Friday, March 16, 2012

Hadith 4 : Menjual Kayu Bakar dan Rumput



حدثنا معلى بن أسد حدثنا وهيب عن هشام عن أبيه عن الزبير بن العوام رضي الله عنه ) عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لأن يأخذ أحدكم أحبلا فيأخذ حزمة من حطب فيبيع فيكف الله به وجهه خير من أن يسأل الناس أعطي أم منع

Maksudnya: Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w, beliau bersabda, “ Hendaknya salah seorang di antara kamu mengambil tali lalu mengambil seikat kayu bakar, kemudian menjualnya dan dengannya Allah memelihara mukanya ( menjaga kehormatannya), maka hal itu lebih baik daripada dia meminta-minta kepada orang-orang, diberi atau ditolak.
( al-Bukhari, Kitab Musaqat, bab menjual Kayu Bakar dan Rumput, no. 2373)

Penjelasan:
-          Ia menjelaskan bahawa dibolehkan mengambil kayu bakar pada tempat-tempat yang mubah serta mencabut rerumputan di muka bumi.
-          Namun, bukan bermakna boleh mengambil dari kawasan atau tanah hak milik orang lain.

Sangat tertarik menghayati makna hadith ini dimana tarbiyyah islamiyyah menggalakkan agar umatnya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berasa malas. Rasulullah s.a.w menyarankan agar kita bekerja walaupun hanya menjual kayu bakar dan rumput bukan meminta-minta daripada orang lain. Selagi tenaga ini mampu untuk bekerja, bekerjalah....Indahya Islam~~~

No comments:

Post a Comment