Post saya seterusnya berkaitan dengan jual-beli bangkai dan patung. Adakah dibolehkan jual beli bangkai dan patung? Berdasarkan hadith nabi s.a.w :
حدثنا قتيبة حدثنا الليث عن يزيد بن أبي حبيب عن عطاء بن أبي رباح عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما أنه )مع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول عام الفتح وهو بمكة إن الله ورسوله حرم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام فقيل يا رسول الله أرأيت شحوم الميتة فإنها يطلى بها السفن ويدهن بها الجلود ويستصبح بها الناس فقال لا هو حرام ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عند ذلك قاتل الله اليهود إن الله لما حرم شحومها جملوه ثم باعوه فأكلوا ثمنه
Maksudnya: Dari Atha’ bin Abi Rabah, dari Jabir bin Abdullah r.a bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda saat berada di Makkah pada tahun penaklukan kota Makkah, “ Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual – beli khamer, bangkai , babi dan patung-patung.” Dikatakan, “ Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu dengan lemak bangkai, sesungguhnya ia digunakan untuk mengecat perahu, meminyaki kulit dan dijadikan lampu oleh orang banyak.” Nabi s.a.w bersabda, “ Tidak , ia adalah haram.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda saat itu juga, “ Semoga Allah memerangi (melaknat) orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah mengharamkan lemak bangkai, tetapi mereka mencairkannya kemudian menjualkannya, lalu memakan harganya.”
( al-Bukahri, Kitab Buyu’, Bab Jual beli bangkai dan patung, bil. 2236)
Penjelasan:
- Dalam hadis ini, ia berkaitan hukum haram jual beli bangkai dan patung kerana bangkai adalah sesuatu yang mati bukan disebabkan penyembelihan yang syar’i namun terdapat bangkai yang dikecualikan iaitu bangkai ikan dan belalang.
- Para ulamak sepakat mengharamkan menjual bangkai , khamer, dan babi, kecuali apa yang telah di nyatakan dalam bab “pengharaman khamer”. Oleh itu para ulamak memberi keringanan pada kadar yang sedikit iaitu bulu babi untuk menjahir kulitnya (pendapat dari al-Auza’I dan Abu Yusuf serta sebahagian mazhab Maliki)
- Dikecualikan dari larangang menjual bangkai , menurut kebanyakkan ulamak iaitu menjual bahagian- bahagian tubuh yang tidak ada kehidupan padanya; seperti rambut, bulu domba, atau bulu unta. Semua ini adalah suci maka boleh dijual. ( oendapat mazhab Maliki dan Hanafi) dan sebahagian mereka menambah lagi: tulang, gigi, tanduk dan kuku.
No comments:
Post a Comment