Friday, April 15, 2011

Habib Umar al-Hafidz


Habib Umar al-Hafidz

Saya sangat teruja untuk memperkenalkan seorang habib dari keturunan Rasulullah s.a.w. Saya pernah mendengar tazkirahnya di Baitul Qurra' dan al-Jenderami. Kata-kata seorang habib memang lain dari yang lain. Kata-katanya mampu menusuk telinga dan hati yang mendengar sehingga tidak sedar air mata yang jatuh membasahi pipi. Begitula seharusnya sebuah tazkirah, bukan sekadar peringatan semata-mata, tetapi membuatkan para pendengar mampu menangis kerana Allah. Jom berkenalan dengannya.

Al habib 'Umar Bin Hafidz berasal dari kota Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada Baginda Nabi Muhammad s.a.w, melalui salasilah Saiyidina Husain bin Ali bin Abi Thalib RA dan Saiyidatina Fatimah Azzahra RA. 

Semenjak kecil lagi, beliau telah menghafal al-Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadith yang menapai taraf Alhaafidz, iaitu telah menghafal lebih 100 ribu hadith beserta sanad dan hukum matan. Beliau juga digelar dengan panggilan Almusnid , iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadith sehingga Nabi s.a.w. Beliau juga digelar Almufassir, iaitu Ahli Tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan di dukung dengan hadith-hadith yang sahih beserta asbabul wurudnya. Al Habib 'Umar adalah seorang pendakwah sekaligus seorang ahli sufi yang berjalan teguh di atas landasan ahli sunnah wal jamaah.


Inilah serba sedikit mengenai diri beliau. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat dalam hidupnya. 

1 comment: