Saturday, April 26, 2014

Hasil Praktikum 2014

Assalamualaikum.....



Entry saya kali ini masih lagi berkaitan praktikum. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan

praktikum saya pada minggu ini iaitu pada tarikh 25 April 2014. Dibawah ini saya paparkan dan

berkongsi kepada anda semua hasil inovasi dan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan 

serta gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah bahan bantu mengajar yang saya guna dan hasilkan sendiri. 


Ni biasalah - kad perkataan

Ni pula tanah liat- untuk buat subjek jawi. Boleh buat bentuk2 huruf jawi

Ni permainan belon, dalam belon ada tersembunyi perkataan

My Inovasi- dadu dari kotak. Ia serba guna

Ni pula, dat yang saya lekat pada polistrin dan saya cat. 

Carta bunga, bukan sekadar hiasa dinding tau.....


My Inovasi  yang ke-2 - Roda pembelajaran. Murid sangat seronok


Kad imbasan lagi...huhhu


Seterusnya saya kongsikan gambar projek kelas agama yang telah siap.

Ni sudut bacaan....banyak buku cerita kisah Nabi. Murid sangat teruja nak baca sebab mereka jarang baca buku seperti itu.


Ni saya yang sedang siapkan mural




Ni la hasil mural saya........

Ni carta bunga tadi.....huruf tu daripada polistrin je


Ni sudut belakang aka ruang solat.....

Ni ruang papan maklumat.


Bagi saya, ia biasa sebenarnya hasil keceriaan kelas agama ini, tetapi ramai yang suka. Nak tau kenapa? sebab sekolah saya iaitu SJKC Chung Hua Batu 10, Sarawak ni belum pernah rasa duduk di kelas yang ceria. Cuba kamu tengok gambar kelas sebelum ini ye.....( role ke bawah sikit )



Inilah kelas mereka dahulu...

Sekolah saya ini tidak seperti sekolah di semenanjung yang sangat menitik beratkan soal keceriaan kelaas. Mereka duduk di dalam kelas yang biasa-biasa sahaja asalkan bersih. Sebab itulah saya membuat projek keceriaan agar mereka terdedah kepada kelas yang ceria dan menambahkan semangat untuk belajar lagi. 
Mesti anda tertanya-tanya kan, guru sebelum ni takd ke....sayalah guru perintis jqaf dan guru sebelum ini tiada kesempatan untuk menceriakan kelas dek kerana jadual yang padat.

Ini pula penunjuk, ia adalah sebatang pensil yang besar. Saya sengaja tidak menggunakan pembaris kerana ianya biasa-biasa je....so, saya tukarlah guna pensil plak, hehehe

Inilah hasil 4 bulan saya berpraktikum dan selama setahun setengah menjalani latihan keguruan di SJKC Chung Hua Batu 10. Sekarang hanya tinggal beberapa minggu untuk tugas sebagai guru di situ dan kemudian masuk semula ke maktab untuk tamatkan sesi interaksi sebagai pelatih JQAF, saya tamat sepenuhnya pada 8 Jun 2014. Ermmmm....tak sabar nak balik semenanjung...n Hopefully sangat3x, posting di Selangor..

Sekian dahulu dari saya.

Sesiapa yang nak copy n paste silalah ye....





Wednesday, March 5, 2014

Bermulalah praktikal

Saya berpraktikal di SJKC CHUNG HUA BATU 10.....Mula praktikal pada 18 Januari hingga 25 April 2014.

semasa praktikal kami perlu menyediakan fail praktikum, membuat projek dan inovasi dan mengajar maksimum 12 dan minimu 8 masa.

Inilah gambar fail saya praktikum yang induk.



kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja untuk menghabiskan praktikal... Moga saya kuat dan sabar. Wish luck for ME..... =)



Monday, February 24, 2014


Minta maaf kepada semua untuk post saya yang sebelum ini yang bertajuk madrasah ramadhan. Saya tidak menyambung penulisan berkaitan dengannya. InsyaAllah jika ada masa lapang iaitu bulan ramadhan tahun ini, mungkin kita boleh sambung lagi bicara.....Terima Kasih.




Untuk post berikutnya.....saya akan menulis dan berkongsi saat detik ketika berparktikal. Nantikan...InsyaAllah



Sunday, July 14, 2013

Madrasah Ramadhan 2

 Assalamualaikum,

Baiklah kita sambung sedikit berkaitan bulan Ramadhan....


