Sunday, October 31, 2010

~Kenali Liberalisme~

LIBERALISME
Maksud Liberalisme
Aliran Liberalisme dan secara umun sebagaimana yang dijelaskan di dalam “ The New Colombia Encyclopedia” New York pada 1975 membawa pengertian sebagai suatu isme yang membawa pemikiran manusia yang bertujuan untuk mempertingkatkan kebebasan dan memberi kebebasan kepada individu. Merujuk kepada maksud di atas ia tidaklah bertentangan dengan pandangan Islam selagi masih berada di dalam ruang lingkup syariat Islam namun, sebagaimana yang dibawa oleh barat ianya telah terkeluar daripada syariat Islam. Menurut mereka, liberalisme membawa sifat-sifat seperti kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit dan mereka mempunyai beberapa gagasan seperti individu lebih penting dari masyarakat, masyarakat wujud untuk individu, dan individu bebas dari ikatan agama
.
Sejarah Liberalisme
Liberalisme ini adalah lanjutan daripada zaman Renaisans ( kebangkitan ) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindansan gereja , ilmu sains, dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Selain itu, ia juga berpunca daripada pihak Whigs semasa Revolusi Gemilang di Great Britain yang mahu hak untuk memilih raja; ini boleh dilihat sebagai satu titik permulaan pemerintahan popular. Walaupun begitu, pergerakan yang benar-benar boleh dinamakan sebagai liberal bermula di masa Zaman Kebangkitan, secara khasnya, iaitu parti Whigs di Britain, ahli-ahli falsafah di Perancis dan pergerakan untuk pemerintahan sendiri di koloni British di New England. Pergerakan-pergerakan ini menentang pemerintahan beraja mutlak, merkantilisme dan bentuk-bentuk agama kuno dan berpaderi. Mereka juga adalah yang pertama memperlihatkan dasar hak-hak peribadi di bawah undang-undang dan untuk kepentingan pemerintahan sendiri melalui pilihanraya.

Liberalisme dari sudut agama
Gerakan liberalisme dari sudut agama ini dipelopori oleh Martin Luther ( 1483-1546 ) . Beliau adalah seorang tokoh Protestant yang disebabkan oleh penindasan dan keganasan gereja Katolik Rom sebelum zaman Renaisans. Gerakan ini membebaskan penganut agama Kristian daripada kuasa gereja Rom dari segi rohani dan membentuk mazhab baru bernama Protestant pada abad 16M. Martin Luther telah menyebar serta menekankan liberalisme agama ini dengan memberi hak secara mutlak dan kebebasan individu untuk mentafsirkan kitab suci berdasarkan fahaman mereka dan akal mereka sendiri. Antara lain lagi, beliau juga telah menentang aliran keagamaan khususnya pihak gereja dengan menafikan hak golongan gereja untuk mengampuni dosa individu dan mengeluarkan surat pengampunan. Beliau juga menolak perakuan kelaziman puak paderi yang mengatakan mereka tidak boleh berkahwin. Selain itu, semua patung-patung dan gambar di dalam gereja dihapuskan. Benda-benda tersebut tidak disembah kerana yang demikian itu adalah penyembahan berhala.
            Gerakan ini cuba membersihkan Gereja daripada bidaah dan khurafat yang ditambah oleh gereja Katolik Rom dan ia merupakan suatu kebaikan untuk membetulkan agama Masihi. Tetapi beberapa masalah yang besar seperti pemilihan empat buku Bible yang beraliran ‘ triniti’ sebagai sumber rujukan utama tidak disentuh atau dikaji bagi menentukan kesahihannya. Secara langsung atau tidak langsung idea seumpama ini telah mempengaruhi pemikiran generasi baru di Barat khususnya dan di Timur amnya. Fahaman ini berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan pelbagai aspek yang berkaitan kemanusiaan tanpa merujuk kepada agama dan tuhan.  Fahaman ini akan memberi kesan dan pengaruh yang besar di dalam negara dan khususnya kepada umat Islam. Perkara ini berlaku apabila negara tersebut dijajah oleh Eropah dan Perancis .

Ia amat jelas bertentangan dan merosakkan akidah bagi sesiapa yang menganuti dan berpegang kepadanya terutama kepada umat Islam kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam. Dalam Islam, kebebasan kepada individu ada batasannya dan tidak boleh diberi secara meluas khususnya untuk mentafsirkan nas-nas dan perkara yang berkaitan dengan akidah kecuali orang yang berilmu.

Liberalisme dari sudut ekonomi
Apabila liberalisme ini telah mempengaruhi dalam aspek ekonomi , ia sememangnya bertentangan dengan prinsip yang terdapat dalam agama Islam. Setiap individu diberi hak untuk memilih harta dan berniaga tetapi tidak mengikut batasan-batasan agama atau Bible. Akhirnya kebebasan kepada individu yang terlalu ekstrim itu telah menimbulkan pelbagai krisis dan masalah. Sebagai contohnya, memberi kebebasan untuk menjual arak telah menimbulkan krisis dalam kehidupan masyarakat seperti, mabuk yang menambahkan kemalangan lalu lintas dan krisis dalam keluarga yang menimbulkan pergaduhan. Selain itu, bagi umat Islam yang telah terpengaruh dengan aliran ini akan menyebabkan mereka terpesong dari akidah yang sebenarnya iaitu dengan membawa fahaman mengharuskan segala amalan riba dan sebarang unsur yang berbentuk riba. Umpamanya, bank-bank dan syarikat kewangan yang menjadi milik kepada keluarga Rotchilds, Rockefellers dan Wardurg telah memberi sokongan penuh kepada aliran liberalisme serta mengeksploitasi kegiatan ekonomi yang jelas berunsur riba supaya ia menjadi harus dalam amalan dan kehidupan masyarakat. Konsep riba adalah jelas bertentangan dengan Islam dan ia adalah haram sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sebagaimana dalah firman Allah dalam surah al-Imran ayat 130 :
$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#qè=à2ù's? (##qt/Ìh9$# $Zÿ»yèôÊr& Zpxÿy軟ÒB ( (#qà)¨?$#ur ©!$# öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÌÉÈ  
Maksudnya : Wahai orang yang beriman ! janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertawakalah kepada Allah agar kamu beruntung 


Liberalisme dari sudut etika atau moral
Dari sudut etika pula, mereka mendakwa bahawa nilai moral atau etika perlulah di ubah sesuai dengan peredaran zaman, tempat dan keadaan masyarakatnya. Nilai etika ini tidak tetap sebagaimana yang telah ditetapkan dalam agama. Dalam Islam , segala nilai-nilai akhlak telah ditentukan oleh Allah dan ia tidak berubah. Menurut fahaman liberlisme manusia itu masih lagi dalam proses ubahansur daripada masyarakat primitif kepada masyarakat berteknologi. Kemudiaan barulah dari sudut rohani pula, akan beransur-ansur berubah bersama perubahan moral yang mengikut masa atau zaman. Apabila manusia terlampau bebas ia akan memberi kesan dan membawa huru-hara seperti akan wujudlah sifat rakus, tindas - menindas , pentingkan diri sendiri dan bermacam lagi masalah keruntuhan akhlak akan timbul. Hal ini di sebabkan akhlak atau moral yang dibina tidak dipandu oleh agama tetapi dipandu oleh akal manusia sendiri.
            Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam masyarakat akibat terpengaruh dengan liberalisme ini seperti penyakit jantina yang telah dilaporkan membunuh lebih ramai orang di Amerika pada tahun 1964M yang berpunca daripada wabak penyakit polio, typoid ( demam kepialu ) , dan penyakit cacar. Masalah pelacuran juga semakin menjadi-jadi serta dianggarkan di Amerika Syarikat pada 1975M seorang telah dibunuh setiap 26 minit. Nilai-nilai ini akan menghapuskan dan merosakkan manusia walaupun pada zahirnya negara tersebut adalah sebuah negara yang maju. Tetapi yang menjadi masalah ialah fahaman liberalisme ini telah menjadi senjata pula bagi musuh untuk merosakkan dan mewujudkan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

Islam Liberal
Islam liberal merupakan satu bentuk jahiliyyah moden dan dianuti oleh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatar belakangkan pendidikan barat. Ia cuba untuk membebaskan diri dari segala displin ilmu agama. Pendukung Islam liberal ini adalah penganut-penganut ideologi Sekular-Liberal yang bematlamatkan untuk menimbulkan segala keraguan terhadap kebenaran agama Islam. Mereka ini sangat bijak kerana mereka tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula hadith dan menapis semula hukum-hukum syariat dan fiqh. Aliran Islam liberal wujud hampir di setiap negara umat hari ini. Di antara tokoh-tokoh islam liberal di Timur Tengah ialah :
1.      Rifa’ah at Thahthawi
2.      Thaha Husain
3.      Mansur Fahmi
4.      Amin al-Khuli
5.      Ali Abdurr-Raziq
6.      Mahmud Abu Rayya
7.      Ahmad Amin
8.      Hasan Hanafi
9.      Faraj Fudah
10.  Nasr Abu Zaid
11.  Athief al-Iraqi
12.  Nawal as-Saffawi
Antara bentuk pemikiran golongan Islam Liberal ialah :
1)      Mereka menganuti fahaman pluralisme
2)      Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam
3)      Ayat-ayat al- Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman.
4)      Mempertikaikan syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujjah rasional
5)      Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama
6)      Mendukung gerakan pembebasan wanita dan feminisme
7)      Meragui kesahihan sebahagian teks al-Quran dan penyusunannya
8)      Menolak dan mempertikai hadith nabi s.a.w dengan mendakwa ia bercanggah dengan  al-Quran
9)      Meragui Peribadi Rasulullah s.a.w