Wednesday, May 30, 2012

Usrah pengikat Ukhuwah

Assalamualaikum..

Selang beberapa hari, tamatlah sudah USRAH Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tidak ku sangka akhirnya dapat juga merasakan nikmat usrah bersama sahabat2x sejabatan . Bermula dengan perbualan biasa dengan seorang kakak master sambil meluahkan rasa teringin berusrah dengannya, dan akhirnya dengan menggunakan organisasi jabatan, dia mengambil langkah mewujudkan usrah untuk kami.

Tajuk yang dikupas sangat menarik iaitu berkaitan, Secantik2x perhiasan dunia, tanggungjawab kepada ibu bapa dan guru, Peranan sebagai sahabat dan muslimah hari ini, esok dan selamanya.

Bagi saya bermula tajuk pertama hingga akhir mempunyai kesinambungannya dan akhirnya saya dapat merasakan kesungguhannya dalam membentuk kami menjadi seorang muslimah sejati. Saya ungkapkan resolusi USRAH dalam bait madah di bawah yang saya olah sendiri :


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,

Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,

Unik tingkah lakunya,

Tahu kedudukannya,

Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'

Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,

Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,

Takut pada TuhanNya,

Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya

Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,

Menjadi penggengam bara api,

Kelak dirimu sangat dinanti,

Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.



Sungguh saya sayangkan mereka dan pasti merindui suasana begini setelah bergraduat dari UKM. Hanya 

tinggal beberapa bulan lagi berada di UKM....

Sekian dulu dari saya untuk kali ini...

Tuesday, May 29, 2012

Hadith 14 : Berkaitan ZAKAT


(983) وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الْأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: بَعَثَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُمَرَ عَلَى الصَّدَقَةِ
Terjemahan Hadith
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Rasulullah SAW mengutus Umar untuk mengambil zakat.

Syarah Hadith
Zakat adalah wajib kepada umat Islam di mana ia termasuk dalam rukun Islam yang lima. Zakat ini diuruskan oleh pemerintah dan ia sah pemerintah mewakilkan amil untuk memungut zakat. Bagi melancarkan urusan zakat dan semua pihak mendapat sama rata, mengutus petugas untuk memungut zakat adalah sunat. Harus memilih orang yang terpecaya menggalas  tugas penting ini. Hal ini disebabkan ia melibatkan harta benda dan hak seseorang.
Zakat perlu diberikan kepada orang yang sepatutnya dan bukannya orang sembarangan supaya berlaku keadilan. Zakat perlu ditunaikan sebagai tanda mengingatkan orang yang lupa akan nikmat Allah. Di antaranya kekayaan yang dia terima agar boleh menunaikan tugas yang dilimpahkan kepadanya berkaitan dengan harta benda.

Takhrij Hadith
Kitab Muslim, Kitab Khusuf, Bab Fi Taqdim al-Zakat Wamani’ha, No. 983

Hadith 13 : Hadith berkaitan Wasiat


- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
Terjemahan Hadith
Dari Ibnu Umar ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang muslim tidak berhak mewasiatkan sesuatu yang ia miliki kurang dari dua malam ( hari ), kecuali wasiatnya itu tertulis padanya.”

Syarah Hadith
Wasiat adalah pesanan tentang kebaikan yang dilaksanakan sesudah seseorang meninggal dunia. Ia hendaknya segera dilaksanakan sesudah orang yang berwasiat meninggal, jangan ditunda-tunda hingga bermalam dua malam. Sunat mewasiatkan sebahagian harta bagi orang yang ingin berwasiat.Sunat juga segera menulis wasiat sesuai perintah syariat dna untuk menyambut kematian.
            Di dalam kitab fathul baari , Ibnu Hajar membuat kesimpulan bahawasanya pendapat majoriti ulama adalah wasiat itu tidak wajib dilaksanakan, yang wajib adalah menunaikan hak-hak orang lain. Tetapi kadang kal wasiat boleh jadi wajib, dan boleh jadi sunah iaitu melaksanakannya mendapat pahala, dan kadang kala ia menjadi makruh bagi yang mengharapkan kebaikan, dan kadang kala juga ia menjadi mubah ( boleh ) bagi yang berada dalam di antara keduanya, serta boleh juga menjadi haram apabila wasiat ini menimbulkan mudhrat kepada seseorang.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Wasiat, Bab Wasaya wa qawli Nabi SAW, No.2738

Hadith 12 : Pemimpin yang Zalim


بَابُ فَضِيلَةِ الْإِمَامِ الْعَادِلِ، وَعُقُوبَةِ الْجَائِرِ، وَالْحَثِّ عَلَى الرِّفْقِ بِالرَّعِيَّةِ، وَالنَّهْيِ عَنْ إِدْخَالِ الْمَشَقَّةِ عَلَيْهِمْ

عَنْ عَائِذ بْنِ عَمْرٍو رضى الله عليه وسلم أَنَّهُ دّخَلَ عَلَى عُبَيْدِ اللهِ بْنِ زِيَادٍ، فَقَالَ لَهُ: أَيْ بُنَيَّ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: (إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الحُطَمَةُ) فَإَيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Terjemahannya: Dari ‘Aidz bin ‘Amrr.a, bahawasanya dia pernah masuk rumah ‘Ubaidillah bin Ziyad, lalu dia berkata kepadanya: “Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin adalah pemimpin yang zalim.’ Oleh kerana itu, jangan sampai kamu termasuk dari golongan mereka.”

Takhrij Hadith

Kitab Imarah, Bab Wajib Keutamaan Imam Yang Adil , No.1830 , Hadith Sahih


Syarah Hadith

Para pemimpin itu hendaklah menjalankan amanah dalam pentadbirannya dengan baik sekali.
Tidak boleh tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim. Pemimpin adalah mereka yang mengendalikan sesuatu urusan dalam organisasi dan yang akan membawa hala tuju sesebuah organisasi. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menyatakan bahawa pemimpin yang jahat adalah yang zalim terhadap orang dibawahnya.

Sesebuah organisasi tidak akan berjaya apabila terdapat pemimpin yang zalim kerana orang yang berada di bawahnya tidak ada perasaan hormat tetapi perasaan takut. Situasi ini akan menjadikan gerak kerja menjadi lembap dan perlahan serta banyak masalah akan timbul.





Hadith 11 : Antara Jual beli yang diharamkan


2207 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ المُحَاقَلَةِ، وَالمُخَاضَرَةِ، وَالمُلاَمَسَةِ، وَالمُنَابَذَةِ، وَالمُزَابَنَةِ»
Terjemahan Hadith
Dari Anas ra, ia berkata: “ Rasulullah SAW melarang jual beli dengan cara muhaqalah, muhadharah( menjual biji-bijian atau buah-buahan yang belum masak yang belum tentu boleh dimakan), mulamasah ( iaitu menjual sesuatu barang dengan cara hanya diraba), munabadzah ( menjual barang dengan saling melempar, misalnya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku kepedamu” dan muzabanah.”
Syarah Hadith
Terdapat beberapa jenis jual beli yang dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan haadith ini iaitu :
1)      Muhaqalah – (menebas) yang telah dijelaskan di muka.
2)      Mukhabarah – iaitu menjual buah dan biji-bijian sebelum waktunya masak. Sementara jika telah mencapai batas masak, di mana biji telah keras dan buah juga telah beruba warnanya, maka sah untuk dijual.
3)      Mulamasah- ( transaksi dengan memegang) iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “ Aku jual kainku dengan kainmu.” Dan mereka berdua tidak melihat kepada kainnya, tapi cukup dengan memegangnya sahaja. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Nasa’I dari Abu Hurairah ra.
4)      Munabdzah ( saling melempar) yang ditafsirkan dengan hadith yang diriwayatkan imam Ibnu Majah dari Sufyan, dari Az-Zuhriy iaitu ketika seseorang berkata kepada temannya: “ Lemparkan barangmu kepadaku dan aku akan melemparkan barangku kepadamu.” Dalam al-Nasai dikatakan: “ Aku lemparkan barangku dan kamu lemparkan barangmu.” Dan mereka masing-masing membeli dari yang lain, sementara mereka tidak mengetahui harga barang untuk mereka.
5)      Muzabanah, yang telah dijelaskan di bahagian muka, iaitu menjual anggur basah dengan anggur kering. Secara lahiriah, larangan di atas mengindikasikan haram. Para fuqaha mempunyai pendapat terperinci yang tidak proporsional untuk kitab yang ringkas ini.

Takhrij Hadith
Kitab Bukhari, Kitab Buyu', Bab Baiil muhadarah, No.2207


Thursday, May 3, 2012

Nikmat Tarbiyyah Allah...

Assalamualaikum...


Dalam kesibukan menyiapkan tesis yang masih lagi banyak perlu dilakukan walaupun saya sedar tarikh menghantar tesis semakin hampir....Oh Tesis....

Namun bukan persoalannya di sini walau saya tahu seperti tidak ada masa lagi untuk bermain-main, sibuk-menyibuk dengan perkara lain, apakan daya naluri hati inginkan sebuah santapan-santapan rohani biarpun terpaksa mengambilnya di tempat yang jauh sambil meredah kegelapan malam dan dalam waktu yang terbatas.

Jiwa ini masih terasa lagi miskin kehambaan. Tajuk ' Milik Siapakah Hatiku' sangat menarik yang dikupas oleh ustaz Rashidy Jamil. Banyak mutiara berharga daripadanya....lalu mutiara ini sangat membahagiakan dan menggembirakan hati dan ku simpan kemas dalam peti hatiku.

 ku sedar bahawa Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya agar bersedekah hatta dengan senyuman sekalipun. Jadi, aku berkongsi sedikit mutiara berharga untuk pembaca blog ini .....

" Kita mampu untuk membaca sebuah novel setebal manapun namun suka merungut apabila membaca sirah nabawi yang tebal. Ketahuilah ia adalah kerana tebalnya hijab dengan Allah yang membuat kita kebelakangkan akhirat dan Allah"

" Tidak sempurna kasih seorang hamba kepada Khaliqnya sehingga ia merasa nikmat pukulan kesakitan dari Khaliqnya"

" Ramai yang membiarkan syaitan merompak IMAN kita tetapi  ramai yang sibuk sangat apabila perompak merompak harta kira"

" Apabila jiwa bersih maka akan rasa ringan untuk memberi dan menerima"

Dan banyak lagi mutiara berharga yang diukirkan oleh penceramah.....Sekian mungkin akan bersambung...