Wednesday, March 5, 2014

Bermulalah praktikal

Saya berpraktikal di SJKC CHUNG HUA BATU 10.....Mula praktikal pada 18 Januari hingga 25 April 2014.

semasa praktikal kami perlu menyediakan fail praktikum, membuat projek dan inovasi dan mengajar maksimum 12 dan minimu 8 masa.

Inilah gambar fail saya praktikum yang induk.



kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk menghabiskan praktikal... Moga saya kuat dan sabar. Wish luck for ME..... =)



Monday, February 24, 2014


Minta maaf kepada semua untuk post saya yang sebelum ini yang bertajuk madrasah ramadhan. Saya tidak menyambung penulisan berkaitan dengannya. InsyaAllah jika ada masa lapang iaitu bulan ramadhan tahun ini, mungkin kita boleh sambung lagi bicara.....Terima Kasih.




Untuk post berikutnya.....saya akan menulis dan berkongsi saat detik ketika berparktikal. Nantikan...InsyaAllah



Sunday, July 14, 2013

Madrasah Ramadhan 2

 Assalamualaikum,

Baiklah kita sambung sedikit berkaitan bulan Ramadhan....


Cuba lihat gambar ini, inilah antara amalan-amalan yang disarankan kepada kita untuk menambah pahala.
Dalam bulan Ramadhan, kita tetap melakukan kerja yang sama setiap hari cuma bezanya, kita selalu bertadarus, terawih 8rakaat, qiamulaill lagi...... pernah tak tanya diri, kenapa aku boleh buat? dalam bualan lain aku tidak boleh buat?

Tidak mengapalah, yang penting usaha untuk terus istiqamah, jangan putus asa sama ada dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain. 

Bulan Ramadhan ini bukan sahaja amalan kita akan digandakan tetapi, bulan inilah Allah ingin umat Islam bina kekuatan. Betul ke tidak?

Kuatkan diri dengan amalan-amalan di atas, amalan yang mendekatkan lagi manusia dengan penciptanya. Pada zaman Rasulullah SAW, terbukti bahawa umat Islam lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah. Seperti dalam peperangan Badar. MasyaAllah, siang mereka bagaikan singa yang mengganas tetapi malam mereka bagaikan abid yang sangat patuh pada TuhanNya. Bayangkan sahabat2x, siang mereka berperang dipadang pasir tu, malam mereka penuhkan dengan beribadah dan ketika peperangan itulah datangnya bantuan Allah, tenteta Islam yang hanya berjumlah 313 orang boleh menang lawan dengan tentera kuffar berjumlah 1000 orang. Suatu keajaiban dan kekuatan yang luar biasa.

Mereka kuat kerana kuat rohani mereka, dekat mereka dengan Allah. Sebab itu saya terkesima, apabila mendengar penjelasan dari ustaz tersebut. ( post : madrasah ramadhan 1 ) Allah telah tunjukkan jalan pada hambaNya cara untuk mendekatkan diri pada DIA, jalan untuk menguatkan hati dan jiwa. Bulan Ramadhan inilah tawaran paling baik kita ambil dan gunakan untuk mentarbiyyah hati dan jiwa agar 'ittaqullah' lebih dari segalanya.

Ada satu amalan dalam bulan Ramadhan yang sering disebut2x iaitu qiamullail..... Ada apa dengan qiamullail? ikuti sambungan dalam Madrasah Ramadhan 3.....sekian


Madrasah Ramadhan 1


Assalamualaikum..

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat Islam.
Sama - sama kita mencari redha Allah dalam bulan yang penuh barakah ini.

Minggu ini, sahabat saya meminta untuk iftar di area matang. Pada malam itu, tazkirah ramadhan yang disampaikan pada mulanya biasa sahaja tetapi ditengah - tengahnya, ustaz tersebut ada menerangkan sedikit berkaitan dengan isu syaitan diikat pada bulan ramadhan sebab itu manusia boleh melakukan kebaikan. Isu ini sering diutarakan semasa bulam ramadhan.

