Monday, April 26, 2010

ANGGUK GELENG

Rasanya terlalu blog ini tidak diupdate....rindu rasanya ,,,, kali ini ana ingin berkongsi cerita yang dipetik dari majalah solusi..

BERBEZA BIJAKSANA

  Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampai yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan.Ditengah-tengah sungai,profesor bertanya," kau pandai menulis dan membaca?".
   "Tidak.Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.
   " Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu.Orang yang tidak pandai membaca dan menulis seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."
    Tidak lama selepas itu,profesor bertanya lagi : " Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"
    " Tidak.Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."
   " Kalau begitu,kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu.Mana mungkin orang yang tidak ada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."
Sampan terus bergerak.
    Tiba-tiba sampan bocor.Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam.Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor : " Tuan ,apakah tuan pandai berenang? "
    "Err,err....saya tidak tahu,"jawab prpfesor panik.
   " Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan !"

pengajaran: Allah tidak mencipta manusia bodoh.Sebaliknya, Allah mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza.Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum.Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri.Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

SIAPA YANG KAYA

  Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin.Dia berharap anaknya akan sedar kekayaan yang mereka miliki.Setelah tiga hari di rumah si miskin,mereka pun pulang.Dalam perjalanan si ayah bertanya : " Apa pandangan kamu tentang kembara kita? "
    " Seronok!" jawab anaknya.
    " Sekarang ,mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan ?"
" Ya," jawab anaknya ceria.
" Nah sekarang,apa yang kamu belajar daripada semua ini?"
   " Si anak menjawab : Kita mempunyai seekor kucing peliharaan ,tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan.Kita ada kolam renang ,tetapi mereka ada sungai yang jernih mengalir airnya untuk mereka mandi.Kita ada lampu import yang mahal harganya,tetapi mereka ada binatang yang bergemerlapan di langityang mereka pandang diwaktu santai pada malam hari.."
   Si ayah ingin menyampuk,namun si anak meneruskan," Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang.Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita , mereka pula ceria memberi khidmat dan memberi pertolongan kepada orang lain.Kita ada banyak makanan,tetapi mereka menghasilkan makanan .Kita ada jaga yang menjaga harta kekayaan kita..tetapi mereka ada ramai sahabat setia yang melindungi mereka."
   Si ayah bertambah terdiam apabila anaknya menambah : " Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kta ! ".

pengajaran : Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha.Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri.Untuk mencapai kesenangan ,kita perlu memiliki.Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi.Memberi lebih gembira daripada menerima.

Di ambil daripada: Majalah solusi (Isu no.16 )