Cuba lihat gambar ini, inilah antara amalan-amalan yang disarankan kepada kita untuk menambah pahala.
Dalam bulan Ramadhan, kita tetap melakukan kerja yang sama setiap hari cuma bezanya, kita selalu bertadarus, terawih 8rakaat, qiamulaill lagi...... pernah tak tanya diri, kenapa aku boleh buat? dalam bualan lain aku tidak boleh buat?

Tidak mengapalah, yang penting usaha untuk terus istiqamah, jangan putus asa sama ada dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain. 

Bulan Ramadhan ini bukan sahaja amalan kita akan digandakan tetapi, bulan inilah Allah ingin umat Islam bina kekuatan. Betul ke tidak?

Kuatkan diri dengan amalan-amalan di atas, amalan yang mendekatkan lagi manusia dengan penciptanya. Pada zaman Rasulullah SAW, terbukti bahawa umat Islam lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah. Seperti dalam peperangan Badar. MasyaAllah, siang mereka bagaikan singa yang mengganas tetapi malam mereka bagaikan abid yang sangat patuh pada TuhanNya. Bayangkan sahabat2x, siang mereka berperang dipadang pasir tu, malam mereka penuhkan dengan beribadah dan ketika peperangan itulah datangnya bantuan Allah, tenteta Islam yang hanya berjumlah 313 orang boleh menang lawan dengan tentera kuffar berjumlah 1000 orang. Suatu keajaiban dan kekuatan yang luar biasa.

Mereka kuat kerana kuat rohani mereka, dekat mereka dengan Allah. Sebab itu saya terkesima, apabila mendengar penjelasan dari ustaz tersebut. ( post : madrasah ramadhan 1 ) Allah telah tunjukkan jalan pada hambaNya cara untuk mendekatkan diri pada DIA, jalan untuk menguatkan hati dan jiwa. Bulan Ramadhan inilah tawaran paling baik kita ambil dan gunakan untuk mentarbiyyah hati dan jiwa agar 'ittaqullah' lebih dari segalanya.

Ada satu amalan dalam bulan Ramadhan yang sering disebut2x iaitu qiamullail..... Ada apa dengan qiamullail? ikuti sambungan dalam Madrasah Ramadhan 3.....sekian


Madrasah Ramadhan 1


Assalamualaikum..

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat Islam.
Sama - sama kita mencari redha Allah dalam bulan yang penuh barakah ini.

Minggu ini, sahabat saya meminta untuk iftar di area matang. Pada malam itu, tazkirah ramadhan yang disampaikan pada mulanya biasa sahaja tetapi ditengah - tengahnya, ustaz tersebut ada menerangkan sedikit berkaitan dengan isu syaitan diikat pada bulan ramadhan sebab itu manusia boleh melakukan kebaikan. Isu ini sering diutarakan semasa bulam ramadhan.

Penjelasan yang saya rasa sangat unik dan agak terkesima dari ustaz tersebut di mana beliau mengatakan sebab manusia mudah untuk melakukan kebaikan adalah disebabkan, pertamanya persekitaran. Dalam bulan Ramadhan kita mempunyai persekitaran yang baik, umat Islam sangat menghormati bulan Ramadhan. Keduanya adalah kerana kita melakukan amalan kelemahan syaitan. Kita sanggup bangun malam untuk bersahur, kita sanggup ke masjid untuk solat berjemaah, kita sanggup sujud berkali2x dihadapan Allah dengan melakukan solat terawih, kita sanggup mengkhatamkan al-Quran selama sebulan, kita sanggup mengekang hawa nafsu kita. Semua ini sebenarnya adalah amalan2 yang melemahkan syaitan. Pagi-pagi lagi kita bangun melemahkan syaitan iaitu dengan bersahur. Mana tidaknya, makan sahur itu sahaja kita sudah berdoa dengan doa makan, dan dalam doa makan itu adanya kita meminta supaya dijauhkan dari azab api neraka.

*********************************************************************************

Saya terkesima sebentar mendengar penerangan dari beliau, sebenarnya sedar atau tidak dalam bulan ramadhan ini kita telah melakukan perkara yang membolehkan syaitan jadi lemah sejak dari awal pagi lagi hingga kita tidur. Mengapa dalam bulan lain kita tidak teruskan sahaja amalan dalam bulan puasa ini??? mengapa kita hanya melakukannya dalam bulan ramadhan sahaja??? 