Penjelasan yang saya rasa sangat unik dan agak terkesima dari ustaz tersebut di mana beliau mengatakan sebab manusia mudah untuk melakukan kebaikan adalah disebabkan, pertamanya persekitaran. Dalam bulan Ramadhan kita mempunyai persekitaran yang baik, umat Islam sangat menghormati bulan Ramadhan. Keduanya adalah kerana kita melakukan amalan kelemahan syaitan. Kita sanggup bangun malam untuk bersahur, kita sanggup ke masjid untuk solat berjemaah, kita sanggup sujud berkali2x dihadapan Allah dengan melakukan solat terawih, kita sanggup mengkhatamkan al-Quran selama sebulan, kita sanggup mengekang hawa nafsu kita. Semua ini sebenarnya adalah amalan2 yang melemahkan syaitan. Pagi-pagi lagi kita bangun melemahkan syaitan iaitu dengan bersahur. Mana tidaknya, makan sahur itu sahaja kita sudah berdoa dengan doa makan, dan dalam doa makan itu adanya kita meminta supaya dijauhkan dari azab api neraka.

*********************************************************************************

Saya terkesima sebentar mendengar penerangan dari beliau, sebenarnya sedar atau tidak dalam bulan ramadhan ini kita telah melakukan perkara yang membolehkan syaitan jadi lemah sejak dari awal pagi lagi hingga kita tidur. Mengapa dalam bulan lain kita tidak teruskan sahaja amalan dalam bulan puasa ini??? mengapa kita hanya melakukannya dalam bulan ramadhan sahaja??? 

Alangkah hebatnya umat Islam jika semua boleh terus melakukan amalan dalam bulan puasa ke bulan2x yang lain kerana telah terbukti bahawa kita mampu melakukannya, jadi mengapa harus berhenti??? Persoalan ini membuat saya terkesima sebentar.

Ikuti sambungan dalam madrasah ramadhan 2....sekian.



Sunday, June 9, 2013

~ Titik Hitam~


Hari ini, kami pelajar IPGKTAR telah mendapat cuti kerana baru sahaja tamat peperiksaan Semesta 1. Kuliah kali ini kami agak santai, menarik dan seronok. Masih ingat seorang pensyarah saya menerangkan salah satu tajuk dalam modul kami, dia menunjukkan sehelai kertas putih. Terdetik ketika itu, subhanaallah putihnya, cantiknya kertas ni. Walaupun pensyarah menerangkan kertas itu sebagai contoh bahan bantu mengajar tetapi terbayang pula kertas itu ibarat hati kita.  





Kemudian pensyarah, menunjukkan sehelai kertas yang ada titik hitam sebagai bahan bantu mengajar.


Ya Allah, terasa buruk dan kotornya kertas tersebut walaupun hanya terdapat satu titik hitam. Terfikir sejenak, bagaimanalah hati kita agaknya. Hidup didunia ini sudah 24tahun. Teringat sepotong hadith dari Nabi SAW :


Daripada Abi Hurairah r.a ; Bersabda Rasulullah S.A.W " Sesungguhnya seseorang hamba apabila dia melakukan sesuatu kesalahan (dosa) maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam; maka apabila dia menarik diri (dari melakukan dosa) dan terus beristiqfar dan bertaubat (kepada Allah) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila dia kembali melakukan dosa itu maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampailah titik hitam itu memenuhi segala permukaan hatinya ". Hadis Riwayat Tirmizi


Jika satu dosa yang kita lakukan akan menjadi satu titik hitam dalam hati, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang selalu alpa dengan dunia ini, mungkin tidak perasan berapa banyak titik hitam yang telah bertapak dihati kita. Buruknya, kotornya rupa hati kita. 

~ Muhasabah Diri ~






Wednesday, February 20, 2013

Mujahadah.....

Mujahadah mendidik diri,
Agar menjadi hamba rabbani,
Mencari syurga tempat abadi,
Mengharap bertemu cinta HAKIKI.

Cinta HAKIKI milik Ilahi,
Perlu dijaga sepenuh hati,
Walau sukar tiada terperi,
Pasti ada balasannya nanti.

Dunia jambatan paling utama,
Hiasi ia dengan pahala,
Nikmat syurga telah tersedia,
Menanti tetamu y teristimewa.

Siapa tetamu y istimewa,
Sungguh bertuah emunya diri,
Tiada mengharap selain dariNya,
Pasti dia mukmin sejati.

Mukmin sejati sukar dicari,
Apatah lagi di zaman ini,
Utamakan Allah hiasan peribadi,
Dalam hidupnya sehari - hari.

Kita hidup hanya sekali,
Guna peluang y diberi olehNya,
Ayuh bangun kejutkan hati,
Agar terjaga dari kelalaian dunia.

Entah esok atau pun lusa,
Ajal menjemput tanpa di duga,
Bersediakah dengan amalan kita,
Hendak dihisab penentu syurga.

Jika syurga ditempatkan kita,
Hati tenang penuh bahagia,
Tetapi jika disebaliknya,
Hati resah menghadap neraka.

