Tuesday, May 24, 2011

Praktikal LAI- episod 2

Assalamualaikum semua

Maaf lambat update perkembangan praktikal disebabkan banyak masalah.

Ermm...Saya yakin setiap tempat praktikal kami ada keistimewaan yang tersendiri. Bagi saya dan sahabat saya Yasmin, mungkin rumah anak-anak yatim darul izzah adalah yang terbaik untuk kami. Hari pertama melaporkan diri, perasaan berkecamuk, huh apakahlah agaknya tugasan yang bakal kami hadapi.

Jam menunjukkan jam 1030 pagi, kami meronda-ronda kawasan persekitaran sambil menunggu ketibaan setiausaha tempat tersebut. Selepas berjumpa dengannya, kami diberi sedikit taklimat mengenai tugasan yang perlu kami lakukan. Selepas itu, kami berkenalan dengan kakitangan di sana dan anak-anak yatim. Pada mulanya suasana agak kekok...hehehe

Kami dikehendaki mengajar anak-anak yatim disini dan subjek yang diajar terpulang kepada kami. Oleh itu, kami pun sibuk menyusun jadual dan memilih subjek yang sesuai di ajar. Anak-anak yatim di sini dalam  lingkungan umur 8 tahun sehingga 17 tahun dan kesemuanya adalah lelaki termasuklah kakitangannya. Maksudnya hanya kami berdua sahaja yang berlainan jantina. Semua berjumlah 33 orang, 30 anak yatim dan 3 orang kakitangan.

Sebelum memulakan kelas, selama seminggu kami mengadakan beberapa aktiviti dengan tujuan mengenali mereka dengan lebih dekat watak dan perwatakannya, mengetahui kelemahan mereka dan mengambil hati mereka supaya ukhwah kami lebih dekat dan erat. Setelah itu barulah kami memulakan kelas. Dan kami sepakat untuk mengadakan kelas akhlak, feqah, bahasa arab, pengajian al-quran dan alsunnah , sunnah Rasulullah s.a.w. di samping membantu mereka yang lemah membaca dan bantu mengenai sesuatu pelajaran yang mereka kurang faham.

Anak- anak yatim di sini mulanya agak susah nak dikawal namun setelah masuk hampir tiga minggu ini, mereka semua memberi kerjasama yang baik. Saya seronok sangat mengajar mereka sebab mereka ni hyperaktif dalam kelas, suka bertanya dan banyak ragamnya.




Selain mengadakan kelas untuk mereka. Kami juga membantu segala urusan - urusan pentadbiran. Sebenarnya, pada mulanya hati saya begitu risau, bagaimanalah ujian kami nanti, menghadapi mereka yang sungguh nakal belaka ini. "Ya Allah, Engkau lebih mengetahui segala yang tersembungi, dan aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini, berikanlah kami kekuatan dan petunjuk untuk menghadapi semua ini' hati saya berbicara. Dan alhamdullilah setakat ini segala berjalan lancar. Benarlah doa itu adalah senjata orang mukmin. Dan ada satu lagi perkara yang membuat saya kuat dan lebih bersemangat iaitu, apabila saya melihat mereka yang lelaki kesemuanya, bakal pemimpin , timbul rasa tanggungjawab untuk mendidik mereka supaya mendapat didikan agama yang sebaiknya. Namun manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Melihat mereka ini, membuat saya kagum dengan mereka kerana kuat menempuh hidup yang penuh liku dengan usia yang masih mentah lagi. Banyak yang saya belajar dari mereka. Semakin hari hati saya semakin sayang pada anak- anak yatim di sini dan bila hari sabtu dan ahad , pasti saya teringat mereka...heheheh.





Inilah beberapa aktiviti yang kami lakukan....Rasanya setakat ini dahulu perkembangan praktikal saya. Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya hehehe....sekian...

1 comment:

  1. Salam..Elfika..aritu ana ada program PRS kebangsaan kt UTM,JB..ana gi wat prog kt darul ukhwah umh2 org mualaf..after coming back to Nilai,I wish to contribute somethg in this place..hu3..since El dah LI sana..insya ALLAH ada masa kita nk try turun tuk jenguk El n tmpt ni..hu3..Good luck n all the best la..

    ReplyDelete