Monday, November 23, 2009

La Tahzan




Jika kamu merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang

sepertinya sia-sianya ….

Allah tahu betapa keras kamu sudah berusaha



Ketika kamu sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih….

Allah sudah menghitung airmatamu



Jika kamu fikir bahawa hidupmu sedang menunggu

Sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja…….

Allah sedang manunggu bersamamu



Ketika kamu merasa sendirian dan teman-temanmu

terlalu sibuk untuk menelefon…….

Allah selalu berada di sampingmu



Ketika kamu fikir bahawa kamu sudah mencuba segalanya

Dan tidak tahu hendak buat apa lagi…..

Allah punya jawabnya



Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan

Kamu merasa tertekan…..

Allah dapat menenangkanmu



Jika tiba-tiba kamu dapat melihat jejak-jejak harapan…..

Allah sedang berbisik kepadamu



Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kamu merasa

ingin sangat mengucap syukur…..

Allah telah memberkatimu



Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kamu dipenuhi ketakjuban…..

Allah telah tersenyum kepadamu



Ketika kamu memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi

Untuk digenapi…….

Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu



Ingat bahawa di manapun kamu atau kemanapun kamu menghadap…….

Allah maha mengetahui



Kerana Dia sentiasa bersama hambanya,Cuma hambanya yang selalu melupakanNya



………………………………………………………………………

No comments:

Post a Comment