Wednesday, July 13, 2011

LAI – Episod 3 ( last )

assalamualaikum 

Errmm….jika dahulu saya dah menceritakan bagaimana pengalaman pertama saya dan rakan saya Yasmin mengenai tugasan dan perasaan kami menjalankan praktikal di Rumah anak Yatim Darul Izzah. Tarikh 8 Julai 2011 adalah hari terakhir kami bersama anak yatim. Kalau nak ikutkan hati, saya nak terus berkhidmat di sana kerana saya sangat sayangkan mereka  seperti adik sendiri.

Hari terakhir, kami tidak mengadakan kelas seperti biasa. Kami menghabiskan masa dengan beramah mesra, bersembang, memberi ucapan dan nasihat yang terakhir untuk adik – adik yang di sayangi, melihat kerenah mereka yang nakal2 manja. Dan untuk hari terakhir, sebagai tanda ingatan dan sayang selamanya, kami ada memberi sedikit cenderahati dan sesi bergambar bersama mereka.

Perasaan sedih yang tidak dapat digambarkan di hati kami apabila melangkahkan kaki keluar diiringi oleh anak – anak yatim di sana. Teringat segala kenangan sewaktu mendidik mereka di sini yang memang agak tercabar juga mental dan fizikal saya untuk memberi yang terbaik. Lain rasanya apabila berada dengan mereka. Perasaan yang sukar untuk dijelaskan, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya dah jumpa dengan banyak ragam kanak2 ni kerana pernah mengajar selama 4 bulan dan menjadi fasilitator program motivasi. Tetapi aura mereka tidak sama dengan pelajar2 di rumah anak yatim ini sebab itu saya katakana yang mereka ini istimewa.

Hari terus berlalu…Alhamdulillah berjaya menjalankan praktikal dengan jayanya dan hanya tinggal menyiapkan laporan untuk dihantar sahaja. Sepanjang tempoh LAI, ia merupakan suatu kenangan yang paling manis dalam hidup saya dan anugerah Allah yang sangat tidak ternilai. Saya dan Yasmin sangat rindukan anak- anak yatim Darul Izzah, hampir setiap masa teringat pada mereka.
Teringat kata – kata mereka , selang beberapa hari selepas kami tamat di sana. Mereka telefon dan bertanya “ kak bila nak datang? Kitaorang rindu la, kak kitaorang sayang akak tau.” Aduh…pilu hati saya…
Ya Allah Engkau yang mempertemukan dan memisahkan kami, Engkau lebih tahu hikmat di sebalik kejadian ini. Semoga ukhwah dan ikatan kami terikat bersimpul mati. Semoga kami dapat berjumpa lagi di dunia dan yang pasti di akhirat nanti. Jadikan kami hamba yang selalu mengingatiMu, berukhwah keranaMu.

Inilah antara cerita dan pengalaman yang kami lalui sepanjang tempoh praktikal. Bagi saya sangat wajar, pihak UKM menganjurkan program praktikal di sana. Terlalu banyak pengalaman disamping dapat mengetahui serba sedikit mengenai organisasi dan sistem badan NGO seperti rumah anak yatim ini.