Tuesday, April 26, 2011

:: Yahoo!!! Balik Kampung ::


Assalamualaikum semua..

Untuk pengetahuan sahabat- sahabat semua, hari esok 28/4/2011 adalah the last paper untuk exam pada semesta empat di UKM ini. Ermm ada lagi dua semesta. Inilah kenyataan, dah dua tahun rupanya, rasa macam baru daftar, bumi semakin cepat berputar. Inilah antara tanda-tanda kecil hari kiamat... Sekarang ini, saya dah mula terfikir apa yang hendak dilakukan selepas tamat belajar di UKM,sebagai anak sulong, of coz la nak kerja dulu , kesian ayah dah penat dia bekerja.

Sahabat-sahabat, biasalah bila kata nak balik kampung, semua akan tersenyum lebar sampai ke telinga, seminggu sebelum balik, dah packing2x barang, hurmm tak sabar rasanya. Mood exam pun, dah semakin berkurang dah. Fikiran pun melayang-layang, teringat masakan mak di rumah. Hehehehe.

Terfikir saya akan suatu perkara, sebagai seorang pelajar, saya ini dikira sebagai perantau la kan. Perantau dengan tujuan mencari ilmu. Setelah selesai perantauan, pasti akan pulang jua ke tempat asal ( rumah ) . Begitu kita gembira, buat persediaan awal untuk pulang ke tempat asal.( rumah)

Namun sahabat- sahabat, sejauh mana persediaan kita, kegembiraan kita untuk pulang ke tempat asal kita ( akhirat ). Kebanyakkan manusia gembira untuk berjumpa ibu bapa, tetapi pernahkah kita terfikir? mengapa ramai yang takut dan sedih untuk berjumpa Allah , yang telah menciptakan kita, memberi segala nikmat yang terbaik semasa kita dalam perantauan ( Dunia). Dan ramai yang tidak membuat persediaan untuk pulang ke sana ( akhirat) . Inilah dia manusia...sering lupa.

Semalam, pada waktu maghrib, saya mendengar satu kisah di radio ikim.fm...kisahnya lebih kurang begini. Ada seorang remaja ini lari dari rumah, dan dia sedang dalam kelaparan. Tiba-tiba seorang lelaki datang menghulurkan sepinggan makanan. Dia mengucapkan terima kasih dan berkata padanya " terima kasih pak cik. walaupun kita baru berjumpa, tetapi pakcik telah memberi saya sepinggan nasi sehingga perut saya tidak lapar lagi, sedangkan ibu saya selalu marah saya sehingga saya lari dari rumah." 

Pakcik tersebut menjawab" Duhai anak, mengapa kamu berkata demikian, aku hanya memberi kamu sepinggan nasi, sedangkan ibu kamu telah memberi kamu makan dari kamu kecil sehingga kamu dewasa, mengapa kamu tidak terharu? " Terkedu remaja tadi.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sering lupa terhadap nikmat yang selalu hadir dalam hidup kita. Disebabkan nikmat itu sudah selalu, kita mungkin tidak perasan. Begitulah jua diri kita dengan Allah. Disebabkan nikmat Allah sudah selalu seperti nikmat bernafas, makan dan minum, kita jadi tidak perasan. Dan kadang- kala kita lupa untuk bersyukur iaitu dengan melakukan segala perintahnya.

Sahabat- sahabat sekalian yang saya amat kasihi kerana Allah, memang ibu bapa , kita harus sayangi tetapi ingatlah bahawa kasih sayang terhadap Allah harus melebihi segalanya. Jangan sampai kita mengasihi manusia lebih tinggi dari kita menyayangi Allah. Peringatan ini  untuk saya juga. Segembira mana kita ingin berjumpa ibu bapa kita, seharusnya hati kita lebih gembira untuk berjumpa dengan Allah. Seawal mana kita membuat persediaan untuk pulang ke kampung, seharusnya persediaan kita lebih untuk pulang ke akhirat sana.

Bukan saya hendak kata tidak perlu terlalu sayang pada ibu bapa , tetapi tahap kasih sayang itu hendaklah berbeza  kerana kasih ibu itu membawa ke syurga dan kasih Allah itu kekal selamanya, melebihi kasih ibu terhadap anaknya. Kedua -duanya perlu disayangi dan dicintai. Ingatlah duhai diri dan sahabat- sahabat sekalian, jangan jadi seperti kisah di atas. Remaja yang memang tahu adab dan kasih kepada yang telah memberinya makan tetapi lupa terhadap segala kebaikan yang dilakukan oleh ibunya setiap hari. 

Apa yang ingin saya sampaikan bahawa kita hendaklah menjadi seorang manusia yang menyayangi ibu bapa, hormati dan kasihi mereka, kerana mereka telah menjaga kita , namun jangan kita lupa terhadap  pencipta kita ( Allah ) yang mengurniakan nikmat dalam setiap minit yang berlalu dalam hidup kita. Dan sayang itu perlu dibuktikan dengan amalan. Jangan sampai kita semua menunjukkan bukti sayang pada ibu bapa tetapi tidak menunjukkan bukti sayang kita pada Allah...

Ok la...setakat itu dulu, coretan kali ini. Maafla jika bahasa yang diguna kurang sesuai. Boleh tegur...saya tak marah, tapi saya suka. Lain kali boleh perbaiki. Tinggalkan komen anda diruang yang disediakan. Sempena cuti semesta ini, saya mohon keampunan andai perkataan dan perbuatan saya ada menyakiti hati sahabat-sahabat. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat,Jiwa selamat
Kayuh Basikal ke tanjung rambutan, Jumpa lagi semesta depan.



 Sekian....


No comments:

Post a Comment