2152 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، قَالَ: حَدَّثَنِي سَعِيدٌ المَقْبُرِيُّ،
عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ سَمِعَهُ
يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا زَنَتِ
الأَمَةُ فَتَبَيَّنَ زِنَاهَا فَلْيَجْلِدْهَا وَلاَ يُثَرِّبْ، ثُمَّ إِنْ
زَنَتْ فَلْيَجْلِدْهَا، وَلاَ يُثَرِّبْ، ثُمَّ إِنْ زَنَتِ الثَّالِثَةَ،
فَلْيَبِعْهَا وَلَوْ بِحَبْلٍ مِنْ شَعَرٍ
Maksudnya : Dari Sa’id Al Maqburi, dari
bapanya dari Abu Hurairah r.a bahawasanya dia mendengarnya berkata, “ Nabi
s.a.w bersabda, ‘Apabila budak wanita melakukan zina dan perbuatan zinanya
dapat dibuktikan, maka hendaklah dicambuk dan tidak dicaci-maki. Kemudian
apabila dia melakukan zina kembali, maka hendaklah dicambuk dan tidak
dicaci-maki. Apabila dia berzina untuk ketiga kalinya, maka hendaklah dijual
walau seharga seutas tali yang terbuat dari rambut”.
Syarah Hadith
Dalam Fathul Baari, Maksud dari
bab ini adalah dibolehkan jual-beli jika kekurangannya dijelaskan.
Untuk menjual seorang budak yang
telah berzina, perlu dinyatakan sekali sebagai tanda kecacatan padanya. Dan
jika seorang telah terbeli seorang budak yang telah berzina tetapi tidak
dinyatakan perbuatan zina ( iaitu kecacatannya) makan ia boleh dipulangkan
kembali.
Menurut Ibnu Baththal, faedah
dibolehkan menjual budak yang telah melakukan zina adalah sebagai suatu
pengajaran atau hukuman padanya. Menjualnya adalah dengan harapan agar dia
dapat menjaga dirinya, sama ada dinikahi oleh pembeli atau lebih menjaga
kehormatan diri dengan asuhan majikan yang baru.
Takhrij hadith
Kitab Buyu’, Bab Menjual Budak
Penzina , No. 2152, Hadith Sahih