Assalamualaikum...
Dalam Bahagian (senjata Mukmin ) ini, saya akan post dan berkongsi dengan sahabat - sahabat semua berkaitan
dengan doa -doa yang kita amalkan, dengan gaya yang santai. Doa ini sebenarnya adalah senjata orang
mukmin. Percaya tidak? Sahabat - sahabat, dalam keadaan berdoa inilah kita berkomunikasi dengan Allah,
tuhan yang menciptakan diri kita. Ibarat kita sedang bermuamalat dengan ibu bapa/ suami/ isteri. Kalau dengan
mereka , kita berkomunikasi dengan mulut dan wajah. Tetapi kita berkomunikasi dengan Allah adalah dengan
doa'. Mestilah berbeza kerana Allah dan makhluk itu tidak mungkin sama. ^_~
Lagipun Allah telah berkata , mintalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan, Sesungguhnya Aku sangat
dekat . Sebagaimana yang termaktub dalam kalam Allah( al-Quran) ini : "Dan apabila hamba-hamba-Ku
bertanya kepadamu tentang Aku, makasesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).
Inilah dia senjata kita. Mintalah apa sahaja kepada Allah, Insya Allah akan dimakbulkan. Tetapi untuk tujuan yang tidak
elok adalah tidak digalakkan. Untuk Allah terima doa kita pula ada syarat - syaratnya. Umpama kita meminta sesuatu
dari ibu kitalah. Biasanya, kita akan puji dia, ikut perintahnya dan sebagainya. Begitu juga dengan hal kita untuk meminta
sesuatu dari Allah, memuji Dia, melakukan segala yang disuruh dan sebagainya. Dan sesuatu yang sangat istemewa
adalah apabila kita melakukan perkara- perkara yang Dia suka seperti amalan-amalan sunat, lagi mudahlah untuk Allah
perkenankan hajat kita. Perkara ini ada tertulis di dalam ungkapan hadith dari Baginda, dan hadith ini sangat indah
maknanya : " HambaKu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunah sehingga Aku
mencintainya. Jika Aku telah mencintainya , jadilah Aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya
untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepadaKu pasti Kuberi dan jika dia meminta
perlindungan kepadaKu pasti Aku lindungi." Hadith ini sahih , bermakana ia benar tanpa keraguan.
Baiklah setakat itu dahulu, nantikan post yang akan datang.
No comments:
Post a Comment