Sunday, July 14, 2013

Madrasah Ramadhan 2

 Assalamualaikum,

Baiklah kita sambung sedikit berkaitan bulan Ramadhan....


Cuba lihat gambar ini, inilah antara amalan-amalan yang disarankan kepada kita untuk menambah pahala.
Dalam bulan Ramadhan, kita tetap melakukan kerja yang sama setiap hari cuma bezanya, kita selalu bertadarus, terawih 8rakaat, qiamulaill lagi...... pernah tak tanya diri, kenapa aku boleh buat? dalam bualan lain aku tidak boleh buat?

Tidak mengapalah, yang penting usaha untuk terus istiqamah, jangan putus asa sama ada dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain. 

Bulan Ramadhan ini bukan sahaja amalan kita akan digandakan tetapi, bulan inilah Allah ingin umat Islam bina kekuatan. Betul ke tidak?

Kuatkan diri dengan amalan-amalan di atas, amalan yang mendekatkan lagi manusia dengan penciptanya. Pada zaman Rasulullah SAW, terbukti bahawa umat Islam lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah. Seperti dalam peperangan Badar. MasyaAllah, siang mereka bagaikan singa yang mengganas tetapi malam mereka bagaikan abid yang sangat patuh pada TuhanNya. Bayangkan sahabat2x, siang mereka berperang dipadang pasir tu, malam mereka penuhkan dengan beribadah dan ketika peperangan itulah datangnya bantuan Allah, tenteta Islam yang hanya berjumlah 313 orang boleh menang lawan dengan tentera kuffar berjumlah 1000 orang. Suatu keajaiban dan kekuatan yang luar biasa.

Mereka kuat kerana kuat rohani mereka, dekat mereka dengan Allah. Sebab itu saya terkesima, apabila mendengar penjelasan dari ustaz tersebut. ( post : madrasah ramadhan 1 ) Allah telah tunjukkan jalan pada hambaNya cara untuk mendekatkan diri pada DIA, jalan untuk menguatkan hati dan jiwa. Bulan Ramadhan inilah tawaran paling baik kita ambil dan gunakan untuk mentarbiyyah hati dan jiwa agar 'ittaqullah' lebih dari segalanya.

Ada satu amalan dalam bulan Ramadhan yang sering disebut2x iaitu qiamullail..... Ada apa dengan qiamullail? ikuti sambungan dalam Madrasah Ramadhan 3.....sekian


Madrasah Ramadhan 1


Assalamualaikum..

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat Islam.
Sama - sama kita mencari redha Allah dalam bulan yang penuh barakah ini.

Minggu ini, sahabat saya meminta untuk iftar di area matang. Pada malam itu, tazkirah ramadhan yang disampaikan pada mulanya biasa sahaja tetapi ditengah - tengahnya, ustaz tersebut ada menerangkan sedikit berkaitan dengan isu syaitan diikat pada bulan ramadhan sebab itu manusia boleh melakukan kebaikan. Isu ini sering diutarakan semasa bulam ramadhan.

Penjelasan yang saya rasa sangat unik dan agak terkesima dari ustaz tersebut di mana beliau mengatakan sebab manusia mudah untuk melakukan kebaikan adalah disebabkan, pertamanya persekitaran. Dalam bulan Ramadhan kita mempunyai persekitaran yang baik, umat Islam sangat menghormati bulan Ramadhan. Keduanya adalah kerana kita melakukan amalan kelemahan syaitan. Kita sanggup bangun malam untuk bersahur, kita sanggup ke masjid untuk solat berjemaah, kita sanggup sujud berkali2x dihadapan Allah dengan melakukan solat terawih, kita sanggup mengkhatamkan al-Quran selama sebulan, kita sanggup mengekang hawa nafsu kita. Semua ini sebenarnya adalah amalan2 yang melemahkan syaitan. Pagi-pagi lagi kita bangun melemahkan syaitan iaitu dengan bersahur. Mana tidaknya, makan sahur itu sahaja kita sudah berdoa dengan doa makan, dan dalam doa makan itu adanya kita meminta supaya dijauhkan dari azab api neraka.

*********************************************************************************

Saya terkesima sebentar mendengar penerangan dari beliau, sebenarnya sedar atau tidak dalam bulan ramadhan ini kita telah melakukan perkara yang membolehkan syaitan jadi lemah sejak dari awal pagi lagi hingga kita tidur. Mengapa dalam bulan lain kita tidak teruskan sahaja amalan dalam bulan puasa ini??? mengapa kita hanya melakukannya dalam bulan ramadhan sahaja??? 

Alangkah hebatnya umat Islam jika semua boleh terus melakukan amalan dalam bulan puasa ke bulan2x yang lain kerana telah terbukti bahawa kita mampu melakukannya, jadi mengapa harus berhenti??? Persoalan ini membuat saya terkesima sebentar.

Ikuti sambungan dalam madrasah ramadhan 2....sekian.



Sunday, June 9, 2013

~ Titik Hitam~


Hari ini, kami pelajar IPGKTAR telah mendapat cuti kerana baru sahaja tamat peperiksaan Semesta 1. Kuliah kali ini kami agak santai, menarik dan seronok. Masih ingat seorang pensyarah saya menerangkan salah satu tajuk dalam modul kami, dia menunjukkan sehelai kertas putih. Terdetik ketika itu, subhanaallah putihnya, cantiknya kertas ni. Walaupun pensyarah menerangkan kertas itu sebagai contoh bahan bantu mengajar tetapi terbayang pula kertas itu ibarat hati kita.  





