Monday, November 23, 2009

Sejambak Mawar








Kuntum 1

Ketahuilah bhw Allah akan m’ampuni org y memohon ampun,akan memberi

Kepada y meminta,dan menerima yang bertaubat



Kuntum2

Prihatinlah dengan yang lemah,kamu akan bahagia .Penuhi hajat y memerlukan ,kamu akan di hormati,jangan bawa kebencian kamu akan dihargai.



Kuntum3

Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohonkan

Ampunan untkmu,dan syurga telah menantimu.



Kuntum4

Bersikap optimislah dalam hidup dgn berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dgn mengingati semua nikmat y telah dikurniakan kpd kamu.



Kuntum5

Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagian y sempurna ,kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.



Kuntum6

Contohilah pohon kurma ,tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit,dan jika di baling dengan batu,ia membalas dengan menggugurkan buahnya.



Kuntum7

Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa y telah luput,kecemasan dapat memeperbaiki kesalahan ?lantas apa gunanya kamu bersedih?



Kuntum8

Jgn mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka,tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.



Kuntum9

Siramilah ai kebencian kamu dengan cara memaafkan setiap orang y pernah berbuat salah kepada kamu.



Kuntum10

Mandi,berwuduk,pakai wangian ,dan bersiwak merupakan penawar y amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.





…………………………………………………………………………………………



Zinnirah



Cukup indah namanya,namun tidak begitu di perkatakan orang.Tapi Allah muliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.



Aqidah tauhid yang begitu menebal telah lama bersarang di jiwanya.



Zinnirah adalah di antara orang yang awal memeluk agama Islam



Beliau berketurunan bangsa Rom dan telah di tawan serta di jual di kota Makkah.



Kemudian ,Umar membelinya dan menjadi hambanya.



Dalam diam beliau memeluk Islam dan menyembunyikan pengIslamannya daipada pengetahuan Umar.



Beliau sering menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah,dengan bersembahyang,membaca al-Quran dan sebagainya di waktu malam yang sunyi sepi.



Namun,akhirnya rahsianya telah terbongkar.



Beliau menerima penyeksaan yang dahsyat.Zinnirah telah di tampar,di tendang,di ikat kaki dan tangannya dijemur di tengah panas matahari,badannya di hempap dengan batu.



Namun kekebalan iman mengatasi segalanya.beliau sentiasa tersenyum,hatinya tidak putus-putus mengucapkan Allahu Akbar.

Penyeksaan yang paling berat ditanggung olehnya adalah apabila kedua belah matanya di cucuk dengan besi yang tajam dan gelaplah pandangan matanya.



Walaupun buta ,namun hatinya tetap celik….



Itulah kehebatan srikandi beriman …Zinnirah.

Sanggup berkorban demi mempertahan akidah Islamnya dan setia cintanya pada Allah…

1 comment: