Wednesday, May 19, 2010

Merantau mencari Ilmu

Satu hadiah dan nikmat yang diberi oleh Allah kepadaku.....


Sejak dari zaman persekolahan di Kisas lagi,hati ini meronta-ronta untuk mengetahui apa yang ada di Sg.Udang itu,kebanyakkan sahabatku pimpinan Badar pergi ke sana...hanya mereka yang di pilih oleh Allah sahaja diberi peluang untuk ke sana..Tapi dalam diam aku niat ingin sekali pergi ke Baitul Qurra' dan kalau boleh aku ingin sekali mempunyai seorang guru yang boleh aku bertalaqi dengannya dalam menuntut ilmu.

Sesungguhnya benarlah janji Allah,setiap apa yang kita minta dengan bersungguh- sungguh pasti Allah perkenankan,cuma cepat atau lambat sahaja. Satu hari,seorang sahabatku mempelawaku untuk turut serta ke Daurah Baitul Qurra' selama dua minggu.Ya Allah aku bersyukur Engkau mengizinkanku dan memilihku untuk ke sana akhirnya.Aku teringin sangat bersujud syukur padaMu...Seperti apa yang dikatakan oleh guruku rezeki telah di sukat.....

Hatiku benar2 teruja....di sana kami bertemu sahabat dari UIA ..seronok dapat berkenalan dengan mereka...Mardhiah,Hanisah,Syuhada,Sumiyyah,rodhiah dan Shuwai...kenangan bersama mereka sentiasa di hati...begitu juga sahabat2 dari ukm kak mira,asiah,kak bibi,kak nawi,sakinah,anis.Setiap hari kami akan bergilir kemas dan memasak...kami makan dalam dulang,solat jemaah bersama,tadarrus,muhasabah diri bersama...Terasa sangat indah ukhwah yang dibina jika ia benar2 kerana Allah dan datang dari sudut hati yang ikhlas...

kami belajar kitab Risalah Tauhid, buku tersebut dalam tulisan jawi lama...seronok dengar penerangan Ustaz Zulkifli yang merupakan guru kami di sana ... Penerangnya sangat berkesan,terperinci dan lengkap dengan contoh2nya.Sangat berbeza dengan pembelajaran di sekolah yang hanya belajar silibus untuk peperiksaan.

Kalau memang dah rezeki tidak akan kemana...Ustaz memberitahu bahawa akan datang seorang ulamak besar iaitu Umar Jailani pada 16 Mei...namun hari itu kami sudah pulang kekampung masing- masing...sedihnya antara ingin menunda tarikh pulang atau pulang kerana ibu dan ayah yang dah tersangat risau dan rindu...Dengan takdir yang Maha Esa...tarikh ulamak datang dipercepatkan iaitu 12 Mei ...tiga hari sebelum kami pulang...Syukur padaMu Ya Allah....pertama kali dalam hidupku dapat menatap wajah ulamak besar keturunan nabi Muhammad yang dikasihi..Habib Umar Jailani....Ramai perduduk kampung yang hadir...kami dapat mendengar ceramah dari beliau yang sangat bermakna...

Seminggu sebelum itu, berlangsung Kuliah Dhuha di Baitul Qurra' yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Zulkifli...Setelah itu barulah ku tahu,kuliah ini di adakan setiap hari minggu...Masya Allah,Allahu Akbar....Semua benda ini amat sukar untuk di adakan di kampungku,yang kadang- kala jika di adakan apabila tiba sesuatu perayaan sahaja,itupun ceramah yang disampaikan kosong ....

Setelah tamat tempoh 2 minggu dan ia sungguh bermakna..kami pulang ke kampung masing- masing,aku sangat rindu suasana itu yang penuh dengan biaah solehah..jika diizinkanNya aku ingin sekali menyambung pengajian dan menghabiskan semua kitab Usul Fiqh,Jihad dan Tasawuf...InsyaAllah.....