Bukan tujuan menunjuk diri,
Mengata diri telah sempurna,
Kalam ditulis pengganti diri,
Mengungkap madah hayati bersama.

Hak cipta terpelihara : Ummu Nusaibah Sdn Bhd.
20 Febuari 2013. 8.00 Pagi. SJKC Chung Hua Batu 10, Sarawak

Muslimah yang CANTIK itu ......


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,
Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,
Unik tingkah lakunya,
Tahu kedudukannya,
Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'
Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,
Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,
Takut pada TuhanNya,
Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya
Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,
Menjadi penggengam bara api,
Kelak dirimu sangat dinanti,
Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.

FRIENDSHIP COMES N GOES BUT THE MEMORIES STILL 4EVER


Takdir Allah,menemukan insan-insan bertuah,
Dari pelbagai negeri, bangsa dan fikrah,
Bertemunya membawa suatu jalinan ukhwah,
Berpisahnya membawa kenangan yang indah.

Walau selepas ini,
Entah bila akan bersua,
Entah bila akan makan bersama,
Entah bila lagi bergurau senda,
Entahla bila agaknya,
Dapat berkumpul dengan semua,
Tetapi yang penting,Moga kita akan bertemu di syurga,
Tempat abadi dan paling istimewa,
Kerana ukhwah yang ikhlas mengharap redhaNya.

      "Syukur sungguh di hati ini
       Dikurniakan teman sejati 
      Menunjuk jalan dekati-Nya 
       Tika diri dalam kebuntuan 
       Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri 
       Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi 
       Tiada yang menjadi impian Selain
       rahmat kasih-Mu Tuhan 
       Yang terbias pada ketulusan 
       Sekeping hati seorang insan
       Bernama teman"

Dari itu,Ampun maaf yang sangat dipinta,
Dari semua kesilapan dan keterlanjuran kata,
Hakikat manusia tiada yang sempurna.

( Untuk Sahabat-sahabat di UKM Semua)

Wednesday, November 28, 2012

SAYA DAN J-QAF





Alhamdulillah hari ini saya dapat menulis lagi. Semalam iaitu 27 Nov 2012  baru sahaja selesai temu duga J-Qaf untuk ambilan tahun 2013.  Kini hanya tawakal sahaja pada Allah, jika ia terbaik untukku, agamaku, masa kini dan masa kan datang, moga dipermudahkan dan jika ia bukan yang terbaik untukku , agamaku, masa kini dan masa akan datang, moga dijauhkan dan diganti dengan yang lebih baik.
Sehari sebelum menghadiri temu duga, saya sempat berjumpa pensyarah saya di Fakulti Pengajian Islam kerana menemani sahabat saya. Sejuk melihat raut mukanya dan beliau tidak terlepas memberi satu hadiah yang sangat berharga iaitu sepotong hadith. InsyaAllah saya akan kongsikan hadith ini pada tulisan yang akan datang. Beliau juga sempat berpesan dan beri semangat untuk menghadiri temu duga katanya, jika ada suatu perkara besar yang berlaku dalam hidup kita dan kita rasa sukar untuk menempuhnya, segeralah bersedekah, gembirakanlah hati orang lain, insya-Allah akan dimudahkan. Saya hanya tersenyum =). Nasihat yang cukup-cukup bermakna.
Semasa proses temu duga, ada satu soalan yang ditanya dan membuatkan saya terfikir sehingga ke hari ini dan harap soalan ini menjadi motivasi sehingga ke akhir hayat saya. Penemu duga tersebut bertanya tentang hobi dan minta saya jelaskan hobi saya dalam bahasa Inggeris. Ketika itu saya menjawab saya minat membaca dan salah satu buku yang saya baca adalah berkaitan Abu Bakar Al-Siddiq. Saya pun menjelaskan sinopsis buku tersebut dalam Bahasa Inggeris tetapi tidaklah selancar orang yang pakar bahasa ini.
Sampai sahaja di rumah, setelah selesai solat maghrib, saya terfikir kembali akan jawapan saya tentang soalan hobi tadi. Bila difikirkan kembali mengapa kebanyakkan masyarakat pada hari ini, apabila ditanya soalan tentang hobi, mereka akan memberi jawapan seperti membaca novel, layari internet, menonton televisyen, memasak, mengemas, baca buku agama dan sebagainya, namun jarang yang menjawab membaca al-Quran. Ketika itu, teringat kembali zaman nabi di mana para sahabat  mampu khatam al-Quran berkali-kali dalam masa sehari, sedangkan dari dulu hingga sekarang, Allah tidak pernah memendekkan atau memanjangkan waktu yang ada untuk sehari. Semua orang mempunyai 24jam. Perkara ini membuatkan saya terfikir, di mana al-Quran dalam hati kita???
Oleh itu, sama – sama lah kita selidik dan tanya iman kita, mengapa al-Quran yang cukup hebat, penuh cerita dan pengajaran amat jarang sekali kita membacanya dan memahami maknanya….mengapa? dan mengapa?
Baiklah setakat itu sahaja post kali ini, fikir-fikirkanlah dan sama-sama kita perbaharui hati dan iman untuk melangkah bersama di syurga nanti.

