Wednesday, February 20, 2013

Mujahadah.....

Mujahadah mendidik diri,
Agar menjadi hamba rabbani,
Mencari syurga tempat abadi,
Mengharap bertemu cinta HAKIKI.

Cinta HAKIKI milik Ilahi,
Perlu dijaga sepenuh hati,
Walau sukar tiada terperi,
Pasti ada balasannya nanti.

Dunia jambatan paling utama,
Hiasi ia dengan pahala,
Nikmat syurga telah tersedia,
Menanti tetamu y teristimewa.

Siapa tetamu y istimewa,
Sungguh bertuah emunya diri,
Tiada mengharap selain dariNya,
Pasti dia mukmin sejati.

Mukmin sejati sukar dicari,
Apatah lagi di zaman ini,
Utamakan Allah hiasan peribadi,
Dalam hidupnya sehari - hari.

Kita hidup hanya sekali,
Guna peluang y diberi olehNya,
Ayuh bangun kejutkan hati,
Agar terjaga dari kelalaian dunia.

Entah esok atau pun lusa,
Ajal menjemput tanpa di duga,
Bersediakah dengan amalan kita,
Hendak dihisab penentu syurga.

Jika syurga ditempatkan kita,
Hati tenang penuh bahagia,
Tetapi jika disebaliknya,
Hati resah menghadap neraka.

Bukan tujuan menunjuk diri,
Mengata diri telah sempurna,
Kalam ditulis pengganti diri,
Mengungkap madah hayati bersama.

Hak cipta terpelihara : Ummu Nusaibah Sdn Bhd.
20 Febuari 2013. 8.00 Pagi. SJKC Chung Hua Batu 10, Sarawak

Muslimah yang CANTIK itu ......


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,
Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,
Unik tingkah lakunya,
Tahu kedudukannya,
Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'
Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,
Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,
Takut pada TuhanNya,
Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya
Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,
Menjadi penggengam bara api,
Kelak dirimu sangat dinanti,
Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.

FRIENDSHIP COMES N GOES BUT THE MEMORIES STILL 4EVER


Takdir Allah,menemukan insan-insan bertuah,
Dari pelbagai negeri, bangsa dan fikrah,
Bertemunya membawa suatu jalinan ukhwah,
Berpisahnya membawa kenangan yang indah.

Walau selepas ini,
Entah bila akan bersua,
Entah bila akan makan bersama,
Entah bila lagi bergurau senda,
Entahla bila agaknya,
Dapat berkumpul dengan semua,
Tetapi yang penting,Moga kita akan bertemu di syurga,
Tempat abadi dan paling istimewa,
Kerana ukhwah yang ikhlas mengharap redhaNya.

      "Syukur sungguh di hati ini
       Dikurniakan teman sejati 
      Menunjuk jalan dekati-Nya 
       Tika diri dalam kebuntuan 
       Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri 
       Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi 
       Tiada yang menjadi impian Selain
       rahmat kasih-Mu Tuhan 
       Yang terbias pada ketulusan 
       Sekeping hati seorang insan
       Bernama teman"

Dari itu,Ampun maaf yang sangat dipinta,
Dari semua kesilapan dan keterlanjuran kata,
Hakikat manusia tiada yang sempurna.

( Untuk Sahabat-sahabat di UKM Semua)