Friday, April 20, 2012

Hebat juga iktibar dari LALANG


Assalamualaikum...




Kali ini saya suka ingin berkongsi sesuatu yang boleh dikatakan motivasi yang diungkapkan oleh Ustazah Fatimah Syarha. Ianya berkaitan lalang. Selalu, manusia hanya memandang lalang dari satu aspek sahaja, iaitu aspek negatif, maka yang kita nampak hanya keburukannya sahaja. Apa yang kita sering kaitkan kehidupan dengan lalang adalah " Eh jangan tak tetap pendirian seperti lalang, ditiup angin kekiri, ia lentok ke kiri, ditiup ke kanan, ia lentok ke kanan". Hidup kita mestilah berpendirian agar lebih dihormati.

Tetapi pernah atau tidak kita terfikir kebaikan ciptaan lalang ini. Beliau berkongsi bahawa lalang ini juga hebat. Banyak iktibar yang boleh kita ambil daripadanya. Lalang ini hidup secara berkumpulan. Ia tidak suka sorang-sorang. Begitu jugalah manusia seharusnya, perlukan jamaah. Hidup secara berjamaah, barulah timbul kekuatan. Bila berseorangan, pelbagai hasutan dan gangguan akan datang. 

Lalang juga kehadirannya itu dirasakan dan memberi kesan. Bila kita berjalan,  cepat sahaja derianya menyentuh kaki kita membuatkan kita rasa geli dan gatal. Begitu juga kita, seharusnya kehadiran dalam bermuamalat dgn orang lain juga patut memberi kesan, yang paling elok, memberi kesan yang baik pada orang lain.

Selain itu, yang paling menarik, lalang ini sangat kukuh akarnya. Akarnya yang satu, berdiri tegak mencakar tanah lalu wujud pula pelbagai batang dari akar tersebut. Ia mengajar kita bahawa, begitulah dalam agama yang mana akar itu ibarat pegangan akidah kita. Pegangan ini tetap teguh walaupun munculnya pelbagai ikhtilaf yang ibarat batang pada lalang. Akidah adalah asas kekuatan dan kepelbagaian ikhtilaf itu semuanya berpaut pada pegangan akidah yang sama yang menjadikannya saling- melengkapi.

Oleh itu, tukarlah sudut pandangan anda sedikit agar boleh melihat suatu perkara tersirat yang mungkin lebih baik sebenarnya. 



No comments:

Post a Comment