Thursday, December 29, 2011

( 66: 6 )

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi satu ayat yang termaktub di dalam kalam Allah ( al-Quran ). Surah al- Tahrim ayat yang keenam, maksudnya :


" Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan." 

Saya sangat suka dengan ayat ini. Allah ingatkan pada kita supaya pelihara diri dan KELUARGA dari azab api nerakaNya. Ye sahabat2x, diri dan keluarga, bukan kita persiapkan diri supaya tidak masuk neraka , lalu kita biarkan keluarga kita terkapai - kapai dan masih lagi di dalam kelalaian dunia. Bukan itu yang Allah perintahkan.

Inilah tugas dan tanggungjawab yang sangat berat dan susah untuk dilaksanakan. Saya yakin banyak dugaan untuk tugas amar makruf nahi mungkar ini. Mana tidaknya, ragam manusia ini pelbagai, ada yang lembut seperti air, kita tegur sekali, terus sahaja ikut. Ada pula yang keras seperti batu, tegur banyak kali, tetap tidak mahu ikut, kadang - kadang kita pula yang dipulaukannya. Ada yang seperti mencurah air ke daun keladi, tegurlah banyak kali, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Humm...buat tidak tahu sahaja.

Inilah perkara biasa dalam tugas amar makruf nahi mungkar. Tetapi apabila melibatkan ahli keluarga, ia memang bertambah sukar kerana mereka orang yang sangat rapat dengan kita. Oleh itu, demi menyahut perintah ILAHI, tetap akan kugagahkan dan ku asah lagi mindaku ini untuk mencari 1000 jalan / metod dalam berdakwah ( amar makruf nahi mungkar) agar hubungan keluarga bertambah erat, redha Allah semakin dekat,      bersama menempah tempat abadi, syurga Allah yang teristimewa sekali. 

" Ya Rabb, beriku kekuatan dan petunjuk untuk menjalankan tugas ini, kerana aku sangat sayang mereka keranaMu. "

Jadi, untuk peringatan diri ini dan semua, jagalah hubungan kita dengan Allah, jaga juga hubungan dengan manusia. ( Hablum minaAllah, wa hablum minnas ), andai kita dipilih oleh Allah dengan diberi sedikit kefahaman dalam soal agama, sampaikanlah pada masyarakat terutama ahli KELUARGA kita sendiri. Jangan sampai perkara ini yang menjadi asbab kita ke neraka kerana di " sana " nanti mereka menyatakan kamu yang bersalah kerana tidak menyampaikan. Semua perkara akan dihisab walau sebesar zarah. Memang saya akui, sukar untuk melaksanakannya, But remember that Allah always be there, never leave us. " Jika kita membantu agama Allah, Allah akan membantu kita " 

Ingatlah perintah Allah dalam ayat ini..... sekian dulu.  





Tuesday, December 27, 2011

.. Bermula ikatan Aku dan Scott ..




Terlebih dahulu, saya ucapkan assalamualaikum. 

Akhirnya scottla pilihan saya. Pertemuan saya dengan scott diatur oleh ibu dan bapa saya. Saya terpaksa menyuruh mereka mencarikan yang sesuai dengan saya, Bukan untuk menyusahkan ayah dan ibu, tetapi . disebabkan pada semesta ini hidup saya tidak begitu terurus dan tenaga dalam badan saya semakin hari semakin lemah.  " Ibu, tolonglah carikan, saya tidak kisah yang macam mana asalkan ia adalah yang terbaik". Selang beberapa hari, ibu membawanya dan menunjukkan kepada saya, agak terkejut juga kerana sudah lama saya tidak bertemu dengannya. Ini dikira pertemuan kedua selepas terpisah dalam tempoh yang panjang.  =))  Saya terima dengan hati yang terbuka. Oleh itu bermulalah hidup saya dengannya yang bernama scott. Inilah wajah scott yang tidak asing lagi dalam dunia makanan tambahan. Hehehe.

 Scott emulsion atau dikenali juga sebagai minyak ikan kod. Selepas beberapa hari makan. Badan rasa lebih bersemangat dan semakin sihat. Sahabat - sahabat bolehlah cuba juga kerana rasanya sangat sedap disamping banyak kelebihannya. Antara kelebihan scott adalah : 


Scotts Emulsion Mengandungi 400ml. Mengandungi minyak ikan kod,kalsium dan jus oren. Tambahan khasiat makanan

· Menolong Membina ketahanan terhadap jangkitan.
· Menolong pertumbuhan Tulang & gigi yang kuat.

Setiap sudu besar 15ML (17.25G) mengandungi

· Vitamin A…..850I.U.
· Vitamin D…..85 I.U.
· Kalsium hipofostit…..414mg
· Kalium sorbet…..0.100% b/b
· Dalam bes mengandungi jus oren dan minyak ikan kod


selain itu kelebihan minyak ikan kod adalah ;


Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:


Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif. 


Dalam kehidupan ini, memang banyak kerja yang perlu di lakukan, oleh itu jagalah kesihatan. Bila badan sihat, otak pun cergas dan akhirnya banyak benda yang boleh kita lakukan. SAYA SUKA SCOTT EMULSION.

Saturday, December 10, 2011

:: Tenatnya Semesta Ini ::

Assalamualaikum


Semesta ini boleh dikatakan semesta yang sangat sibuk, saya ambil 10 subjek , ada 29 unit semuanya. 

Sebenarnya yang normal orang ambil setakat 26 unit sahaja. Hurm...setiap subjek pula, kebanyakkannya ada 2

 atau 3 esaimen ditambah perlu menyiapkan proposal, menghafaz surah hafazan dan hadith 40 oleh Imam 

Nawawi beserta sanad yang lengkap. Boleh dikatakan

 semesta yang parah dengan kesibukan.

Belum hal- hal persatuan, program semesta ini juga sangat banyak. Kadang - kadang hampir setiap hari ada

 meeting. Boleh dikatakan dari hari isnin hingga khamis jadual sangat padat, dek disebabkan kelas banyak

 bermula jam 8 - 6.30 , saya pun tidak sempat untuk melabuhkan badan di atas katil kerana perlu bersiap

 untuk meeting selepas maghrib.Selepas meeting, barulah membuat esaiment semula. 

Dalam kesibukan, hati ini masih lagi merindukan halwa-halwa telinga dan makanan - makanan rohani. Jika 

tidak pergi, rugi rasanya kerana apabila berada di luar, sukar untuk menghadiri majlis - majlis ilmu. Antara

tugasan dengan majlis - majlis ilmu, oh susah untuk membuat pilihan, tetapi saya yakin pasti Allah akan

membantu : " Ya Rabb, permudahkanlah urusanku pada hari esok dan 

menghadapi esaimen-esaimenku yang masih banyak, Aku hadir ke majlis ilmu ini kerana  hatiku begitu rindu 

untuk merasai kenikmatan taman syurga dan merasakan redup serta damainya redhaMu. "

Dengan izinnya, alhamdulillah dipermudahkan segalanya iaitu dalam menyiapkan esaimen dan menghadapi hari

esok yang penuh dgn ujian.  Mungkin berkat

 rasa rindu . ^_~ Tetapi inilah yang saya pegang selama ini, walau sibuk dengan urusan dunia, anggota badan

 juga   perlu di beri makanan rohani  dan salah satunya dengan majlis - majlis ilmu. Akhirnya saya faham

bahawa setiap yang berlaku dalam hidup adalah ujian sama ada besar atau kecil. Manusia seharusnya yakin di

sebalik semua perkara mintalah petunjuk padaNya hatta hendak melangkah berjalan, ucapkanlah pujian

dan mohon perlindungan padaNya. Oleh itu, kesibukan juga merupakan satu ujian Ujian, untuk melihat

adakah dalam kesibukan hambaNya masih terselit haba kehambaan? Ujian inilah hikmah kerana

tanpanya kita tidak akan merasa

 nikmat- nikmat kesabaran. Peringatan untuk diriku dan sahabat semua. Moga Allah mengampunkan kita.




Senjata Mukmin

Assalamualaikum...

Dalam Bahagian (senjata Mukmin ) ini, saya akan post dan berkongsi dengan sahabat - sahabat semua berkaitan

 dengan doa -doa yang kita amalkan, dengan gaya yang santai. Doa ini sebenarnya adalah senjata orang 

mukmin. Percaya tidak? Sahabat - sahabat, dalam keadaan berdoa inilah kita berkomunikasi dengan Allah, 

tuhan yang menciptakan diri kita. Ibarat kita sedang bermuamalat dengan ibu bapa/ suami/ isteri. Kalau dengan 

mereka , kita berkomunikasi dengan mulut dan wajah. Tetapi kita berkomunikasi dengan Allah adalah dengan 

doa'. Mestilah berbeza kerana Allah dan makhluk itu tidak mungkin sama. ^_~

     Lagipun Allah telah berkata , mintalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan, Sesungguhnya Aku sangat

 dekat . Sebagaimana yang termaktub dalam kalam Allah( al-Quran) ini :  "Dan apabila hamba-hamba-Ku 

bertanya kepadamu tentang Aku, makasesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa 

apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, 

agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186). 

Inilah dia senjata kita. Mintalah apa sahaja kepada Allah, Insya Allah akan dimakbulkan. Tetapi untuk tujuan yang tidak

 elok adalah tidak digalakkan. Untuk Allah terima doa kita pula  ada syarat - syaratnya. Umpama kita meminta sesuatu 

dari ibu kitalah. Biasanya, kita akan puji dia, ikut perintahnya dan sebagainya. Begitu juga dengan hal kita untuk meminta

sesuatu dari Allah, memuji Dia, melakukan segala yang disuruh dan sebagainya. Dan sesuatu yang sangat istemewa

adalah apabila kita melakukan perkara- perkara yang Dia suka seperti amalan-amalan sunat, lagi mudahlah untuk Allah

perkenankan hajat kita. Perkara ini ada tertulis di dalam ungkapan hadith dari Baginda, dan hadith ini sangat indah 

maknanya : " HambaKu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunah sehingga Aku

 mencintainya. Jika Aku telah mencintainya , jadilah Aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya 

untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepadaKu pasti Kuberi dan jika dia meminta 

perlindungan kepadaKu pasti Aku lindungi." Hadith ini sahih , bermakana ia benar tanpa keraguan.

Baiklah setakat itu dahulu, nantikan post yang akan datang.