Sunday, February 5, 2012

Percutian di UKM semasa cuti semesta kali ini


Assalamualaikum...pembaca sekalian,

Saya ingin kongsikan perjalanan percutian saya sepanjang cuti semesta kali ini. ~Percutian di UKM~

Pagi itu, mulalah bersiap untuk pulang ke UKM bagi menyempurnakan proposal yang telah terbengkalai, semua barang telah dicek agar tidak ada yang tertinggal, tiba-tiba terasa ingin melihat dompet duitku, rasa nak cek la ada atau tidak kad matrik. Terkejut, kad matrik hilang, habis satu rumah aku selongkar, akhirnya terpaksalah berputus asa. Jiwa jadi kacau semasa dalam kereta.

Sampai sahaja UKM, pejabat pula tutup. Buka semula jam 2.45 petang. Harap-harap sempat untuk ke ptsl mencari bahan kerana sabtu, ahad ptsl tutup. Hari Isnin proposal perlu diserahkan pada penyelia. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya.

Tepat 2.45 petang berjalan ke kaunter pejabat, aku pun tanya pada kerani sama ada boleh atau tidak menginap selama 2 or 3 hari. Dia kata tidak tahu, minta aku berjumpa puan ' terlupa nama'nya sekejap lagi dia sampai. Aku duduk di foyer sambil melihat jam di tangan ditemani bunyi guruh yang semakin kuat. Oh..resah, jiwa semakin kacau dengan mood kad matrik yang hilang.

Jam 3.00 petang, barulah muncul puan tersebut, penat menerangkan, akhirnya jawapan yang mengecewekan. Kalau nak duduk 2 or 3 hari juga boleh dengan syarat duduk di rumah tetamu, sehari rm60. Aduh, aku sudah tidak ada duit, terpasalah telefon kawan untuk tumpang biliknya di kiy.

Kawan aku pula balik rumah hari ini, jadi aku tumpang bilik dia beberapa hari, nun jauh di atas bukit yang tinggi, mendaki bukit bersama barang-barang yang berat. Blok itu pula aku seorang sahaja. Aduh, macam-macam perasaan, sudahlah kawasannya gelap dan berhutan pula...Sabar-sabar...

Tiba-tiba, sedang membuat kerja, handset mati, terus mencapai charger. Tekan la suis. Allahu akbar rosak pula, bagaimana hendak pulang dan berjumpa dengan penyelia ini. Macam-macam cara aku lakukan agar berfungsi sambil mencari alternatif lain untuk menyambung kembali perhubungan namun, harapan kecewa lagi. Terasa seolah-olah hidup sendirian, berseorang di blok ditambah terputus hubungan dengan matinya hanset.

Aku mengambil keputusan untuk berpuasa sepanjang disini. Hari sabtu dan ahad cafe kiy pula tutup jadi terpaksa gagahkan kaki untuk mencari makanan berbuka puasa di kuo. Alhamdulillah cafe buka. Esok harinya meneruskan lagi menyiapkan proposalku, petang ahad itu, aku turun ke kuo semula untuk ke cafe, niat ingin membeli makanan berbuka puasa dan memprint proposal. Ohh...sabar sahajalah kedua-duanya tutup pula. Alhamdulillah kedai runcit kuo buka, maka aku belilah secawan maggie, disebabkan lapar aku beli maggie cup dan sebungkus maggie slurpp, tanpa berfikir panjang aku beli...

Kemudian berjalan mendaki bukit dengan perasaan yang risau, bagaimana aku ingin menghantar  proposal hari esok? timbul pula rasa risau maggie yang aku beli, biasanya aku cek menggunakan hanset tetapi kali ini hanset mati jadi aku tawakkal sahajalah. Sampai sahaja dibilik, terus buka internet search bahagian kod makanan. Alhamdulillah maggie cup ni selamat dimakan tetapi maggie slurpp ni shubhah untuk dimakan. Terus ku lempar ke plastik sampah. Nmapaknya aku berbuka puasa dengan maggie sahajalah...

Aku ingat kembali bahawa ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Mungkin ujian ini untuk menguatkan hatiku lagi..

Sekian, dulu...