Assalamualaikum
Semesta ini boleh dikatakan semesta yang sangat sibuk, saya ambil 10 subjek , ada 29 unit semuanya.
Sebenarnya yang normal orang ambil setakat 26 unit sahaja. Hurm...setiap subjek pula, kebanyakkannya ada 2
atau 3 esaimen ditambah perlu menyiapkan proposal, menghafaz surah hafazan dan hadith 40 oleh Imam
Nawawi beserta sanad yang lengkap. Boleh dikatakan
semesta yang parah dengan kesibukan.
Belum hal- hal persatuan, program semesta ini juga sangat banyak. Kadang - kadang hampir setiap hari ada
meeting. Boleh dikatakan dari hari isnin hingga khamis jadual sangat padat, dek disebabkan kelas banyak
bermula jam 8 - 6.30 , saya pun tidak sempat untuk melabuhkan badan di atas katil kerana perlu bersiap
untuk meeting selepas maghrib.Selepas meeting, barulah membuat esaiment semula.
Dalam kesibukan, hati ini masih lagi merindukan halwa-halwa telinga dan makanan - makanan rohani. Jika
tidak pergi, rugi rasanya kerana apabila berada di luar, sukar untuk menghadiri majlis - majlis ilmu. Antara
tugasan dengan majlis - majlis ilmu, oh susah untuk membuat pilihan, tetapi saya yakin pasti Allah akan
membantu : " Ya Rabb, permudahkanlah urusanku pada hari esok dan
tugasan dengan majlis - majlis ilmu, oh susah untuk membuat pilihan, tetapi saya yakin pasti Allah akan
membantu : " Ya Rabb, permudahkanlah urusanku pada hari esok dan
menghadapi esaimen-esaimenku yang masih banyak, Aku hadir ke majlis ilmu ini kerana hatiku begitu rindu
untuk merasai kenikmatan taman syurga dan merasakan redup serta damainya redhaMu. "
Dengan izinnya, alhamdulillah dipermudahkan segalanya iaitu dalam menyiapkan esaimen dan menghadapi hari
esok yang penuh dgn ujian. Mungkin berkat
Dengan izinnya, alhamdulillah dipermudahkan segalanya iaitu dalam menyiapkan esaimen dan menghadapi hari
esok yang penuh dgn ujian. Mungkin berkat
rasa rindu . ^_~ Tetapi inilah yang saya pegang selama ini, walau sibuk dengan urusan dunia, anggota badan
juga perlu di beri makanan rohani dan salah satunya dengan majlis - majlis ilmu. Akhirnya saya faham
bahawa setiap yang berlaku dalam hidup adalah ujian sama ada besar atau kecil. Manusia seharusnya yakin di
sebalik semua perkara mintalah petunjuk padaNya hatta hendak melangkah berjalan, ucapkanlah pujian
dan mohon perlindungan padaNya. Oleh itu, kesibukan juga merupakan satu ujian Ujian, untuk melihat
adakah dalam kesibukan hambaNya masih terselit haba kehambaan? Ujian inilah hikmah kerana
tanpanya kita tidak akan merasa
nikmat- nikmat kesabaran. Peringatan untuk diriku dan sahabat semua. Moga Allah mengampunkan kita.
alhamdulillah...semesta ini dapat keputusan yang terbaik...
ReplyDelete