-28 November 2012 -

KEMATIAN TARBIYYAH PALING BERKESAN.


Assalamualaikum semua  para pengunjung blog saya….terlalu lama saya tidak mengupdate blog ini. Rindu juga hendak menulis ni…..


Mahu atau tidak, manusia tidak dapat lari dari hakikat sebenar kehidupan di dunia ini iaitu setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Bilakah waktu kita akan menemuinya, tidak ada seorang pun yang boleh menjawab melainkan Allah SWT. Jadi, adakah diri ini telah bersedia atau masih lagi belum bersedia….hanya diri sendiri yang mengetahui. Sedar atau tidak , ramai yang lupa mengenai perkara ini, dan disebabkan hal ini juga, ramai yang lalai dan leka dengan tipu daya dunia. Ramai yang sibuk mengejar cita-cita, pangkat, harta, kemewahan, kecantikan, dan lain-lain lagi daripada menyibukkan diri dengan mempersiapkan diri bertemu yang Esa.
Sedangkan hidup hanya sekali. Biarlah peluang yang sekali ini, kita gunakan dan manfaatkan sebaiknya. Allah tidak melihat paras rupa, harta kekayaan dan pangkat seseorang tetapi Allah melihat nilai TAQWA dalam hati seseorang. Begitulah hebat dan adilnya nilaian Allah pada hambaNya. Memang jika diikutkan nafsu , dunia ini indah, rugi jika kita tidak merasai nikmat keindahannya tetapi cuba kita renung kembali apakah nilai keindahan yang hakiki? Adakah dengan merasai segala keseronokan tanpa batasan atau merasai nikmat ‘perhiasan dunia’ (wanita) sesuka hati tanpa batasan, atau merasai segunung harta tanpa batasan…..adakah itu semua nikmat keindahan dunia yang hakiki? Adakah juga nikmat ini semua memberi kebahagiaan sehingga kita perlu untuk merasainya dan rugi jika meninggalkannya???? , soalan ini saya tinggalkan untuk kita renung2xkan…..
Apabila sebut sahaja soal mati….semua orang akan berasa takut dan cemas, ialah tidak tahu sama ada tempat seterusnya di syurga atau di neraka, tidak tahu juga adakah amalan-amalan di dunia ini sudah cukup sebagai bekalan atau tidak…. Lihatlah betapa soal kematian amat menggerunkan hati manusia, secara automatik hati akan kembali mengingati amalan sepanjang hidup di dunia dan secara tidak langsung mengingati Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa. Beginilah kematian mentarbiyyah hati manusia iaitu mendidik agar hati sentiasa mengingati Allah dan mendidik diri agar melaksanakan amalan yang membawa keredhaan Allah. Oleh itu, ajaklah hati – hati kita semua agar sentiasa mengingati kematian.
Sesungguhnya, kematian adalah kebahagiaan hakiki kerana ia adalah wasilah untuk kita bertemu Tuhan yang Maha Penyayang, yang telah menjaga kita semua dengan baiknya di dunia ini, yang mengatur hidup kita, yang memberi segala yang kita inginkan, dan yang paling penting yang telah mengampunkan segala dosa kita di saat kita memintanya walau sejuta, segunung dosa kita lakukan semasa hidup.

Rasullullah SAW bersabda bahawa orang yang bijak adalah orang yang banyak ingat akan mati. Hidup ini terlalu singkat dan tidak ada yang lebih penting selain melaksanakan suruhan Allah , tidak ada yang lebih istimewa selain rahmat dan redha Allah dalam hidup kita dan juga tidak ada kebahagiaan yang paling manis selain bertemu Allah dalam keadaan redha Allah bersamanya. La Ilaha Ilallah, Hanya Engkau Ya Allah Tuhanku, Tiada yang lain selain Engkau, Peliharalah hati kami ini agar sentiasa ingat kepadaMu, jagalah hati kami ini agar cintaMu sentiasa menjadi yang paling tinggi dan paling istimewa.
  -26 November 2012 -

Saturday, June 9, 2012

Menggapai Sejuta Pelangi - Part 1



Assalamualaikum....



