Sunday, August 8, 2010

Catatan "semalam"

Assalamualaikum sahabat yang amat di kasihi semua

Terlalu lama tidak mengupdate blog,kali ni dengan azam dan semangat yang membara saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu di dalam blog ini,oleh itu blog ini akan diberi nafas baru yang mungkin lebih kepada konsep menyebarkan ilmu dan menerima ilmu .hehehe.

Minggu ini terlalu penuh dengan aktiviti dan program yang semestinya sangat memberi manfaat dan terkesan di hati. Pada hari Jumaat 6-7 Ogos 2010 ,Kelab Jabatan Al-Quran ,UKM ada menganjurkan lawatan ilmiah iaitu dari UNISZA.Saya menjadi salah seorang ajk program tersebut.Pada malam hari ,diadakan forum yang bertajuk ilmuan Islam vs ilmuan Barat.Tajuk ini di kupas dengan baik.Terdetik di hati saya bahawa umat Islam hari ini sudah dilalaikan dengan pelbagai hiburan dan kebendaan.Sehingga satu keadaan para penuntut ilmu juga bukan belajar kerana Allah tetapi untuk mendapatkan pekerjaan. sedangkan rezeki,Allah yang tentukan. Sedih sungguh dengan keadaan umat Islam hari ini. Bidang ilmu yang dahulunya dipelopori oleh umat Islam sehinggalah terpahatnya nama Ibnu Sina,Ibnu Khaldun dan lain -lain lagi telah di ganti dengan ilmuan Barat.Di manakah umat Islam? mampukah diri ini menjadi penggerak agar Islam kembali di atas?Huhuhu...Namun saya bersyukur kerana Allah telah menyedarkan bahawa ilmu yang di cari dan di pelajari adalah untuk manfaat diri sendiri agar lebih dekat dengan Allah dan untuk masyarakat disekeliling agar dapat menyuluh mereka ke jalan yang benar.

Hari ini pula 8 Ogos 2010 ,adalah detik paling manis .huhuhu kenapa yer??? hari ini terpaksa bangun awal iaitu jam 4.15 pagi kerana jam 5.15 pagi akan bertolak ke masjid Sg.Besi bagi menghadiri Bicara Mufti.Saat yang sangat dinantikan walaupun terpaksa bangun awal.Hati mula berbisik," Boleh rupanya aku bangun awal", " tak patut aku boleh bangun untuk pergi satu program.Mengapa tidak aku bangun untuk bertemu Allah di dalam solatku pada hari-hari sebelum ini?" Alangkah indahnya jika setiap hari boleh bangun dan tunaikan solat sunat.Mungkin ini satu peringatan untuk hamba yang kerdil ini.Apa yang menariknya ???? saya amat suka mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mufti Perak.Ucapannya amat menusuk kalbu dengan ayat yang disusun cukup teratur bahkan keluar bagaikan air yang mengalir dari mulutnya.Topik yang dibicarakan adalah Ramadhan.Apa katanya?    Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran,bulan beramah mesra,bulan ditambahkan rezeki.Sesiapa yang melakukan perkara walaupun kecil akan dinilai seperti melakukan perkara fardhu,dan sesiapa yang melakukan amalan fardhu akan diganda 70.Setiap amalan akan dikira ibadat walaupun ketika itu kita ngantuk atau letih hatta menyebarkan salam dan berwajah manis dengan orang lain.itulah antara input2 semasa bicara mufti berlangsung.


Hari selase pula saya akan pergi ke Hilal Ramadhan iaitu untuk melihat anak bulan.Rasa teruja sangat.Ingin melihat tanda keagungan Allah dan menantikan kedatangan Ramadhan.Allahu Akbar.

Siti Elfika Binti Md Yasri

No comments:

Post a Comment