Alangkah hebatnya umat Islam jika semua boleh terus melakukan amalan dalam bulan puasa ke bulan2x yang lain kerana telah terbukti bahawa kita mampu melakukannya, jadi mengapa harus berhenti??? Persoalan ini membuat saya terkesima sebentar.

Ikuti sambungan dalam madrasah ramadhan 2....sekian.



Sunday, June 9, 2013

~ Titik Hitam~


Hari ini, kami pelajar IPGKTAR telah mendapat cuti kerana baru sahaja tamat peperiksaan Semesta 1. Kuliah kali ini kami agak santai, menarik dan seronok. Masih ingat seorang pensyarah saya menerangkan salah satu tajuk dalam modul kami, dia menunjukkan sehelai kertas putih. Terdetik ketika itu, subhanaallah putihnya, cantiknya kertas ni. Walaupun pensyarah menerangkan kertas itu sebagai contoh bahan bantu mengajar tetapi terbayang pula kertas itu ibarat hati kita.  





Kemudian pensyarah, menunjukkan sehelai kertas yang ada titik hitam sebagai bahan bantu mengajar.


Ya Allah, terasa buruk dan kotornya kertas tersebut walaupun hanya terdapat satu titik hitam. Terfikir sejenak, bagaimanalah hati kita agaknya. Hidup didunia ini sudah 24tahun. Teringat sepotong hadith dari Nabi SAW :


Daripada Abi Hurairah r.a ; Bersabda Rasulullah S.A.W " Sesungguhnya seseorang hamba apabila dia melakukan sesuatu kesalahan (dosa) maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam; maka apabila dia menarik diri (dari melakukan dosa) dan terus beristiqfar dan bertaubat (kepada Allah) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila dia kembali melakukan dosa itu maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampailah titik hitam itu memenuhi segala permukaan hatinya ". Hadis Riwayat Tirmizi


Jika satu dosa yang kita lakukan akan menjadi satu titik hitam dalam hati, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang selalu alpa dengan dunia ini, mungkin tidak perasan berapa banyak titik hitam yang telah bertapak dihati kita. Buruknya, kotornya rupa hati kita. 

~ Muhasabah Diri ~






Wednesday, February 20, 2013

Mujahadah.....

Mujahadah mendidik diri,
Agar menjadi hamba rabbani,
Mencari syurga tempat abadi,
Mengharap bertemu cinta HAKIKI.

Cinta HAKIKI milik Ilahi,
Perlu dijaga sepenuh hati,
Walau sukar tiada terperi,
Pasti ada balasannya nanti.

Dunia jambatan paling utama,
Hiasi ia dengan pahala,
Nikmat syurga telah tersedia,
Menanti tetamu y teristimewa.

Siapa tetamu y istimewa,
Sungguh bertuah emunya diri,
Tiada mengharap selain dariNya,
Pasti dia mukmin sejati.

Mukmin sejati sukar dicari,
Apatah lagi di zaman ini,
Utamakan Allah hiasan peribadi,
Dalam hidupnya sehari - hari.

Kita hidup hanya sekali,
Guna peluang y diberi olehNya,
Ayuh bangun kejutkan hati,
Agar terjaga dari kelalaian dunia.

Entah esok atau pun lusa,
Ajal menjemput tanpa di duga,
Bersediakah dengan amalan kita,
Hendak dihisab penentu syurga.

Jika syurga ditempatkan kita,
Hati tenang penuh bahagia,
Tetapi jika disebaliknya,
Hati resah menghadap neraka.

Bukan tujuan menunjuk diri,
Mengata diri telah sempurna,
Kalam ditulis pengganti diri,
Mengungkap madah hayati bersama.

Hak cipta terpelihara : Ummu Nusaibah Sdn Bhd.
20 Febuari 2013. 8.00 Pagi. SJKC Chung Hua Batu 10, Sarawak

Muslimah yang CANTIK itu ......


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,
Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,
Unik tingkah lakunya,
Tahu kedudukannya,
Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'
Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,
Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,
Takut pada TuhanNya,
Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya
Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,
Menjadi penggengam bara api,
Kelak dirimu sangat dinanti,
Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.

