Sunday, December 27, 2009

KITAKAH IKHWAN ?????


Pernah satu ketika sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat ,tiba-tiba bergenang air mata Baginda .Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang mereka tidak senangi di wajah Rasulullah s.a.w.Bila di tanyakan oleh Saidina Abu Bakar r.a,Baginda menyatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang di sebut sebagai ikhwannya.




Para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah s.a.w “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah s.a.w menjawab ,tidak.Kamu semua adalah sahabatku….ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku….aku sangat rindu untuk bertemu mereka.



KITAKAH IKHWAN ITU???? Muhasabah wahai ‘Abdullah !! andai kalian tidak pernah menitis walau setitis airmata kerinduan dan kecintaan kepada Baginda…..Betul ke kita mata rantai perjuangan Rasulullah ? adakah benar kita berjuang di atas jalan Rasulullah tetapi sunnah Baginda kita abaikan ….apakah sikap kita terhadap kekasih Allah ???? Bagaimanakah getaran hati kita apabila mendengar nama Rasulullah s.a.w.