Malam ini 10 Jun akan berlangsung perkongsian dari Oki Setiana Dewi di kampus UKM yg tercinta....Tak sabar mendengar sendiri perkongsian darinya. Saya sangat meminati beliau sejak dari lakonan dalam Ketika Cinta Bertasbih 1 lagi.

Jalan cerita yang menarik ditambah di lakonkan oleh seorang muslimah yang cantik. Saya kagum dan cemburu dengannya kerana dalam usia yang masih muda dan sebaya saya, beliau dapat meluaskan dakwah kepada masyarakat iaitu melalui penulisan, lakonan dan perwatakkannya. Sungguh saya amat cemburu tetapi saya tetap doakan beliau terus istiqamah dalam dakwah dan lebih hebat lagi di masa akan datang. 

Terujanya ingin mendengar dan menilai kata2x dari sekuntum mawar agama....Oleh itu, sesiapa yang berkelapangan bolehla datang ke Masjid UKM malam ini...

Sekian dahulu, nantikan post seterusnya berkaitan sejuta pelangi ini selepas mendengar kupasan dari beliau...

Thursday, June 7, 2012

Dia Datang......

Assalamualaikum....malam ini memang aku tidak ada mood nak buat keje...tetiba teringat kenangan lalu yang ingin dikongsikan dalam blog ini, mungkin boleh jadikan iktibar dan pengajaran serta motivasi diri.

Siapa kenal orang ini? 


Inilah contoh gambar orang meminta derma pada zaman ini.... Apa rekareasi anda apabila 

melihat orang ini menuju ke arah anda? Saya yakin ramai yang akan buat tidak tahu, acuh 

tidak acuh, atau melarikan diri daripadanya. 

Suatu hari seorang ustaz berkongsi satu luahan motivasi yang mengubah persepsi saya apabila melihat orang ini. Islam sangat menggalakkan umatnya berkasih sayang dan prihatin tentang orang lain. Ustaz ini berkata " Kenapa kita nak larikan diri? apa salahnya jika kita membantu. Soal tipu atau tidak itu hubungan dia dengan Allah. Kita laksanakan hubungan kita dengan kita. Mungkin Allah datangkan dia untuk memberi pahala pada kita, lalu kenapa kita nak tolak jika Allah nak beri pahala? " 

Inilah yang dikongsikan olehnya kepada saya dan rakan-rakan. Ada benar juga kata-katanya itu. Yang penting niat membantu kerana Allah....

Mungkin anda semua ada pandangan sendiri...itu semua terpulang pada anda la...

Sakian dulu....

Monday, June 4, 2012

Ukhwah dalam Walimah

Gambar 1

Gambar 2



Assalamualaikum...

Antara kenangan yang best sepanjang di UKM adalah pergi ke walimah sahabat-sahabat. Masuk sahaja fasa tahun 3, ramai sangat sahabat saya yang membina masjid. Ada lebih daripada 5 orang. Gambar di atas adalah antaranya. 

Gambar 1 adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya di medan dakwah. Walimah berlangsung di Melaka. Saya bersama dua sahabat saya lagi yang mana salah satunya sahabat lama saya semasa di KISAS. Rindu sangat dengannya. Walimah ini jadi kenangan saya dan sahabat saya kerana setelah sekian lama hampir 3 tahun tak berjumpa, akhirnya bertemu semula di walimah ini. Sangat seronok. Apa - apa pun tahniah kepada pengantin dan moga mereka sentiasa di berkati. Dan gambar inilah satu-satunya gambar saya bersama sahabat seperjuangan...

Gambar 2 pula adalah walimah sahabat seperjuangan saya di medan menuntut ilmu. Pertama kali berkumpul bersama. Kebanyakkan dari kami hadir, lebih kurang 5 buah kereta berkonvoi dari UKM ke Kuala Kubu Baru untuk hadir ke walimah sahabat kami ini. Serono berkonvoi, Rasa dekat je tempat tu tapi tak tahu la kenapa penunjuk jalan tu rasanya bawa kami lalu jalan yang jauh...lama giler kat dalam kereta...Lebih kurang jam 2 petang baru sampai padahal dekat je...Sabar je la....

