Friday, May 20, 2011

Indahnya Islam itu...

Assalamualaikkum…

  Jam 830 malam, biasalah selepas sahaja makan malam, sekiranya tidak ada kerja yang dilakukan, saya suka juga menonton televisyen. Antara tv yang menarik untuk mendekatkan rasa takwa kepada Allah adalah tv alhijrah. Dan pada hari itu, saya menonton sebuah drama,yang bertajuk “ hotel hasanah ”.

Jalan ceritanya agak slow tapi menarik bagi saya, kerana membuka minda saya dan entahla apabila menonton drama ini, terasa mudahnya Islam dan hebatNya Islam.
Apabila di sebut hotel, tergambar difikiran saya suatu persekitaran yang kurang menyenangkan, penuh dengan kemaksiatan. Tetapi dalam cerita ini ia mengisahkan sebuah hotel yang bercirikan Islam. AllahuAkbar Nampak tenang dan cantik sangat. Adakah lagi di Malaysia  hotel sedemikian??Hotel ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi sesiapa sahaja boleh menginap namun yang menariknya mereka mempunyai syarat-syarat tertentu.

Bagi sesiapa yang ingin menginap di situ mereka  tidak dibenarkan membawa minuman beralkohol dan pelbagai lagi perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Bilik pula dihiasi dengan kalimah-kalimah suci, dan setiap kali waktu solat, azan akan berkumandang menjadikan setiap penginap mendengar seruan tersebut. Urusan dunia, dunia juga tetapi akhirat tidak dilupa. Waktu bekerja, mereka bekerja dan apabila waktu solat mereka solat berjemaah beserta tazkirah selepasnya Dan yang menyentuh hati saya apabila melihat seorang CEO hotel mengimamkan solat berjemaah tersebut dan memberi tazkirah. Inilah sedikit sebanyak mengenai perjalanan cerita ‘ hotel hasanah’ tersebut.

Allahu Akbar, terfikir saya  bahawa semua manusia itu sama yang membezakan hanyalah taqwa bukan pangkat dan harta. Itulah yang telah diaturkan Allah untuk hambanya. Ya Allah, begitu indahnya hidup dalam Islam. Hakikat hari ini, amat sukar untuk mencari hotel yang bercirikan Islam sepenuhnya , walaupun pemiliknya orang Islam.

Cerita ini semakin menarik untuk ditonton dan ada suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Sukar untuk diulas. Ermm tidak mengapalah, kita sambung semula kisah tadi.  Ia turut mengisahkan mengenai seorang lelaki yang tidak percaya kepada Tuhan. Dia telah menginap di hotel ini. Walaupun pada mulanya agak keberatan dan rimas dengan syarat-syarat di hotel tersebut, namun selang beberapa hari ia merasakan ketenangan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Perkara ini menjadikan dia mula mencintai Islam dan telah memeluk Islam.

Lihatlah sahabat-sahabat, betapa mudahnya dakwah Islam. Hatta dalam menjalankan urusan perniagaan , tanggungjawab yang pasti sebagai seorang khalifah dan daie tidak dilupakan. 

Ini sahaja perkongsian kali ini, sekian.

No comments:

Post a Comment