Sunday, July 14, 2013

Madrasah Ramadhan 1


Assalamualaikum..

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat Islam.
Sama - sama kita mencari redha Allah dalam bulan yang penuh barakah ini.

Minggu ini, sahabat saya meminta untuk iftar di area matang. Pada malam itu, tazkirah ramadhan yang disampaikan pada mulanya biasa sahaja tetapi ditengah - tengahnya, ustaz tersebut ada menerangkan sedikit berkaitan dengan isu syaitan diikat pada bulan ramadhan sebab itu manusia boleh melakukan kebaikan. Isu ini sering diutarakan semasa bulam ramadhan.

Penjelasan yang saya rasa sangat unik dan agak terkesima dari ustaz tersebut di mana beliau mengatakan sebab manusia mudah untuk melakukan kebaikan adalah disebabkan, pertamanya persekitaran. Dalam bulan Ramadhan kita mempunyai persekitaran yang baik, umat Islam sangat menghormati bulan Ramadhan. Keduanya adalah kerana kita melakukan amalan kelemahan syaitan. Kita sanggup bangun malam untuk bersahur, kita sanggup ke masjid untuk solat berjemaah, kita sanggup sujud berkali2x dihadapan Allah dengan melakukan solat terawih, kita sanggup mengkhatamkan al-Quran selama sebulan, kita sanggup mengekang hawa nafsu kita. Semua ini sebenarnya adalah amalan2 yang melemahkan syaitan. Pagi-pagi lagi kita bangun melemahkan syaitan iaitu dengan bersahur. Mana tidaknya, makan sahur itu sahaja kita sudah berdoa dengan doa makan, dan dalam doa makan itu adanya kita meminta supaya dijauhkan dari azab api neraka.

*********************************************************************************

Saya terkesima sebentar mendengar penerangan dari beliau, sebenarnya sedar atau tidak dalam bulan ramadhan ini kita telah melakukan perkara yang membolehkan syaitan jadi lemah sejak dari awal pagi lagi hingga kita tidur. Mengapa dalam bulan lain kita tidak teruskan sahaja amalan dalam bulan puasa ini??? mengapa kita hanya melakukannya dalam bulan ramadhan sahaja??? 

Alangkah hebatnya umat Islam jika semua boleh terus melakukan amalan dalam bulan puasa ke bulan2x yang lain kerana telah terbukti bahawa kita mampu melakukannya, jadi mengapa harus berhenti??? Persoalan ini membuat saya terkesima sebentar.

Ikuti sambungan dalam madrasah ramadhan 2....sekian.



No comments:

Post a Comment