Sunday, January 1, 2012

" Ku Sayang Padamu "

Assalamualaikum

Sempena tahun Baru ini 2012, saya tidak melepaskan peluang turun ke Dataran Merdeka. 

Nak dijadikan cerita, walaupun sebenarnya, keadaan agak tenat kerana hampir dengan minggu " Final Exam", sempat lagi saya pergi. Siapa kata saya tidak risau dengan peperiksaan? Saya target dapat the best result among the best dan banyak lagi yang perlu saya ulangkaji. Suatu hari, mesej berdering : XPDC Dakwah Gamis, sempena tahun baru, ayuh kita gempur dataran merdeka, masyarakat memerlukan tanggungjawab kita. Mesej ini menaikkan semangat saya untun turun ke XPDC tersebut, tanpa ragu - ragu dan semangat yang kental. 

Beginilah keadaan di Dataran Meredeka. Penuh dengan berjuta orang dan dihiasi bunyi-bunyian yang bising dan bingit. Oh, telinga, sabar sahajalah. XPDC kami bermula jam 11.00 malam sehingga hampir jam 1.00 pagi. Saya memang tidak suka suasana sesak dan percampuran lelaki dan perempuan ini. Rasa rimas. Tetapi inilah pengorbanan yang perlu dilakukan. Demi Saudaraku, demi Islam dan demi melaksanakan tugas kita sebagai khalifah, cepat - cepat saya pasakkan niat dalam hati sebelum tiba di sana: Ya Rabb, Seruan dakwah memanggilku, aku tidak suka keadaan sesak begini namun aku lebih tidak suka keadaan ini dibiar begitu sahaja, aku sayang saudaraku ini, permudahkan langkahku dan kuatkan hatiku. Amin.

 Sesampainya ditapak berkumpul, hati rasa lapang, jiwa rasa debaran kasih sayang pada saudara - saudaraku di sana yang membuat anggota badan terasa tidak sabar mendekati mereka. Seusai diberi arahan, boleh bergerak. Saya dan kumpulan saya memulakan perjalanan, dimulai dengan Bismillah dan langkah kanan. Kami mengaharungi jutaan orang dan mula mendekati madu' kami. Kami bergerak ke tempat yang agak tersembunyi sedikit, di mana remaja - remaja suka duduk lepak. Kami menghampiri tangga di sebuah bangunan kerana kelihatan ramai remaja - remaja dan keadaan agak tenang dan kurang dengan bunyi - bunyian yang bingit. Kami bertiga menghampiri sekumpulan remaja yang terdiri dari 6 orang. Kami berbual- bual dengan mereka dan mendapat maklum balas yang sangat baik. Seronok sembang dengan mereka ini. =))

sekadar gambar contoh, ini bukan saya.

Habis sahaja XPDC, kami berkumpul semula. Memanggil kembali memori - memori XPDC. Sedih dan rasa sebak dalam hati melihat suasana sebenar masyarakat Malaysia yang kucintai ini menyambut  tahun baru dengan aktiviti - aktiviti tidak berfaedah, penuh kelalaian, dan pergaulan bebas itu adalah pasti. Duhai Malaysia " KU SAYANG PADAMU" .Bimbangnya kalau Allah turunkan bala dan mati dalam keadaan ini. Selepas detik 12.00 malam sebuah konsert di adakan. Aduhai....bertambahlah kelalaiannya.Terfikir saya, mengapa program begini tidak dibendung, mengapa pihak yang ada kuasa sekarang mendiamkan diri? sedangkan program2x ini langsung tidak menghasilkan sebuah kebaikan malah melahirkan masyarakat yang rosak dan tidak berkualiti. 

No comments:

Post a Comment