Sunday, June 9, 2013

~ Titik Hitam~


Hari ini, kami pelajar IPGKTAR telah mendapat cuti kerana baru sahaja tamat peperiksaan Semesta 1. Kuliah kali ini kami agak santai, menarik dan seronok. Masih ingat seorang pensyarah saya menerangkan salah satu tajuk dalam modul kami, dia menunjukkan sehelai kertas putih. Terdetik ketika itu, subhanaallah putihnya, cantiknya kertas ni. Walaupun pensyarah menerangkan kertas itu sebagai contoh bahan bantu mengajar tetapi terbayang pula kertas itu ibarat hati kita.  





Kemudian pensyarah, menunjukkan sehelai kertas yang ada titik hitam sebagai bahan bantu mengajar.


Ya Allah, terasa buruk dan kotornya kertas tersebut walaupun hanya terdapat satu titik hitam. Terfikir sejenak, bagaimanalah hati kita agaknya. Hidup didunia ini sudah 24tahun. Teringat sepotong hadith dari Nabi SAW :


Daripada Abi Hurairah r.a ; Bersabda Rasulullah S.A.W " Sesungguhnya seseorang hamba apabila dia melakukan sesuatu kesalahan (dosa) maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam; maka apabila dia menarik diri (dari melakukan dosa) dan terus beristiqfar dan bertaubat (kepada Allah) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila dia kembali melakukan dosa itu maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampailah titik hitam itu memenuhi segala permukaan hatinya ". Hadis Riwayat Tirmizi


Jika satu dosa yang kita lakukan akan menjadi satu titik hitam dalam hati, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang selalu alpa dengan dunia ini, mungkin tidak perasan berapa banyak titik hitam yang telah bertapak dihati kita. Buruknya, kotornya rupa hati kita. 

~ Muhasabah Diri ~