Tuesday, March 6, 2012

Belajar dan Mengajar

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi suatu kisah, suatu hari ustaz saya bertanya semasa proses pembelajaran dijalankan, adakah proses pembelajaran dan pengajaran mempunyai kaitannya dengan dunia dan akhirat, berikan hujah dengan dalil? Kebanyakkan kami senyap sebab memikirkan apakah dalil yang sesuai. Letih memerah kembali otak untuk mencari dalil. Biasanya setiap yang ditanya oleh ustaz selagi tidak memuaskan hati saya, saya akan mencari juga jawapan walaupun sudah beberapa hari berlalu dan telah diberikan jawapan.

Beberapa hari selepas itu saya berfikir, akhirnya saya berpuas hati apabila teringat suatu kisah dan beberapa dalil yang mempunyai kaitan dengan soalan di atas. Jom ikuti dahulu kisah di bawah, kisah yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat di dalam sebuah program,

Kisah bermula dengan seorang pakcik yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah di masjid. Suatu hari seperti biasa dia akan ke masjid untuk solat dan selepas itu akan ada sesi tazkirah. Tetapi pada hari itu, imam meminta agar pakcik tersebut yang memberi tazkirah. Walaupun telah ditolaknya kerana dia tidak pandai memberi tazkirah namun akhirnya dia terpaksa akur.

" Assalamualaikum, pakcik ingin berkongsi suatu cerita. Setiap hari pakcik akan pergi ke pasar. Dan seperti biasa hari itu pakcik berjalan menuju ke pasar membeli sayur dan ikan untuk lauk tengah hari. Selepas beli, pakcik berjalan pulang ke rumah, pakcik menuju ke dapur, pakcik 'siang' ikan dan goreng kemudian pakcik basuh sayur dan memasaknya. Selepas selesai, pakcik letak diatas meja makan lalu melihat jam di dinding, masih belum menunjukkan waktu tengah hari, pakcik pun tutup dengan tudung saji lauk tersebut dan keluar sebentar. Selepas pulang pakcik buka tudung saji, alangkah terkejutnya melihat lauk tadi tidak ada di atas meja. Sekian"

Salah seorang jemaah di hadapan, ketawa mendengar cerita pakcik itu. Dia pun melihat kebelakang, kiri dan kanannya, tersentak dia melihat sahabat2nya semua menangis. Dia pun bertanya sahabat disebelahnya ' wahai sahabatku, mengapa engkau menangis? sedangkan pakcik ini hanya menceritakan kisah hidup dia setiap hari?' Lalu sahabatnya menjawab ' sahabatku, aku sedih mendengar kisah pakcik ini. Ia mengingatkan aku dengan amalanku didunia ini, aku menangis kerana takut amalanku selama hidup ini menjadi sia2x di akhirat nanti.

Oleh itu, berkaitan dengan soalan di atas, belajar dan mengajar memang ada kaitan dengan dunia dan akhirat. Sebagai khalifah dan umat nabi s.a.w wajib untuk kita mengikuti apa yang di suruh oleh Baginda. Sebagaimana sabda s.a.w yang bermaksud:

"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)


dan 


" sampaikan dariku walau satu ayat...( HR. Bukhari)


Kedua - dua hadith ini adalah salah satu amalan yang perlu dilaksanakan di dunia ini, dan setiap amalan kita di dunia ini akan dihisab semula. Oleh itu, setiap amalan hendaklah berdasarkan niat. Sebagaimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud :


" Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat....." ( HR.Bukhari dan Muslim)


Amalan yang diniatkan kerana Allah akan menjadi ibadah dan amalan yang tidak diniatkan akan menjadi sia-sia. Oleh itu belajar dan mengajarlah kerana Allah agar ia menjadi amalan yang memberi kebaikan di dunia ini dan menjadi bekal di akhirat nanti. Janganlah sampai amalan yang kita lakukan di dunia ini menjadi sia-sia sahaja di akhirat nanti seperti kisah yang saya kongsikan di atas...


Sekian....jika ada yang tidak bersetuju, sila betulkan...





No comments:

Post a Comment