Hari ini saya ingin berkongsi satu ayat yang termaktub di dalam kalam Allah ( al-Quran ). Surah al- Tahrim ayat yang keenam, maksudnya :
" Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan."
Saya sangat suka dengan ayat ini. Allah ingatkan pada kita supaya pelihara diri dan KELUARGA dari azab api nerakaNya. Ye sahabat2x, diri dan keluarga, bukan kita persiapkan diri supaya tidak masuk neraka , lalu kita biarkan keluarga kita terkapai - kapai dan masih lagi di dalam kelalaian dunia. Bukan itu yang Allah perintahkan.
Inilah tugas dan tanggungjawab yang sangat berat dan susah untuk dilaksanakan. Saya yakin banyak dugaan untuk tugas amar makruf nahi mungkar ini. Mana tidaknya, ragam manusia ini pelbagai, ada yang lembut seperti air, kita tegur sekali, terus sahaja ikut. Ada pula yang keras seperti batu, tegur banyak kali, tetap tidak mahu ikut, kadang - kadang kita pula yang dipulaukannya. Ada yang seperti mencurah air ke daun keladi, tegurlah banyak kali, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Humm...buat tidak tahu sahaja.
Inilah perkara biasa dalam tugas amar makruf nahi mungkar. Tetapi apabila melibatkan ahli keluarga, ia memang bertambah sukar kerana mereka orang yang sangat rapat dengan kita. Oleh itu, demi menyahut perintah ILAHI, tetap akan kugagahkan dan ku asah lagi mindaku ini untuk mencari 1000 jalan / metod dalam berdakwah ( amar makruf nahi mungkar) agar hubungan keluarga bertambah erat, redha Allah semakin dekat, bersama menempah tempat abadi, syurga Allah yang teristimewa sekali.
" Ya Rabb, beriku kekuatan dan petunjuk untuk menjalankan tugas ini, kerana aku sangat sayang mereka keranaMu. "
Jadi, untuk peringatan diri ini dan semua, jagalah hubungan kita dengan Allah, jaga juga hubungan dengan manusia. ( Hablum minaAllah, wa hablum minnas ), andai kita dipilih oleh Allah dengan diberi sedikit kefahaman dalam soal agama, sampaikanlah pada masyarakat terutama ahli KELUARGA kita sendiri. Jangan sampai perkara ini yang menjadi asbab kita ke neraka kerana di " sana " nanti mereka menyatakan kamu yang bersalah kerana tidak menyampaikan. Semua perkara akan dihisab walau sebesar zarah. Memang saya akui, sukar untuk melaksanakannya, But remember that Allah always be there, never leave us. " Jika kita membantu agama Allah, Allah akan membantu kita "
Ingatlah perintah Allah dalam ayat ini..... sekian dulu.
No comments:
Post a Comment