Balik sahaja dari walimah, semua kereta bawa haluan masing-masing. Saya dan sahabat saya hasyimah, azimah, syakirah dan juariah menaiki viva, kami ni dah la tak tau jalan...punya la jauh  perjalanan kami, sampai ke malam...tak tahu la jalan mana yang kami lalu, ikut singboard je, Alang-alang dah pinjam kereta sewa dan dah bayar...kami pun ambil keputusan ke masjid besi...Kami solat maghrib n isyak di sana, ambil gambar sekejap dan pulang ke UKM...lebih kurang jam 10 baru kami sampai. Almaklumlah ikut jalan jauh...hahahah...hemtam je la asalkan sampai UKM... Yang pasti perjalanan yang sangat menyeronokkan...

Inilah kenangan - kenganan yang insyaAllah abadi di ingatan. Apa yang boleh saya katakan, saya sayangkan sahabat-sahabat semuanya  walau banyak kekurangan dan banyak juga kebaikan...itu semua tidak penting kerana kehadiran mereka mewarnai kehidupan saya dan banyak yang saya belajar dari pengalaman ini. Mengenali mereka semua adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. 


Wednesday, May 30, 2012

Usrah pengikat Ukhuwah

Assalamualaikum..

Selang beberapa hari, tamatlah sudah USRAH Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tidak ku sangka akhirnya dapat juga merasakan nikmat usrah bersama sahabat2x sejabatan . Bermula dengan perbualan biasa dengan seorang kakak master sambil meluahkan rasa teringin berusrah dengannya, dan akhirnya dengan menggunakan organisasi jabatan, dia mengambil langkah mewujudkan usrah untuk kami.

Tajuk yang dikupas sangat menarik iaitu berkaitan, Secantik2x perhiasan dunia, tanggungjawab kepada ibu bapa dan guru, Peranan sebagai sahabat dan muslimah hari ini, esok dan selamanya.

Bagi saya bermula tajuk pertama hingga akhir mempunyai kesinambungannya dan akhirnya saya dapat merasakan kesungguhannya dalam membentuk kami menjadi seorang muslimah sejati. Saya ungkapkan resolusi USRAH dalam bait madah di bawah yang saya olah sendiri :


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,

Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,

Unik tingkah lakunya,

Tahu kedudukannya,

Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'

Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,

Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,

Takut pada TuhanNya,

Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya

Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,

Menjadi penggengam bara api,

Kelak dirimu sangat dinanti,

Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.



Sungguh saya sayangkan mereka dan pasti merindui suasana begini setelah bergraduat dari UKM. Hanya 

tinggal beberapa bulan lagi berada di UKM....

Sekian dulu dari saya untuk kali ini...

Tuesday, May 29, 2012

Hadith 14 : Berkaitan ZAKAT


(983) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: بَعَثَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُمَرَ عَلَى الصَّدَقَةِ
Terjemahan Hadith
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Rasulullah SAW mengutus Umar untuk mengambil zakat.

Syarah Hadith
Zakat adalah wajib kepada umat Islam di mana ia termasuk dalam rukun Islam yang lima. Zakat ini diuruskan oleh pemerintah dan ia sah pemerintah mewakilkan amil untuk memungut zakat. Bagi melancarkan urusan zakat dan semua pihak mendapat sama rata, mengutus petugas untuk memungut zakat adalah sunat. Harus memilih orang yang terpecaya menggalas  tugas penting ini. Hal ini disebabkan ia melibatkan harta benda dan hak seseorang.
Zakat perlu diberikan kepada orang yang sepatutnya dan bukannya orang sembarangan supaya berlaku keadilan. Zakat perlu ditunaikan sebagai tanda mengingatkan orang yang lupa akan nikmat Allah. Di antaranya kekayaan yang dia terima agar boleh menunaikan tugas yang dilimpahkan kepadanya berkaitan dengan harta benda.

Takhrij Hadith
Kitab Muslim, Kitab Khusuf, Bab Fi Taqdim al-Zakat Wamani’ha, No. 983

Hadith 13 : Hadith berkaitan Wasiat


- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
Terjemahan Hadith
Dari Ibnu Umar ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang muslim tidak berhak mewasiatkan sesuatu yang ia miliki kurang dari dua malam ( hari ), kecuali wasiatnya itu tertulis padanya.”

