Sebuah cerita berkisarkan Rasulullah s.a.w....
Assalamualaikum pembuka bicara, semoga madah mendapat rahmatnya , buat diriku dan anda semua..
Saya suka berkongsi dan sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua sesuatu yang menyentuh hati saya . Bukan apa , diharap apa yang saya rasa, anda semua juga turut merasakannya.
Ia mengenai sebuah rancangan di televisyen siaran tv alhijrah, " Law Kana Baynana " yang bermaksud sekiranya Rasulullah bersama kita. Ia rancangan arab tetapi mempunyai senikata Melayu, oleh itu kita lebih mudah untuk memahaminya. " Law Kana Baynana " adalah sebuah rancangan realiti tv. Jika di Malaysia , kita mempunyai pelbagai rancangan realiti seperti akademik al-Quran, Imam Muda dan terdapat juga rancangan realiti berbentuk hiburan seperti akademik fantasia, Mentor, Idola Kecil dan lain-lain lagi. Kesemua rancangan ini adalah bermisikan mencari bakat baru dalam bidang masing- masing.
Namun, " Law Kana Baynana " realitinya mencari serta menerjah kehidupan masyarakatnya , sejauh mana mereka mengaplikasikan Sunnah dalam kehidupan. Bagi saya ia sangat menarik kerana mampu mengingatkan kita semula kepada contoh tauladan paling unggul iaitu Rasulullah s.a.w.
Beberapa episod yang sangat menarik dan penuh dengan teguran dan peringatan. " Law Kana Baynana " ini dikendalikan oleh seorang jurucakap atau wartawan yang akan berjalan mencari serta mendekati masyarakat. Salah satu episodnya adalah apabila mereka ditugaskan untuk memantau pengguna jalan raya untuk memastikan siapa yang selalu membuang sampah di jalan. Dan apabila pesalah tersebut telah dijumpai berdasarkan kamera cctv, mereka akan mendekatinya dan membacakan beberapa potong hadith yang berkaitan, dan ketika itu juga pemandu tersebut merasa amat bersalah dan takut apabila dibacakan hadith. Bukan itu sahaja, pemandu itu tuurt diberi sedikit cenderahati iaitu sebuah buku berkaitan diri dan peribadi Rasulullah s.a.w dan diperingatkan agar tidak mengulangi kesalahan. Berdasarkan episod ini, Ia mengajar dan mengingatkan kita bahawa Rasulullah suka kepada kebersihan kerana " Kebersihan itu sebahagian daripada Iman "
Begitulah serba sedikit mengenai rancangan ini. Ia disiarkan setiap hari ahad jam 9.00 malam.
Terdapat dua perkara yang saya kagumi dalam rancangan ini. Dan mungkin setelah kamu lihat sendiri, pendapat dan pendirian kita berbeza. Saya kagum dengan mereka yang mampu memikirkan sebuah rancangan berkaitan Rasulullah s.a.w secara santai dan menarik. Mungkin ia kelihatan simple/ mudah/ ringkas tetapi sebenarnya inilah yang semakin dilupai oleh generasi kini. Mesej mereka adalah padat dan terus kepada diri Rasulullah s.a.w , menarik dan ucapan- ucapan mereka sangat menyentuh hati. Tetapi cerita dan rancangan - rancangan di Malaysia kebanyakkannya, mungkin ada matlamat untuk mengembalikan dan menyuntik roh Islam dalam diri masyarakat tetapi ia nampak kabur dan kurang menarik.
Satu lagi perkara yang saya kagum adalah persekitaran kehidupan mereka. Bagi saya , jiwa mereka sangat sensitif dengan Rasulullah s.a.w. Apabila disebut nama Baginda, terus mereka menyahut dengan suara yang kuat tanpa selindung2x dan apabila dibacakan hadith, air muka mereka juga turut berubah. Amat berlainan keadaan di Malaysia. .....
" Law Kana Baynana" ....
Ayuhlah umat Islam semua, kita adalah umat Baginda....Umat yang disebut-sebut Baginda ketika menghadapi saat kematian..Baginda yang telah bertarung nyawa hingga hari akhirnya, masih jua mengingati kita...Jadi mengapa kita begitu mudah melupakan Baginda, tidak mengamalkan apa yang disuruhnya...kadang - kala kita kata kita cinta kepada Baginda , tetapi tidak pernah mengamalkan sunnahnya...Jika bukan Umat Islam yang menyambung rantai perjuangannya termasuklah sunnahnya, siapa lagi??????