjukkan bukti sayang pada ibu bapa tetapi tidak menunjukkan bukti sayang kita pada Allah...

Ok la...setakat itu dulu, coretan kali ini. Maafla jika bahasa yang diguna kurang sesuai. Boleh tegur...saya tak marah, tapi saya suka. Lain kali boleh perbaiki. Tinggalkan komen anda diruang yang disediakan. Sempena cuti semesta ini, saya mohon keampunan andai perkataan dan perbuatan saya ada menyakiti hati sahabat-sahabat. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat,Jiwa selamat
Kayuh Basikal ke tanjung rambutan, Jumpa lagi semesta depan.



 Sekian....


Sunday, April 24, 2011

"Seteguh Sumaiyyah"

Assalamualaikum.

apa khabar semua? dah lame juga rasenya saya tak post, agak sibuk semesta ini, walau sibuk , sempat juga membaca buku novel ni setebal 615 muka surat, tapi belum habis bace, saya memang minat bace buku karangan beliau, ini adalah salah satu buku yang memberi kesan dihati, membuat saya terfikir dan terpaku. nak tahu?















     Sumayyah memejamkan matanya sambil berkata, " Wahai Abu Jahal yang dilaknat Tuhan. Aku tidak akan sekali-kali tunduk. Kamu boleh bunuh kami semua tetapi percayalah kamu akan menerima balasannya di kemudian hari kelak."

      Abu Jahal seperti kehilangan akal apabila mendengar kata-kata Sumaiyah. Pakaian wanita itu direntapnya. Kemudia dijemur di bawah panas mentari supaya menjadi lebih terseksa. Sumaiyah tetap mengucap kalimah syahadah. Dia seperti tidak menghiraukan penyeksaan yang dilakukan pada dirinya.

     Melihat keteguhan pendirian wanita itu, Abu Jahal tidak ada pilihan lain selain membunuhnya. Dia tidak mahu ketabahan wanita tua itu menjadi ikutan orang lain. Abu Jahal merentap sebatang lembing di tangan Utbah lalu menikam bawah pusat Sumaiyah. Wanita itu mengerang kesakitan sambil mengucap dua kalimah syahadah. Darah pekat membuak-buak mengalir daripada tikaman itu. Tidak lama kemudian Sumaiyah menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah. 

Inilah sedikit dari petikan yang saya ambil dari buku karangan Abdul Latip Talib, Penulis Novel Sejarah no.1 di Malaysia. Buku bertajuk "Hijrah, Permulaan Sebuah Kegemilangan". 

Tersentap hati saya apabila membaca petikan ini. Bayangkanlah sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Sumayyah adalah antara golongan yang awal memeluk Islam, yang mana persekitaran ketika itu, dikelilingi oleh kejahilan yang teruk. Bagaimana hebatnya dia mempertahankan imannya, seteguh itulah tahap keyakinannya terhadap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, cintanya pada Allah terlakar di dalam pengorbanannya. Begitu nekad dia memilih syahid dari hidup tanpa Allah dihati. 

Ya, sahabat- sahabat hebatkan iman umat dahulu. Sebelum sampainya Islam di Mekah , mereka berada dalam kejahilan yang teruk. Setelah Allah memerintahkan Baginda s.a.w menyebarkan Islam, hanya beberapa orang sahaja yang ikut. Pada mulanya jumlah mereka memang sedikit, ini termasuklah srikandi hebat bernama Sumayyah ini. Tetapi sahabat-sahabat, kualiti iman mereka begitu kukuh dihati. Mereka yakin dengan sebenar-benar yakin terhadap Allah dan perintah-perintah Allah. 

Bayangkanlah sahabatku sekalian, dari kehidupan yang diselubungi kegelapan yang pekat, Seorang manusia yang paling baik datang membawa cahaya kebahagian dan ketenangan, cahaya yang belum pernah dilihat dan didengar, mereka terus yakin mengambil cahaya itu, dan mempertahankan cahaya itu. Bagi mereka , biar nyawa mereka tergadai , jangan cahaya itu terpadam, kerana yakin cahaya ini adalah cahaya kebenaran, cahaya yang membawa kebahagiaan yang kekal abadi selamanya. Inilah cahaya keimanan. 

Terfikir saya, bagaimana dengan diriku ini ya Allah, sejauh mana kukuhnya imanku ini? adakah saya mampu dan berani dengan yakin akan mempertahankan iman dan Islam sehingga mempertaruhkan nyawa..
tiba-tiba saya terbayang keadaan sekarang, andai ada seorang kafir melakukan hal yang sama seperti Sumayyah ini, mampu ke saya pertahankan iman ini????
Fikir-fikirkanlah sahabatku sekalian, iman kita ini iman yang bagaimana dan ditahap mana? saya tinggalkan persoalan dan sahabat-sahabat carilah jawapannya .

setakat ini dahulu post kali ini, sekian...





