Tuesday, December 21, 2010

hari itu pasti akan tiba

21 Disember 2010,hari saya harus menjejakkan kaki ke UKM kembali bagi semesta 2, 2010.. Biasalah bila cuti selama sebulan lebih di rumah, berat rasanya nak berjauhan dengan keluarga. Rasa sedih sentiasa menghantui. Cuti semesta ni saya kerja sementara di pusat sumber di kampungku...walaupun gaji tak banyak tetapi seronok kerana pengalaman bekerja di sana dan dapat lihat gelagat kanak-kanak, remaja dan ibu bapa yang bermacam ragam. Yang bestnya, banyak benda yang saya korek berkaitan kampung saya. Dan InsyaAllah bila cuti lagi, saya akan sambung misi saya, dan berharap matlamat saya akan tercapai untuk mengubah kampung saya.

Mengenai kerja aku walaupun kerja menyusun buku nampak mudah tetapi ia amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Cara susunnya ikut nombor dan nama. memang rumit kerana jumlah buku terlalu banyak. Setelah disusun ia akan berterabur semula....huhuhuhu....kalau diikutkan nampak seperti tak berbalaoi aku susun, tapi aku seronok. Memang pelik kan. Aku seronok bila orang lain seronok melihat buku itu disusun dengan cantik, dan memudahkan mereka mengambil. Ia seperti suatu kepuasan.

Sekadar suatu perkongsian dalam kita muhasabah diri kita kembali. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar perkongsian rasa yang membawa kita merenung kembali siapa kita. Dalam pada cuti semesta ini, ujian dan dugaan tidak pernah cuti untuk singgah di dalam ruang kehidupanku. Ujian sakit yang sebenarnya menjadikan saya lebih kuat dan taat. Sakit adalah tanda kasih sayang Allah pada hambanya. Oleh itu aku bersyukur kerana aku sakit dan Allah masih sayang padaku. Siapa yang taknak dirinya dikasihi Allah?. Hampir 2 minggu badan ku sakit bukan sahaja zahir namun batin juga. Sakit yang hanya Allah sahaja yang tahu mengapa puncanya. Pada mulanya, sakit sikit2 sahaja tetapi akhirnya seluruh sendiku sakit, tekak, mata, kepala ku sakit, dan mukaku terasa panas. hatiku juga bagai dihiris seribu pisau....Ya Allahhh...hanya itu yang mampu kurintih, namun aku tetap gagah dan berusaha sedaya upaya menahan dan hanya mampu menyapu minyak urut di samping minum air yang telah di baca ayat al-Quran beserta tawakal. Esok hari badanku terasa sihat seperti semula, seperti orang yang tidak pernah sakit Bersyukur sangat...Memang pelik..memang aku rasa pelik, tetapi hati mula berbisik . itulah kita. kita hanya hambaNya. Dan diri kita ini adalah milikNya. Allah berhak keatasku. Lihat betapa lemah diriku bila Allah tarik balik nikmat sihat...itu sudah cukup membuat hidup kita rasa terseksa. Dan dalam sekelip mata , Allah jua yang memberi nikmat sihat semula. Begitu besar tanda kekuasaanMu...

Hanya berkongsi ye...semoga Allah mengampuni segala kesalahanku...

ok la..sambung lagi, sebenarnya aku balik hari ahad tapi aku balik semula ke rumah...Biasalah semua barang ku sumbat dalam stor...hehehe. Tapi ermm walau macam mana aku lewat balik ke ukm pun, hakikatnya aku harus pulang ke sana juga....dan hari itu pasti akan tiba....Aku harus bersemangat kerana menuntut ilmu ini juga adalah suatu jihad....Semoga Allah sentiasa melapangkan dadaku dan memudahkan urusanku..
Erm sampai sini dulu ye..

No comments:

Post a Comment