Syarah Hadith
Wasiat adalah pesanan tentang kebaikan yang dilaksanakan sesudah seseorang meninggal dunia. Ia hendaknya segera dilaksanakan sesudah orang yang berwasiat meninggal, jangan ditunda-tunda hingga bermalam dua malam. Sunat mewasiatkan sebahagian harta bagi orang yang ingin berwasiat.Sunat juga segera menulis wasiat sesuai perintah syariat dna untuk menyambut kematian.
            Di dalam kitab fathul baari , Ibnu Hajar membuat kesimpulan bahawasanya pendapat majoriti ulama adalah wasiat itu tidak wajib dilaksanakan, yang wajib adalah menunaikan hak-hak orang lain. Tetapi kadang kal wasiat boleh jadi wajib, dan boleh jadi sunah iaitu melaksanakannya mendapat pahala, dan kadang kala ia menjadi makruh bagi yang mengharapkan kebaikan, dan kadang kala juga ia menjadi mubah ( boleh ) bagi yang berada dalam di antara keduanya, serta boleh juga menjadi haram apabila wasiat ini menimbulkan mudhrat kepada seseorang.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Wasiat, Bab Wasaya wa qawli Nabi SAW, No.2738

Hadith 12 : Pemimpin yang Zalim


بَابُ فَضِيلَةِ الْإِمَامِ الْعَادِلِ، وَعُقُوبَةِ الْجَائِرِ، وَالْحَثِّ عَلَى الرِّفْقِ بِالرَّعِيَّةِ، وَالنَّهْيِ عَنْ إِدْخَالِ الْمَشَقَّةِ عَلَيْهِمْ

عَنْ عَائِذ بْنِ عَمْرٍو رضى الله عليه وسلم أَنَّهُ دّخَلَ عَلَى عُبَيْدِ اللهِ بْنِ زِيَادٍ، فَقَالَ لَهُ: أَيْ بُنَيَّ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: (إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الحُطَمَةُ) فَإَيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Terjemahannya: Dari ‘Aidz bin ‘Amrr.a, bahawasanya dia pernah masuk rumah ‘Ubaidillah bin Ziyad, lalu dia berkata kepadanya: “Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin adalah pemimpin yang zalim.’ Oleh kerana itu, jangan sampai kamu termasuk dari golongan mereka.”

Takhrij Hadith

Kitab Imarah, Bab Wajib Keutamaan Imam Yang Adil , No.1830 , Hadith Sahih


Syarah Hadith

Para pemimpin itu hendaklah menjalankan amanah dalam pentadbirannya dengan baik sekali.
Tidak boleh tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim. Pemimpin adalah mereka yang mengendalikan sesuatu urusan dalam organisasi dan yang akan membawa hala tuju sesebuah organisasi. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemimpin yang jahat adalah yang zalim terhadap orang dibawahnya.

Sesebuah organisasi tidak akan berjaya apabila terdapat pemimpin yang zalim kerana orang yang berada di bawahnya tidak ada perasaan hormat tetapi perasaan takut. Situasi ini akan menjadikan gerak kerja menjadi lembap dan perlahan serta banyak masalah akan timbul.





Hadith 11 : Antara Jual beli yang diharamkan


2207 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ المُحَاقَلَةِ، وَالمُخَاضَرَةِ، وَالمُلاَمَسَةِ، وَالمُنَابَذَةِ، وَالمُزَابَنَةِ»
Terjemahan Hadith
Dari Anas ra, ia berkata: “ Rasulullah SAW melarang jual beli dengan cara muhaqalah, muhadharah( menjual biji-bijian atau buah-buahan yang belum masak yang belum tentu boleh dimakan), mulamasah ( iaitu menjual sesuatu barang dengan cara hanya diraba), munabadzah ( menjual barang dengan saling melempar, misalnya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku kepedamu” dan muzabanah.”
Syarah Hadith
Terdapat beberapa jenis jual beli yang dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan haadith ini iaitu :
1)      Muhaqalah – (menebas) yang telah dijelaskan di muka.
2)      Mukhabarah – iaitu menjual buah dan biji-bijian sebelum waktunya masak. Sementara jika telah mencapai batas masak, di mana biji telah keras dan buah juga telah beruba warnanya, maka sah untuk dijual.
3)      Mulamasah- ( transaksi dengan memegang) iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “ Aku jual kainku dengan kainmu.” Dan mereka berdua tidak melihat kepada kainnya, tapi cukup dengan memegangnya sahaja. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Nasa’I dari Abu Hurairah ra.
4)      Munabdzah ( saling melempar) yang ditafsirkan dengan hadith yang diriwayatkan imam Ibnu Majah dari Sufyan, dari Az-Zuhriy iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku kepadamu.” Dalam al-Nasai dikatakan: “ Aku lemparkan barangku dan kamu lemparkan barangmu.” Dan mereka masing-masing membeli dari yang lain, sementara mereka tidak mengetahui harga barang untuk mereka.
5)      Muzabanah, yang telah dijelaskan di bahagian muka, iaitu menjual anggur basah dengan anggur kering. Secara lahiriah, larangan di atas mengindikasikan haram. Para fuqaha mempunyai pendapat terperinci yang tidak proporsional untuk kitab yang ringkas ini.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Buyu', Bab Baiil muhadarah, No.2207


Thursday, May 3, 2012

Nikmat Tarbiyyah Allah...