Kemudian pensyarah, menunjukkan sehelai kertas yang ada titik hitam sebagai bahan bantu mengajar.


Ya Allah, terasa buruk dan kotornya kertas tersebut walaupun hanya terdapat satu titik hitam. Terfikir sejenak, bagaimanalah hati kita agaknya. Hidup didunia ini sudah 24tahun. Teringat sepotong hadith dari Nabi SAW :


Daripada Abi Hurairah r.a ; Bersabda Rasulullah S.A.W " Sesungguhnya seseorang hamba apabila dia melakukan sesuatu kesalahan (dosa) maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam; maka apabila dia menarik diri (dari melakukan dosa) dan terus beristiqfar dan bertaubat (kepada Allah) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila dia kembali melakukan dosa itu maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampailah titik hitam itu memenuhi segala permukaan hatinya ". Hadis Riwayat Tirmizi


Jika satu dosa yang kita lakukan akan menjadi satu titik hitam dalam hati, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang selalu alpa dengan dunia ini, mungkin tidak perasan berapa banyak titik hitam yang telah bertapak dihati kita. Buruknya, kotornya rupa hati kita. 

~ Muhasabah Diri ~






Wednesday, February 20, 2013

Mujahadah.....

Mujahadah mendidik diri,
Agar menjadi hamba rabbani,
Mencari syurga tempat abadi,
Mengharap bertemu cinta HAKIKI.

Cinta HAKIKI milik Ilahi,
Perlu dijaga sepenuh hati,
Walau sukar tiada terperi,
Pasti ada balasannya nanti.

Dunia jambatan paling utama,
Hiasi ia dengan pahala,
Nikmat syurga telah tersedia,
Menanti tetamu y teristimewa.

Siapa tetamu y istimewa,
Sungguh bertuah emunya diri,
Tiada mengharap selain dariNya,
Pasti dia mukmin sejati.

Mukmin sejati sukar dicari,
Apatah lagi di zaman ini,
Utamakan Allah hiasan peribadi,
Dalam hidupnya sehari - hari.

Kita hidup hanya sekali,
Guna peluang y diberi olehNya,
Ayuh bangun kejutkan hati,
Agar terjaga dari kelalaian dunia.

Entah esok atau pun lusa,
Ajal menjemput tanpa di duga,
Bersediakah dengan amalan kita,
Hendak dihisab penentu syurga.

Jika syurga ditempatkan kita,
Hati tenang penuh bahagia,
Tetapi jika disebaliknya,
Hati resah menghadap neraka.

Bukan tujuan menunjuk diri,
Mengata diri telah sempurna,
Kalam ditulis pengganti diri,
Mengungkap madah hayati bersama.

Hak cipta terpelihara : Ummu Nusaibah Sdn Bhd.
20 Febuari 2013. 8.00 Pagi. SJKC Chung Hua Batu 10, Sarawak

Muslimah yang CANTIK itu ......


Muslimah yang CANTIK itu,

perlu mantap iman dan ilmunya,
perlu cantik amalan dan akhlaknya,
Seiring dengan apa yang diketahuinya.



Muslimah yang CANTIK itu,

perhiasan bagi duniawi,
Unik tingkah lakunya,
Tahu kedudukannya,
Sebagai anak dan juga 'talibul ilm'
Lantas menjadi penyantun dan menyangjungi ibu bapanya,
Menjadi akur menghormati gurunya.



Muslimah yang CANTIK itu,

Sangat menjaga hatinya,
Takut pada TuhanNya,
Dan meletakkan Allah sebagai Asas segalanya
Terutama masalah cinta hatinya..



Inilah muslimah yang CANTIK,

Muslimah Asing di negeri ini,
Menjadi penggengam bara api,
Kelak dirimu sangat dinanti,
Menjadi penghibur terCANTIK di syurga hakiki.

FRIENDSHIP COMES N GOES BUT THE MEMORIES STILL 4EVER


Takdir Allah,menemukan insan-insan bertuah,
Dari pelbagai negeri, bangsa dan fikrah,
Bertemunya membawa suatu jalinan ukhwah,
Berpisahnya membawa kenangan yang indah.

Walau selepas ini,
Entah bila akan bersua,
Entah bila akan makan bersama,
Entah bila lagi bergurau senda,
Entahla bila agaknya,
Dapat berkumpul dengan semua,
Tetapi yang penting,Moga kita akan bertemu di syurga,
Tempat abadi dan paling istimewa,
Kerana ukhwah yang ikhlas mengharap redhaNya.

      "Syukur sungguh di hati ini
       Dikurniakan teman sejati 
      Menunjuk jalan dekati-Nya 
       Tika diri dalam kebuntuan 
       Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri 
       Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi 
       Tiada yang menjadi impian Selain
       rahmat kasih-Mu Tuhan 
       Yang terbias pada ketulusan 
       Sekeping hati seorang insan
       Bernama teman"

Dari itu,Ampun maaf yang sangat dipinta,
Dari semua kesilapan dan keterlanjuran kata,
Hakikat manusia tiada yang sempurna.

( Untuk Sahabat-sahabat di UKM Semua)