Monday, March 12, 2012

Hadith 1 : Khiyar Majlis

Assalamualaikum... 
Post kali ini saya ingin berkongsi sebuah hadith berkaitan urusan jual beli yang sememangnya tidak akan lari dari kehidupan manusia termasuk seorang Muslim. 



عن  حكيم بن حزام رضي الله عنه قال  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم البيعان بالخيار ما لم يتفرقا أو قال حتى يتفرقا فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما وإن كتما وكذبا محقت بركة بيعهم

Maksudnya : Daripada Hakim bin Hizam dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, Dua orang yang melakukan aktiviti jual beli berhak memilih ( khiyar ) selagi belum berpisah. Sekiranya keduanya benar dan menjelaskan, kedua-duanya diberkati di dalam jual beli itu. Sekiranya antara keduanya menyembunyikan dan berdusta, keberkatan jual belinya itu dihapuskan.
( al-Bukhari, kitab al-Buyu’, Bab Idha Bayyana al-Bayyi’an, bil 1937 )


Penjelasan
-          Hadith di atas menjelaskan berkaitan dengan khiyar majlis.
-          Maksud khiyar adalah: Penjual dan pembeli mempunyai hak memilih sama ada untuk meneruskan akad jual beli atau membatalkannya.
-          Berdasarkan hadith, ulamak menyatakan antara syarat khiyar majlis adalah penjual dan pembeli mempunyai hak untuk melakukan khiyar selagi mereka belum berpisah.
-          Baginda juga menjelaskan bahawa penjual dan pembeli hendaklah jujur.
-          Jika penjual dan pembeli jujur dalam urusan mereka, maka akad dan urusan mereka diberkati Allah.


Indahnya hidup dalam Islam.
 Perkara yang mudah untuk dilakukan setiap hari iaitu berlaku jujur dalam setiap urusan jual-beli.
 Ianya akan mengundang keberkatan daripada Allah. Keberkatan hidup membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 

No comments:

Post a Comment