Monday, November 23, 2009

Perempuan yang suci


Adalah perempuan yang di jaga oleh Allah,

Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki

Menyentuh dirinya walaupun hatinya….

Hanya lelaki yang jua mencintai Allah

Sebagai satu hadiah

Satu wadah untuk mencari cinta yang abadi itu

Kerana Allah teramat mencintainya….

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki

Haaaaaa………

Dimana kita letak cinta kepada Allah?

Berapa peratus cinta itu???





Dimana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada

Seorang manusia yang lebih banyak

Mengecewakan kita



Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya

Meningggalkan cinta seorang lelaki

Bermakna Allah mahu mengambil kita kembali

Untuk dijagaNya

Mengapa masih ragu2?

Kekuatan usah di tunggu tapi harus di cari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan



Semoga hidupmu disinari nur keimanan,

Matimu di ulit ketaqwaan,

Amalmu menggunug dengan keikhlasan

Akhlakmu indah bersandarkan al-quran dan as-sunnah.



…………………………………………………………………







Untukmu Muslimah



Ukhtiku,

Aku bangga

Melihatmu derita

Dalam perjuangan……

Dari melihatmu

Gembira dalam kelalaian….



Ukhtiku,

Aku bangga

Mendengar tangisanmu kerana

Pengorbanan…….

Dari melihat tawamu dalam

Pengkhianatan….



Ukhtiku,

Aku bangga andai

Dikau mati di medan kebenaran…

Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa

Ukhtiku….



Muliamu bukan pada

Pangkat dan harta

Tetapi kerana

Islam dan Iman di hatimu….



Semoga kau di kurniakan

Kelembutan semulia saidina Abu Bakar,

Ketegasan selembut saidina Umar,

Kecerdikan setajam saidina ‘Ali,

Kemurahan setulus Saidatina Khadijah,

Kefasihan sepetah saidatina ‘Aisyah,

Kepatuhan setulus saidatina Fatimah

Dan yang paling penting…..

Hati yang gagah sesuci Rasulullah s.a.w.



……………………………………………………………………

No comments:

Post a Comment