Thursday, June 2, 2011

PeringatanNya tanda kasih sayangNya...

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk menulis sesuatu di blog ini ... Tulisan ini sekadar perkongsian dan teguran kerana kita sebagai manusia yang alpa sebenarnya amat memerlukan peringatan2 yang dapat membangunkan hati agar bertambah dekat denganNya..

Fitrah manusia kadang- kala leka dengan urusan-urusan dunia dan sebagai hamba yang biasa kita mempunyai sekeping hati yang amat sukar untuk dijaga.  Hati inilah tempat letaknya iman. Iman yang menjadi bukti tanda kehambaan dan ketaatan seorang hamba. Dan iman ini ada masanya bertambah dan ada masanya berkurang.
Mengapa agaknya? Bukan mudah untuk mendapat syurgaNya yang menjadi tempat tinggal sang hamba yang punya iman yang kental dan mantap. Ia memerlukan pengorbanan.

Sedar tidak sedar sebenarnya, Allah sendiri yang memberi jalan agar setiap hambaNya dapat memasuki syurga kerana DIA amat pengasih. Jalannya adalah dengan ujian. Ujian yang sering bertandang dalam kehidupan manusia. Dengan ujian inilah , manusia mampu memasuki syurgaNya dan menguji sejauh mana rasa cinta dan taat pada yang Esa. Sahabat- sahabat, ujian ini pula pelbagai bentuk. Ada yang mudah , ada yang sukar, ada yang berkaitan jiwa, nafsu, harta, keluarga dan sebagainya. Semua ini bergantung pada tahap keimanan seseorang.

Dalam tidak sedar Allah memberi peringatan di kala seorang hamba dalam kelalaian , cuma kita sedar atau tidak sahaja. Beberapa hari yang lalu, saya mengikuti program OPKIM di selangor. Banyak dugaan untuk tiba di tempat tersebut. Kepenatan dunia kadang kala menjadikan kita lupa untuk mengabdikan diri padaNya. Namun DIA tetap datang menghampiri hamba yang hina ini memberi sedikit teguran.

Sesampainya saya dirumah keluarga angkat, malam itu saya berseorang kerana teman saya belum sampai. Kerana memuliakan tetamu nenek angkat saya menemankan saya tidur pada malam itu. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Badan saya sangat penat kerana seharian bekerja dan belum rehat lagi, saya tidak mampu untuk bangun solat tahajjud. Tapi dalam samar2 tidur saya melihat nenek angkat bangun dan menunaikan solat  malam di samping berzikir sehingga subuh. Hati saya tersentuh, malu dengan diri sendiri yang masih muda dan gagah tetapi tidak bangun untuk menemuiNya. Allah telah memberi nikmat muda agar lebih banyak dan mampu untuk beribadah...mengapalah disia-siakan?????

Esoknya pula, datang tetamu kakak angkat saya bersama dua orang anak remajanya untuk tasmik bacaan al-Quran..lantas sebelum bermula mereka menuju ke bilik solat, mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dhuha..Ya, dalam usia yang masih muda , pada pandangan saya , mereka pelajar sekolah menengah dan rendah. Sungguh hati saya bergetar. Mereka yang Allah kurniakan nikmat muda, menghabiskannya dengan beribadah pada Allah...malu , sangat malu kerana saya juga remaja , kenapa tidak mampu untuk melazimi solat-solat sunat ini. Mereka ini lebih muda dari saya....perkara ini mengingatkan saya bahawa usia saya dah meningkat namun bagaimana dengan amalan saya....

Dan akhir sekali, malam esoknya, seorang kakak yang muda setahun dari saya, dengan hati yang penuh sabar, bangun menunaikan solat malam...penuh pengharapan...

Tiga keadaan ini amat menyentuh hati saya kerana sepatutnya saya bersyukur nikmat lapang, muda dan sihat yang Allah beri serta menggunakan nikmat ini dengan membanyakkan beribadah dan amalan2 sunat. Inilah dia bukti kasih sayang Allah pada hambaNya. Peringatan Allah mungkin dalam keadaan kita tidak sedar. Namun saya yakin, setiap perkara adalah peringatan Allah walau sebesar biji zarah, cuma kita hambanya perlu memikirkan setiap kejadian kerana setiap kejadian itu ada hikmatNya. Bukti kasih sayang Allah. Maaflah tidak dapat menulis dengan baik....

Sekian dahulu coretan kali ini....semoga diri kita istiqamah dalam mengharap cinta dan redha Allah.