Wednesday, January 11, 2012

Bercerita Tentang Filem

Assalamualaikum,

Post saya adalah suara hati saya dan pandangan fikiran saya. Kali ini saya hendak bercerita tentang filem.

Mahu tidak mahu kita semua berada di arus teknologi serba moden. Kalau ditelusuri sejarah, memang indah  apabila hidup di zaman - zaman dahulu. Mengapa saya katakan begini, kerana jarum- jarum barat belum banyak yang masuk, dan menusuk dalam kehidupan kita. Namun kini, semakin lama semakin banyak yang tertusuk dengan jarum- jarum beracun mereka. Ohh!!! sungguh andai ku punya kuasa akan ku cabut jarum beracun tersebut yang melukakan hati - hati  dan meracuni anggota kita,  terutama umat Islam, andai ku punya kekuatan akan ku hapuskan jarum tersebut hingga hancur menjadi zarah. 

Jarum ini semakin menghujani arena televisyen, setiap kali pulang ke rumah, buka sahaja rancangan di televisyen, tidak ada yang menyajikan rancangan- rancangan berunsur nasihat yang baik, akhlak yang terpuji, dan yang memberi kesan di hati sehingga mampu membuat kita insaf dan bermuhasabah diri. Kebanyakkan rancangan melayu, pasti ada adegan2x panas, pakaian menjolok mata, dan kadang - kala mesej cerita pun tidak ada, hanya hiburan semata- mata. Sunnguh jika majoriti rakyat Malaysia suka menonton Televisyen,  tidak kiralah kanak- kanak, remaja atau warga emas, hancurlah akhlak umat Islam kerana hati kita penuh kelalaian dengan sajian rancangan begini. Bagaimana hendak melahirkan jiwa Rabbani? Keluarga Rabbani? dan ummah Rabbani? Ya Rabb, sunnguh ku sedih melihat warna kehidupan umat Islam kini...

Lambakkan filem/drama seram




Ini adalah antara filem seram yang terdapat di Malaysia, dan banyak lagi, orang kata filem - filem berunsur seram ini keluar bagai goreng pisang panas atau cendawan yang tumbuh selepas hujan. Saya tonton filem ini untuk melihat sendiri apakah kebaikannya filem - filem begini, dan apa mesej yang ingin disampaikan. Hancur harapan saya, mesejnya ada yang samar- samar, malah boleh saya katakan tidak ada mesej yang membentuk ummah lebih berkualiti. Tambahan jika filem ini, di tonton oleh kanak- kanak yang minda mereka masih dalam proses belajar, sunnguh ia hanya menambahkan ketakutan kepada makhluk yang bernama "hantu" ini, sedangkan jika kita takut, kita akan jadi syirik. Hal ini bermaksud kita mendidik mereka kepada syirikkan Allah..

Lambakan filem/drama kehidupan remaja 


Ini pula antara filem contoh filem yang mengisahkan dunia warga kota, warga Malaysia...masalah - masalah gangster, kongsi gelap, lumba haram, dan gejala sosial yang lain memang tidak pernah padam. Tetapi semakin bertambah - tambah. Dulu saya ada mendengar mereka katakan bahawa tujuan filem sebegini adalah untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya perkara tersebut, namun mengapa masalah begini semakin berlarutan. Saya lihat respon penonton yang saya kaji berdasarkan pemerhatian terhadap keluarga terdekat, bukan tujuan mereka untuk melihat pengajaran yang tersirat tetapi kebanyakkan mereka melihat kepada aksi - aksi tersebut. Seolah - olah memaparkan cara - cara untuk menjadi gangster, ahli kongsi gelap dan lumba haram...mungkin akan ada yang mengatakan pandangan-pandangan begini tidak wajar dan setiap orang ada pandangan sendiri dan harus melihat positif sesuatu filem, namun bagi saya setiap pandangan itu perlu diambil berat lebih - lebih lagi jika pandangan negatif kerana pandangan yang dianggap kecil mungkin mendatangkan bahaya yang lebih besar seperti api. Oleh sebab itu rasionalnya untuk mengkaji terlebih dahulu sejauhmana kesan filem filem sebegini.

Tulisan ini sekadar cetusan rasa dan luahan hati kerana saya sayangkan negara dan agama saya. Sekian..


No comments:

Post a Comment