FRIENDSHIP COMES N GOES BUT THE MEMORIES STILL 4EVER


Takdir Allah,menemukan insan-insan bertuah,
Dari pelbagai negeri, bangsa dan fikrah,
Bertemunya membawa suatu jalinan ukhwah,
Berpisahnya membawa kenangan yang indah.

Walau selepas ini,
Entah bila akan bersua,
Entah bila akan makan bersama,
Entah bila lagi bergurau senda,
Entahla bila agaknya,
Dapat berkumpul dengan semua,
Tetapi yang penting,Moga kita akan bertemu di syurga,
Tempat abadi dan paling istimewa,
Kerana ukhwah yang ikhlas mengharap redhaNya.

      "Syukur sungguh di hati ini
       Dikurniakan teman sejati 
      Menunjuk jalan dekati-Nya 
       Tika diri dalam kebuntuan 
       Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri 
       Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi 
       Tiada yang menjadi impian Selain
       rahmat kasih-Mu Tuhan 
       Yang terbias pada ketulusan 
       Sekeping hati seorang insan
       Bernama teman"

Dari itu,Ampun maaf yang sangat dipinta,
Dari semua kesilapan dan keterlanjuran kata,
Hakikat manusia tiada yang sempurna.

( Untuk Sahabat-sahabat di UKM Semua)

Wednesday, November 28, 2012

SAYA DAN J-QAF





Alhamdulillah hari ini saya dapat menulis lagi. Semalam iaitu 27 Nov 2012  baru sahaja selesai temu duga J-Qaf untuk ambilan tahun 2013.  Kini hanya tawakal sahaja pada Allah, jika ia terbaik untukku, agamaku, masa kini dan masa kan datang, moga dipermudahkan dan jika ia bukan yang terbaik untukku , agamaku, masa kini dan masa akan datang, moga dijauhkan dan diganti dengan yang lebih baik.
Sehari sebelum menghadiri temu duga, saya sempat berjumpa pensyarah saya di Fakulti Pengajian Islam kerana menemani sahabat saya. Sejuk melihat raut mukanya dan beliau tidak terlepas memberi satu hadiah yang sangat berharga iaitu sepotong hadith. InsyaAllah saya akan kongsikan hadith ini pada tulisan yang akan datang. Beliau juga sempat berpesan dan beri semangat untuk menghadiri temu duga katanya, jika ada suatu perkara besar yang berlaku dalam hidup kita dan kita rasa sukar untuk menempuhnya, segeralah bersedekah, gembirakanlah hati orang lain, insya-Allah akan dimudahkan. Saya hanya tersenyum =). Nasihat yang cukup-cukup bermakna.
Semasa proses temu duga, ada satu soalan yang ditanya dan membuatkan saya terfikir sehingga ke hari ini dan harap soalan ini menjadi motivasi sehingga ke akhir hayat saya. Penemu duga tersebut bertanya tentang hobi dan minta saya jelaskan hobi saya dalam bahasa Inggeris. Ketika itu saya menjawab saya minat membaca dan salah satu buku yang saya baca adalah berkaitan Abu Bakar Al-Siddiq. Saya pun menjelaskan sinopsis buku tersebut dalam Bahasa Inggeris tetapi tidaklah selancar orang yang pakar bahasa ini.
Sampai sahaja di rumah, setelah selesai solat maghrib, saya terfikir kembali akan jawapan saya tentang soalan hobi tadi. Bila difikirkan kembali mengapa kebanyakkan masyarakat pada hari ini, apabila ditanya soalan tentang hobi, mereka akan memberi jawapan seperti membaca novel, layari internet, menonton televisyen, memasak, mengemas, baca buku agama dan sebagainya, namun jarang yang menjawab membaca al-Quran. Ketika itu, teringat kembali zaman nabi di mana para sahabat  mampu khatam al-Quran berkali-kali dalam masa sehari, sedangkan dari dulu hingga sekarang, Allah tidak pernah memendekkan atau memanjangkan waktu yang ada untuk sehari. Semua orang mempunyai 24jam. Perkara ini membuatkan saya terfikir, di mana al-Quran dalam hati kita???
Oleh itu, sama – sama lah kita selidik dan tanya iman kita, mengapa al-Quran yang cukup hebat, penuh cerita dan pengajaran amat jarang sekali kita membacanya dan memahami maknanya….mengapa? dan mengapa?
Baiklah setakat itu sahaja post kali ini, fikir-fikirkanlah dan sama-sama kita perbaharui hati dan iman untuk melangkah bersama di syurga nanti.