Friday, April 15, 2011



Ya Allah aku ingin sekali menatap wajahmu.......hidup ku tidak ada makna jika Engkau jauh dariku
Ya Allah aku serahkan seluruh hidupku dan kasihku padaMu Ya Allah......
berikan hambaMu ini kekuatan
biarkanlah air mata yang jatuh di pipiku ini hanya untukMu
Berikanlah petunjuk agar hamba sentiasa bersamamu.......
Berikanlah hamba kekuatan agar segala 'amalan yang di lakukan hanya untukMu
Bagi mendambakan keredhaanMu dan bukan setakat mengharap syurga semata
Tetapi keranaMu Ya Allah......

"Cukuplah Allah bagiku;tidak ada Tuhan selain Dia .Hanya kepadaNya aku bertawakal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung"   surah at -Taubah 129

Ragam Kehidupan

Assalamualaikum...

Malam ni saya rasa nak kongsi satu pengalaman yang tidak boleh di lupakan.Pada hari jumaat iaitu 13 Ogos saya bertolak pulang ke rumah pada jam 1.00 tengah hari.

Situasi 1
Singgah sebentar di surau An-Nur KIY ,ada sedikit pengisian , tiba-tiba hujan turun dengah lebatnya dan saya terkandas di surau,terpaksa menunggu hujan berhenti untuk turun bukit .Dugaan nak pulang,semoga Allah permudahkan perjalananku.Jam 245 petang ,hujan reda dan bergegas turun bukit untuk pergi ke bustop.Jam 315 baru bas sampai.

Situasi 2
Dalam 330 sampai di KTM UKM.Ya Allah panjangnye nak berbaris untuk beli tiket.Betul- betul menguji kesabaranku.Huh akhirnya dapat juga,namun orang terlalu ramai dan terpaksa merelakan KTM bergerak dan menunggu KTM yang lain.Kali ini tidak boleh terlepas lagi kerana jam sudah menunjukkan jam 410 petang.Ermmm....masih di UKM..

Situasi 3
KTM berikutnya sampai ,bergegas naik kerana tak nak terlepas.Alhamdulillah ,walaupun sangat padat namun ia coach wanita.Apa yang menghairankan ialah terdapat dua orang lelaki asing di dalam coach wanita.Seorang wanita cina menegurnya," awak lelaki pergi belakang la".Jawapannya masih segar dalam ingatan ni " cik saya dah terlepas dua tren!".Huhuhu..inilah manusia sekarang,buat keputusan tanpa fikir dahulu,main redah je.Ermm pelik la kenapa la

HABIB ALI AL-JUFRI

"...maka mereka (Ahlul Bait Nabi s.a.w ) adalah keturunanku, diciptakan oleh (Allah ) dari darah dagingku, dan dikurniakan kepada mereka ilmu pengetahuanku. Celakalah orang dari kalangan umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan dengan mereka. Orang - orang seperti itu tidak akan diturunkan syafa'atku ( pertolongan di hari akhirat ) " . HR Imam Thabrani & Al-Hakim



HABIB ALI AL-JUFRI



Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri dilahirkan di kota JeddahArab Saudi tepat sebelum fajar pada hari Jumaat, 16 April 1971 bertepatan 20 Safar 1391 H, dari orang tua yang sampai pada keturunan Imam Hussein bin Ali ra.


Nasab

Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman bin Ali bin Alawi bin Muhammad bin Ali bin Alawi bin Ali bin Alawi bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Maulah anak Arsha putera Muhammad Abdullah al-Tarisi bin Alawi al-Khawas putera Abu Bakar anak Jufri putra Muhammad putera Ali putera Muhammad putera Ahmad al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Sahab Mirbat Muhammad bin Ali Khalil Alawi Qassam anak putera Muhammad putera Alwi putera Ubaidullah Ahmad al-Muhajir ila Allah Isa putera Muhammad al-Naqib bin Ali al -Uraidhi bin Jaafar as-Sidiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abidin putera dari Hussein (cucu Rasulullah saw) anak dari Ali bin Abu Thalib, suami dari Fatimah al-Zahra puteri Rasulullah saw.
Ibunya yang mulia puteri Marumah putera Hassan bin Alawi bin Alawi Hassan bin Ali al-Jufri.


Pendidikan


Habib Ali Al-Jufri mulai mempelajari ilmu sejak kanak-kanak lagi melalui gurunya yang pertama yaitu ibunya sendiri. Ibunya mempunyai pengaruh yang besar atas diri beliau dan dalam pelajaran dan rohani.
Antara guru-guru beliau ialah:
- Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al-Saqqaf, Jeddah
- Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad
- Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Makkah
- Habib Attas Al-Habsyi
- Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-Adani
- Habib Muhammad bin Abdullah Al-Hadar
- Habib Umar bin Hafiz, Yaman, menjadi sahabatnya juga dari 1993 hingga 2003]

Sumbangan

Habib Ali Al-Jufri telah memberikan kelas untuk mengajar, bimbingan, nasihat, untuk membangunkan orang untuk tanggungjawab mereka dan untuk mengajak orang-orang kembali pada Allah dalam banyak negara, dimulai pada 1412 H/1991 di kota-kota dan desa-desa Yaman. Beliau memulai perjalanan di luar negeri 1414 H/1993 yang masih terus hari ini dan antaranya termasuk negara-negara berikut:
- Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Suriah, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan, Libya, Mesir, Maroko, Mauritania, Kepulauan Komoro dan Djibouti.
- Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh dan Sri Lanka.
- Afrika: Kenya dan Tanzania.
- Eropa: Britania Raya, Jerman, Perancis, Belgia, Belanda, Irlandia, Denmark, Bosnia & Herzegovina dan Turki.
- Amerika: 3 perjalanan yang pertama adalah pada tahun 1419 H/1998, yang kedua adalah pada 1422 H/2001 dan yang ketiga yang pada 2002/1423, di samping juga mengunjungi Kanada.
