Assalamualaikum...


Dalam kesibukan menyiapkan tesis yang masih lagi banyak perlu dilakukan walaupun saya sedar tarikh menghantar tesis semakin hampir....Oh Tesis....

Namun bukan persoalannya di sini walau saya tahu seperti tidak ada masa lagi untuk bermain-main, sibuk-menyibuk dengan perkara lain, apakan daya naluri hati inginkan sebuah santapan-santapan rohani biarpun terpaksa mengambilnya di tempat yang jauh sambil meredah kegelapan malam dan dalam waktu yang terbatas.

Jiwa ini masih terasa lagi miskin kehambaan. Tajuk ' Milik Siapakah Hatiku' sangat menarik yang dikupas oleh ustaz Rashidy Jamil. Banyak mutiara berharga daripadanya....lalu mutiara ini sangat membahagiakan dan menggembirakan hati dan ku simpan kemas dalam peti hatiku.

 ku sedar bahawa Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya agar bersedekah hatta dengan senyuman sekalipun. Jadi, aku berkongsi sedikit mutiara berharga untuk pembaca blog ini .....

" Kita mampu untuk membaca sebuah novel setebal manapun namun suka merungut apabila membaca sirah nabawi yang tebal. Ketahuilah ia adalah kerana tebalnya hijab dengan Allah yang membuat kita kebelakangkan akhirat dan Allah"

" Tidak sempurna kasih seorang hamba kepada Khaliqnya sehingga ia merasa nikmat pukulan kesakitan dari Khaliqnya"

" Ramai yang membiarkan syaitan merompak IMAN kita tetapi  ramai yang sibuk sangat apabila perompak merompak harta kira"

" Apabila jiwa bersih maka akan rasa ringan untuk memberi dan menerima"

Dan banyak lagi mutiara berharga yang diukirkan oleh penceramah.....Sekian mungkin akan bersambung...

Sunday, April 29, 2012

Hadith 10 : Menjual Seorang Budak Yang Telah Berzina


2152 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، قَالَ: حَدَّثَنِي سَعِيدٌ المَقْبُرِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا زَنَتِ الأَمَةُ فَتَبَيَّنَ زِنَاهَا فَلْيَجْلِدْهَا وَلاَ يُثَرِّبْ، ثُمَّ إِنْ زَنَتْ فَلْيَجْلِدْهَا، وَلاَ يُثَرِّبْ، ثُمَّ إِنْ زَنَتِ الثَّالِثَةَ، فَلْيَبِعْهَا وَلَوْ بِحَبْلٍ مِنْ شَعَرٍ
Maksudnya : Dari Sa’id Al Maqburi, dari bapanya dari Abu Hurairah r.a bahawasanya dia mendengarnya berkata, “ Nabi s.a.w bersabda, ‘Apabila budak wanita melakukan zina dan perbuatan zinanya dapat dibuktikan, maka hendaklah dicambuk dan tidak dicaci-maki. Kemudian apabila dia melakukan zina kembali, maka hendaklah dicambuk dan tidak dicaci-maki. Apabila dia berzina untuk ketiga kalinya, maka hendaklah dijual walau seharga seutas tali yang terbuat dari rambut”.
Syarah Hadith
Dalam Fathul Baari, Maksud dari bab ini adalah dibolehkan jual-beli jika kekurangannya dijelaskan.
Untuk menjual seorang budak yang telah berzina, perlu dinyatakan sekali sebagai tanda kecacatan padanya. Dan jika seorang telah terbeli seorang budak yang telah berzina tetapi tidak dinyatakan perbuatan zina ( iaitu kecacatannya) makan ia boleh dipulangkan kembali.
Menurut Ibnu Baththal, faedah dibolehkan menjual budak yang telah melakukan zina adalah sebagai suatu pengajaran atau hukuman padanya. Menjualnya adalah dengan harapan agar dia dapat menjaga dirinya, sama ada dinikahi oleh pembeli atau lebih menjaga kehormatan diri dengan asuhan majikan yang baru.
Takhrij hadith
Kitab Buyu’, Bab Menjual Budak Penzina , No. 2152, Hadith Sahih