-28 November 2012 -

KEMATIAN TARBIYYAH PALING BERKESAN.


Assalamualaikum semua  para pengunjung blog saya….terlalu lama saya tidak mengupdate blog ini. Rindu juga hendak menulis ni…..


Mahu atau tidak, manusia tidak dapat lari dari hakikat sebenar kehidupan di dunia ini iaitu setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Bilakah waktu kita akan menemuinya, tidak ada seorang pun yang boleh menjawab melainkan Allah SWT. Jadi, adakah diri ini telah bersedia atau masih lagi belum bersedia….hanya diri sendiri yang mengetahui. Sedar atau tidak , ramai yang lupa mengenai perkara ini, dan disebabkan hal ini juga, ramai yang lalai dan leka dengan tipu daya dunia. Ramai yang sibuk mengejar cita-cita, pangkat, harta, kemewahan, kecantikan, dan lain-lain lagi daripada menyibukkan diri dengan mempersiapkan diri bertemu yang Esa.
Sedangkan hidup hanya sekali. Biarlah peluang yang sekali ini, kita gunakan dan manfaatkan sebaiknya. Allah tidak melihat paras rupa, harta kekayaan dan pangkat seseorang tetapi Allah melihat nilai TAQWA dalam hati seseorang. Begitulah hebat dan adilnya nilaian Allah pada hambaNya. Memang jika diikutkan nafsu , dunia ini indah, rugi jika kita tidak merasai nikmat keindahannya tetapi cuba kita renung kembali apakah nilai keindahan yang hakiki? Adakah dengan merasai segala keseronokan tanpa batasan atau merasai nikmat ‘perhiasan dunia’ (wanita) sesuka hati tanpa batasan, atau merasai segunung harta tanpa batasan…..adakah itu semua nikmat keindahan dunia yang hakiki? Adakah juga nikmat ini semua memberi kebahagiaan sehingga kita perlu untuk merasainya dan rugi jika meninggalkannya???? , soalan ini saya tinggalkan untuk kita renung2xkan…..
Apabila sebut sahaja soal mati….semua orang akan berasa takut dan cemas, ialah tidak tahu sama ada tempat seterusnya di syurga atau di neraka, tidak tahu juga adakah amalan-amalan di dunia ini sudah cukup sebagai bekalan atau tidak…. Lihatlah betapa soal kematian amat menggerunkan hati manusia, secara automatik hati akan kembali mengingati amalan sepanjang hidup di dunia dan secara tidak langsung mengingati Allah sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa. Beginilah kematian mentarbiyyah hati manusia iaitu mendidik agar hati sentiasa mengingati Allah dan mendidik diri agar melaksanakan amalan yang membawa keredhaan Allah. Oleh itu, ajaklah hati – hati kita semua agar sentiasa mengingati kematian.
Sesungguhnya, kematian adalah kebahagiaan hakiki kerana ia adalah wasilah untuk kita bertemu Tuhan yang Maha Penyayang, yang telah menjaga kita semua dengan baiknya di dunia ini, yang mengatur hidup kita, yang memberi segala yang kita inginkan, dan yang paling penting yang telah mengampunkan segala dosa kita di saat kita memintanya walau sejuta, segunung dosa kita lakukan semasa hidup.

Rasullullah SAW bersabda bahawa orang yang bijak adalah orang yang banyak ingat akan mati. Hidup ini terlalu singkat dan tidak ada yang lebih penting selain melaksanakan suruhan Allah , tidak ada yang lebih istimewa selain rahmat dan redha Allah dalam hidup kita dan juga tidak ada kebahagiaan yang paling manis selain bertemu Allah dalam keadaan redha Allah bersamanya. La Ilaha Ilallah, Hanya Engkau Ya Allah Tuhanku, Tiada yang lain selain Engkau, Peliharalah hati kami ini agar sentiasa ingat kepadaMu, jagalah hati kami ini agar cintaMu sentiasa menjadi yang paling tinggi dan paling istimewa.
  -26 November 2012 -