               
Assalamualaikum semua, teringin rasanya nak berkarya, ini adalah hasil ciptaan sentuhan sendiri, silalah sudi membaca dan komen ye. Agar saya boleh baiki

Kasih Ilahi ( sajak 1)

Manusia sering lupa,
Sering alpa,
Hakikat siapa kita sebenarnya,
Selalu kita berkata ibu bapa adalah segalanya,
Keluarga adalah segalanya, harta adalah segalanya,
Namun kita lupa,
Siapa yang beri ibu bapa, keluarga dan  harta pada kita?
Bukankah DIA yang lebih layak untuk segalanya
Dialah Allah Tuhan pencipta sekalian alam
Sebagaimana dalam surah alfatehah ayat 1:
“ Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta Sekalian Alam”
Walau kita lupa padaNya..nikmat sentiasa ada untuk kita..
Begitulah kasih Ilahi…..

Kasih Ilahi (sajak 2)

Kasih Sayang  Allah itu amat hebat,
Kasihnya hadir tanpa diduga,
Kasihnya hadir tanpa dipaksa,
Kasihnya hadir tidak mengira rupa,
DIA amat  ikhlas dan redha mengasihi
Semua hambaNya,
Walau sejuta , segunung dosa kita bawa
Dalam mengharung  setiap masa kehidupan kita,
Walau selama ini kita tidak mempedulikannya,
Seolah-olah Allah tiada di samping kita,
DIA tetap terima dan sudi memaafkan kesalahan kita
Andai kita minta agar diampunkan
Dengan rasa insaf dan deraian air mata.
Lihatlah!!!
Betapa agungnya kasihmu Tuhan…..
Berbeza dengan kita yang hanya hambaNya
Tiada kekuatan, yang kerdil lagi hina…
Kita sering hilang rasa kasih sayang itu,
Kita sering suka memilih ,
Apatah lagi dalam persahabatan,
Yang buruk dipinggirkan,
Yang lemah diabaikan,
Yang bodoh diperlekehkan,
Yang dibelakang kita tinggalkan,
“Ahh malas nak berkawan dengannya,
bosanla,boringla,tak ada clas la”
Siapa kita? Adakah kita lebih hebat dari Allah?
Tidak!!!!, mustahil…jadi kita tiada hak untuk melakukan itu
Teringat kebenaran dalam bait nasyid Raihan
“ kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janjinya pasti”
Kasih Ilahi kasih yang sejati dan abadi
Carilah ia,
Bersamalah kita berkasih sayang sesame kita
Sebagaimana Allah mengasihi kita
Kasih dan sayanglah kerana Allah



Tetapkanlah hati ini




Ya Allah,

Yang maha pengasih dan penyayang,

Dari Mu hamba datang dan

kepadaMu hamba kembali,

tetapkanlah hati ini,

dalam mencari cintaMu,

dalam menjalankan janji yang dahulu pernah di lafazkan



Ya Allah,

Yang maha pengasih dan penyayang,

Dengarlah rayuan ini,

Dari hamba yang hina dan kerdil,

Yang tidak punya apa-apa,

Hanya merindui kasihMu,

Hanya merindui menemuiMu,



Ya Allah,

Dunia ini terlalu indah,

Hamparan bukti kekuasaanMu,

Tempat hamba melabuhkan rasa rindu kepadaMu,

Tempat bukti kasih sayang Mu,

Kepada setiap hamba yang diciptakan,

Kerana itu ujian tidak pernah kering,

Dugaan sering singgah dalan diri setiap hamba,

Ringan dan berat menjadi ukuran,

Tingkat keimanan kepada Mu Ya Allah,

Itulah nama sebuah kehidupan di dunia,

Cuma sementara,Cuma persinggahan

Sebelum kembali kepada tempat bermula

Ibarat kapal yang berlabuh di lautan biru……



Ya Allah,

Jadikanlah setiap saat yang berlalu

Dipenuhi rasa cinta

Rasa takut dan takwa,

Hanya untukMu ya Rabbil ‘Izzati,

Terlalu banyak dugaan

Untuk meraih rasa kasih itu,

Maka,tetapkanlah hati ini,

Kerana diri ini hanya ingin mendapatkan

Sekelumit cinta yang suci dan sejati,

Yang tidak dapat di beri oleh sesiapa,

Melainkan Mu Ya Allah,

Cukuplah hanya Engkau Ya Allah bagiku,

Tuhan pentadbir sekalian alam……..