Sunday, April 24, 2011

"Seteguh Sumaiyyah"

Assalamualaikum.

apa khabar semua? dah lame juga rasenya saya tak post, agak sibuk semesta ini, walau sibuk , sempat juga membaca buku novel ni setebal 615 muka surat, tapi belum habis bace, saya memang minat bace buku karangan beliau, ini adalah salah satu buku yang memberi kesan dihati, membuat saya terfikir dan terpaku. nak tahu?















     Sumayyah memejamkan matanya sambil berkata, " Wahai Abu Jahal yang dilaknat Tuhan. Aku tidak akan sekali-kali tunduk. Kamu boleh bunuh kami semua tetapi percayalah kamu akan menerima balasannya di kemudian hari kelak."

      Abu Jahal seperti kehilangan akal apabila mendengar kata-kata Sumaiyah. Pakaian wanita itu direntapnya. Kemudia dijemur di bawah panas mentari supaya menjadi lebih terseksa. Sumaiyah tetap mengucap kalimah syahadah. Dia seperti tidak menghiraukan penyeksaan yang dilakukan pada dirinya.

     Melihat keteguhan pendirian wanita itu, Abu Jahal tidak ada pilihan lain selain membunuhnya. Dia tidak mahu ketabahan wanita tua itu menjadi ikutan orang lain. Abu Jahal merentap sebatang lembing di tangan Utbah lalu menikam bawah pusat Sumaiyah. Wanita itu mengerang kesakitan sambil mengucap dua kalimah syahadah. Darah pekat membuak-buak mengalir daripada tikaman itu. Tidak lama kemudian Sumaiyah menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah. 

Inilah sedikit dari petikan yang saya ambil dari buku karangan Abdul Latip Talib, Penulis Novel Sejarah no.1 di Malaysia. Buku bertajuk "Hijrah, Permulaan Sebuah Kegemilangan". 

Tersentap hati saya apabila membaca petikan ini. Bayangkanlah sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Sumayyah adalah antara golongan yang awal memeluk Islam, yang mana persekitaran ketika itu, dikelilingi oleh kejahilan yang teruk. Bagaimana hebatnya dia mempertahankan imannya, seteguh itulah tahap keyakinannya terhadap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, cintanya pada Allah terlakar di dalam pengorbanannya. Begitu nekad dia memilih syahid dari hidup tanpa Allah dihati. 

Ya, sahabat- sahabat hebatkan iman umat dahulu. Sebelum sampainya Islam di Mekah , mereka berada dalam kejahilan yang teruk. Setelah Allah memerintahkan Baginda s.a.w menyebarkan Islam, hanya beberapa orang sahaja yang ikut. Pada mulanya jumlah mereka memang sedikit, ini termasuklah srikandi hebat bernama Sumayyah ini. Tetapi sahabat-sahabat, kualiti iman mereka begitu kukuh dihati. Mereka yakin dengan sebenar-benar yakin terhadap Allah dan perintah-perintah Allah. 

Bayangkanlah sahabatku sekalian, dari kehidupan yang diselubungi kegelapan yang pekat, Seorang manusia yang paling baik datang membawa cahaya kebahagian dan ketenangan, cahaya yang belum pernah dilihat dan didengar, mereka terus yakin mengambil cahaya itu, dan mempertahankan cahaya itu. Bagi mereka , biar nyawa mereka tergadai , jangan cahaya itu terpadam, kerana yakin cahaya ini adalah cahaya kebenaran, cahaya yang membawa kebahagiaan yang kekal abadi selamanya. Inilah cahaya keimanan. 

Terfikir saya, bagaimana dengan diriku ini ya Allah, sejauh mana kukuhnya imanku ini? adakah saya mampu dan berani dengan yakin akan mempertahankan iman dan Islam sehingga mempertaruhkan nyawa..
tiba-tiba saya terbayang keadaan sekarang, andai ada seorang kafir melakukan hal yang sama seperti Sumayyah ini, mampu ke saya pertahankan iman ini????
Fikir-fikirkanlah sahabatku sekalian, iman kita ini iman yang bagaimana dan ditahap mana? saya tinggalkan persoalan dan sahabat-sahabat carilah jawapannya .

setakat ini dahulu post kali ini, sekian...





No comments:

Post a Comment